Kajian tentang penyakit pekerjaan telah bermula pada kurun ke 17. Tokoh yang terkenal dengan bidang ini ialah Bernandino Ramazzini yang menulis buku De Morbis Artificum Diatriba (Diseases of Workers) pada tahun 1700. Buku ini ialah buku pertama ditulis yang memfokuskan masalah kesihatan dan penyakit berpunca dari tempat kerja.

Untuk mengenali sosok tokoh ini, Ramazzini ialah seorang warganegara Itali. Dilahirkan di Carpi, Itali pada tahun 1633. Semasa beliau masih seorang pelajar perubatan di University of Parma, beliau tertarik dengan masalah kesihatan dan penyakit yang dialami oleh para pekerja. Selepas beliau menamatkan pengajian Doktor Falsafah Perubatan di University Of Parma, beliau bekerja sebagai ahli perubatan di Itali. Pada tahun 1682, ketika dia dijemput untuk memegang jawatan sebagai ketua teori perubatan di University of Modena, Ramazzini memberi tumpuan kepada masalah kesihatan pekerja dengan cara yang lebih sistematik dan ilmiah. Pada tahun 1700, cetakan pertama bukunya diterbitkan kemudian cetakan kedua pada tahun 1713.

Setiap bab De Morbis Artificum Diatriba mengandungi penerangan tentang penyakit yang berkaitan dengan aktiviti kerja tertentu diikuti dengan berserta analisis kerja, deskripsi tempat kerja, proses soal jawab dengan pekerja, deskripsi penyakit, rawatan dan perubatan yang diperlukan, dan nasihat atau cadangan untuk mencegah. Beliau melawat tempat kerja, melakukan pemerhatian terhadap aktiviti pekerja, dan berbincang tentang risiko penyakit berdasarkan kerja yang mereka lakukan.

Dengan melakukan pemerhatian terhadap pekerja, beliau memberikan dapat gambaran jelas secara klinikal tentang risiko dan masalah yang dihadapi oleh pekerja. Buku ini juga menggariskan tentang bahaya bahan kimia, debu, logam, pergerakan berulang atau berisiko menyebabkan kecederaan, postur tubuh, dan agen penyebab penyakit lain yang dihadapi oleh pekerja di lebih dari lima puluh pekerjaan.

Beliau juga membuat kajian tentang masalah muskuloskeletal yang disebabkan oleh keadaan tidak ergonomik atau postur badan yang tidak baik yang wujud dalam beberapa bidang pekerjaan (tukang kayu, gergaji, pengukir, tukang kasut, tukang jahit). Beliau juga berpendapat bahawa golongan bidan juga terdedah kepada pelbagai penyakit semasa menyusukan bayi dan berisiko menyebabkan jangkitan semasa proses bersalin, dan dia mencadangkan mereka membasuh tangan dan lengan mereka di dalam air dan wain(alkohol) sebelum melakukan kerja. Dia juga mengkaji masalah kesihatan minda dari “golongan pelajar”, untuk mencari pemahaman awal tentang faktor-faktor masalah psikososial.

Minat awal Ramazzini adalah berkaitan dengan epidemiologi terutamanya yang berkenaan pelbagai jenis wabak yang tersebar di sebahagian Itali. Memperluaskan kajiannya kepada Malaria, beliau merupakan salah seorang orang pertama yang menyokong penggunaan kulit kayu dari Cinchona (sejenis tumbuhan yang berasal dari Kuinina). Beliau menyatakan bahawa Kuinina tidak boleh digunakan untuk merawat semua jenis demam, penggunaannya lebih sesuai sebagai rawatan Demam Malaria sahaja kerana adanya potensi kerosakan yang boleh berlaku jika digunakan secara sembarangan untuk penyakit lain. Beliau juga turut mengkaji dan menerangkan bahawa keracunan kacang kuda (lathyrism) yang dikategorikan sebagai kelumpuhan spastik dan sejenis keadaan dimana kulit kesemutan yang menyucuk.

Selepas penerbitan buku De Morbis Artificum, Ramazzini telah dijemput oleh Senat Venetian untuk menjadi ketua Perubatan Praktikal. Beliau menjadi salah seorang profesor terkemuka di Padua Medical School, dan beliau kekal aktif dalam kerjanya sehinggalah kematiannya pada tahun 1714 pada umur 81 tahun. Dia telah menjadi buta semasa pengujung hayatnya dan terpaksa meminta bantuan cucunya untuk membantunya membaca dan menulis kertas kerja.

Hasil kajian Bernardino Ramazzini melangkui zamannya, banyak cadangannya dalam bukunya akhirnya diterima pakai terutamanya di England, di mana proses pemodenan lebih maju. Oleh kerana keprihatinannya dan hasil kajian terhadap keselamatan para pekerja dalam pekerjaan mereka, , dia dianggap sebagai bapa penyakit pekerjaan. Beliau memberi tumpuan kepada keperluan untuk menyediakan pekerja dengan maklumat yang mencukupi mengenai bahaya dan risiko kesihatan dan beliau mencadangkan langkah yang praktikal untuk melindungi pekerja dari penyakit dan kecederaan

RUJUKAN:

  1. Franco, Giuliano. (2000). Ramazzini’s “De Morbis Artificum Diatriba” and Society, Culture, and the Human Condition in the Seventeenth Century. International journal of occupational and environmental health. 6. 80-5. 10.1179/oeh.2000.6.2.80.
  2. S Felton (1997) The heritage of Bernardino Ramazzini, University of California. Occup. Med Vol. 47, No. 3, pp. 167-179, 1997
  3. Hook G. E. (1995). Ramazzini: father of environmental health?. Environmental health perspectives, 103(11), 982–983. doi:10.1289/ehp.95103982

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.