Pada tanggal 2 September 1945, Mamoru Shigemitsu selaku Menteri Luar Jepun menandatangani Dokumen Penyerahan Kalah di atas kapal U.S.S Missouri. Ini secara rasmi menamatkan Pe.rang Dunia Kedua yang telah pun berlangsung enam tahun lamanya, dengan kemenangan menjadi milik Pakatan Bersekutu (dibarisi Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan Great Britain).

Namun belum pun dua tahun sejak kon.flik tersebut reda, dunia kembali dihumban ke satu lagi kon.flik lain iaitu Pe.rang Dingin. Kali ini, ia berpanjangan selama 45 tahun (1946-1991) melibatkan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet beserta sekutu masing-masing.

Pe.rang Dingin dinamakan sedemikian kerana kedua-dua belah pihak tidak pun berpe.rang secara langsung. Pertem.bungan sebaliknya berlaku dalam beberapa bentuk persaingan – baik dalam membina sen.jata nuklear, meneroka angkasa, mahupun mendanai negara-negara sekutu dalam pe.rang proksi.

Antara pe.rang proksi terbesar sepanjang tempoh tersebut ialah Pe.rang Vietnam yang berlaku hampir seabad semenjak negara itu menjadi koloni Perancis. Kekuasaan Perancis bagaimana pun sempat dica.bar oleh Jepun semasa Perang Dunia Kedua berlangsung.

Justeru, perge.lutan antara kedua-duanya sempat berlaku. Di saat itu, re.vo.lusi tempatan mengambil tempat. Ia digerakkan oleh Ho Chi Minh menerusi penubuhan Viet Minh pada Mei 1941 – dengan ambilan pengaruh yang kuat daripada Re.vo.lusi Bolshevik di Russia.

Gerakan tersebut berjaya menguasai bandar Hanoi pada 19 Ogos 1945, yakni sembilan hari selepas mereka menubuhkan Republik Demokratik Vietnam (DRV) berikutan pengunduran Jepun akibat kalah dalam Pe.rang Dunia Kedua.

Kemudian pada 7 Mei 1954 pula, Viet Minh menyudahkan kekuasaan Perancis menerusi kemenangan dalam Pertem.puran Dien Bien Phu. Ini sekali gus membawa kepada Perjanjian Geneva 1954 yang memisahkan Vietnam kepada dua – Vietnam Utara dan Vietnam Selatan.

Kon.flik di Vietnam lantas diheret ke fasa selanjutnya berikutan masing-masing menganut idea berbeza dalam rangka mencapai penyatuan – satu pihak menerima pengaruh dari Kesatuan Soviet dan China, manakala satu pihak lagi cenderung terhadap blok Barat.

Keadaan sebegini menjadikan Vietnam sebagai medan pe.rang proksi yang hangat, kedua terhangat selepas Semenanjung Korea. Lantaran enggan negara itu jatuh ke tangan komunis, Amerika Syarikat memutuskan untuk campur tangan.

Pada 1955, kekuatan ten.tera US mula ditempatkan di Vietnam Selatan. Jumlahnya semakin berlipat kali ganda pada 1964 berikutan Insiden Teluk Tonkin – insiden yang menyaksikan kon.fron.tasi pertama antara US dan DRV.

Semenjak itu, berbagai-bagai operasi keten.te.raan menyusul sekali gus meningkatkan intensiti Pe.rang Vietnam. Antaranya termasuklah Operasi Rolling Thunder, Pemban.taian Kampung My Lai, dan Se.rangan Tet yang mana kesemua ini menelan angka kema.tian lebih 3 juta orang – suatu harga untuk Vietnam disatukan sebagai Republik Sosialis Vietnam pada Julai 1975.

Penyatuan tersebut berlaku dua tahun selepas Amerika Syarikat mengundurkan ten.teranya dari Vietnam. Pada tahun yang sama itu juga, komunis Vietnam menghantar pulang kesemua ten.tera US yang ditahan – termasuk 256 orang yang dilaporkan oleh Douglas Bent Hegdahl, bekas ta.hanan di Penjara Hanoi (Hanoi Hilton).

Kisah Hegdahl merupakan antara anekdot menarik dalam episod panjang Pe.rang Vietnam. Ia bermula ketika U.S.S. Canberra – kapal tempat beliau bertugas – digerakkan ke perairan utara Vietnam pada 6 April 1967 untuk membe.dil kekuatan komunis di Vietnam Utara susulan pengisytiharan Resolusi Teluk Tonkin 1964.

Hendak dijadikan cerita, ketika operasi membe.dil sedang dijalankan. Hegdahl boleh pula berada di geladak. Entah sebab terlupa atau terleka. Pada waktu-waktu macam itu, geladak sepatutnya dikosongkan. Jadi akibatnya, Hegdahl pun tercampak ke laut tanpa ada sesiapa pun yang perasan.

Hampir dua belas jam juga dia terapung-apung di permukaan laut, sebelum diselamatkan oleh seorang nelayan tempatan. Belum pun sempat menarik nafas lega, Hegdahl diserahkan kepada seorang ten.tera Vietnam lalu dipen.jarakan di Hanoi Hilton.

Ketika disoal-siasat, Hegdahl menceritakan insiden bagaimana dia tercampak ke laut. Tetapi disebabkan tubuhnya lebih tinggi daripada biasa, ten.tera Vietnam enggan percaya – takkanlah badan sebegini besar boleh tercampak? Jadi, mereka anggap yang Hegdahl cuma mereka-reka cerita dan sebenarnya sedang mengintip untuk Amerika Syarikat.

Hegdahl dan muka seposennya

Lantas, Hegdahl mengubah naratif. Katanya, dia cuma anak petani miskin dari South Dakota (memang dia lahir di sana) yang cuba cari kehidupan baru di Vietnam. Entah bagaimana, sembang kari Hegdahl dipercayai. Mungkin sebab mukanya yang bersih lebih kena dengan karakter anak petani miskin berbanding ten.tera.

Komunis Vietnam kemudian meminta Heghdal menulis kenyataan yang mengkritik Amerika Syarikat – sesuai dengan latar belakangnya. Tanpa tangguh, Hegdahl bersetuju. Tetapi bila diberikan kertas dan pen, Hegdahl berlakon dungu. Katanya, dia buta huruf sebab tak pernah bersekolah. Miskinlah katakan.

Jadi, pihak pen.jara pun hantarkan seorang petugas untuk ajarkan Hegdahl asas membaca-menulis. Ajar punya ajar, Hegdahl tetap berlakon dungu sampailah mereka putus asa dan gelar dia sebagai ‘Yang Terlajak Dungu’ (The Incredibly Stupid One).

Dek lakonannya yang sempurna, Hedahl tidak dilihat sebagai an.caman. Dianggap terencat, bahkan.

Anggapan sebegini bukan sahaja membolehkan dia terlepas dari sebarang sesi soal-siasat ataupun penye.ksa.an, malah dia turut diberi kebebasan untuk bergerak baik di dalam bangunan mahupun di perkarangan pen.jara. Hatta menyapu sampah di depan pagar pun dibenarkan.

Sampaikan berkali-kali juga Hegdahl ambil kesempatan di atas kealpaan petugas pen.jara untuk mero.sakkan lima buah trak ten.tera – caranya, dengan menuang sampah dan tanah yang dia sapu ke dalam tangki minyak trak.

Suatu ketika lain pula, Hegdahl diberi izin untuk keluar bagi dapatkan cermin mata baru. Kelonggaran tersebut membolehkannya mengetahui banyak perkara penting seperti pelan bangunan pen.jara, duduk letaknya di bandar Hanoi, dan juga mercu-mercu tanda di sekelilingnya.

Gambar berwarna Hegdahl ketika menyapu di sekitar pagar penjara Hanoi Hilton

Maklumat ini ditambah lagi dengan nama kesemua 256 orang tahanan US di Hanoi Hilton termasuk maklumat tentang saudara-mara, nama anjing, dan juga nombor keselamatan masing-masing – ia diingat dengan menggunakan kaedah mnemonik yang diterapkan pada Old McDonald Had a Farm, hasil tunjuk ajar rakan seta.ha.nannya, Joe Crecker.

Sebagai individu yang memegang banyak maklumat penting, Hegdahl diminta oleh Richard Allen Stratton (Leftenan Komander dalam Pe.rang Vietnam yang juga merupakan tahanan di Hanoi Hilton) untuk menerima tawaran pembebasan awal yang memang diperuntukkan oleh komunis Vietnam pada setiap beberapa tempoh.

Jadi pada Ogos 1969, Hegdahl pun dibebaskan. Nama kesemua rakan seta.ha.nannya – yang sebelum itu dianggap telah pun terkor.ban – disampaikan ke pihak atasan. Setahun kemudian, Hegdahl menghadiri Persidangan Keamanan Paris.

Di sana, dia mendedahkan kepada dunia tentang keadaan di Penjara Hanoi. Dalam kesempatan itu juga, dia menuduh komunis Vietnam cuba membu.nuh Stratton – satu tuduhan yang sengaja dilemparkan untuk memastikan Stratton dibebaskan hidup-hidup. Sememangnya, bukan Stratton seorang sahaja dibebaskan. Dianggarkan, kira-kira 700 orang tahanan US pulang dengan selamat selepas tamat Pe.rang Vietnam.

RUJUKAN

History. (2009, 27 October). Cold (ditapiskan) History.

History. (2009, 29 October). Vietnam (ditapiskan).

Miller, Eric. (2021, 1 July). Real-Life ‘Simple Jack’? The American POW Who Protected Hundreds By Playing Dumb. Coffee Or Die.

Rotondi, Jessica Pearce. (2020, 20 August). 6 Events That Laid the Groundwork for the Vietnam (ditapiskan). History.

Russell, Shahan. (2018, 13 May). How Vietnam (ditapiskan) POW Doug Hegdahl Tricked His (ditapiskan) by Playing The Fool. War History Online.

Teng, Jhemmylrut. (2021, 5 May). The Genius Sailor Who Played Dumb to Fool His (ditapiskan) and Saved Over 200 American (ditapiskan) of (ditapiskan). Medium.

Wilde, Robert. (2020, 11 February). When and How Did World (ditapiskan) II End? ThoughtCo.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.