Berkenalan Dengan Pemenang Hadiah Nobel Fizik

482

https://bit.ky/kombowww

Ketiga-tiga pemenang ini berkongsi Hadiah Nobel Fizik tahun ini kerana penemuan mereka mengenai salah satu fenomena paling eksotik di alam semesta iaitu lohong hitam.
Roger Penrose menunjukkan bahawa teori relativiti am dapat membawa kepada kejadian lohong hitam. Reinhard Genzel dan Andrea Ghez mendapati bahawa objek yang mengatur graviti bintang-bintang dan planet-planet di pusat galaksi merupakan objek yang sangat tumpat dan berat.

Lohong hitam gergasi (supermassive) merupakan penjelasan yang baik.
Imej lohong hitam yang ikonik dicerap pada tahun 2019 merupakan pemacu utama untuk kemenangan ketiga-tiga ahli fizik ini. Walaupun teori relativiti am dirumuskan oleh Albert Einstein, beliau tidak percaya lohong hitam mampu dibentuk akibat daripada sifat tabii ruang-masa yang dirumuskan.

Tetapi tahun 2019 telah membuktikan bahawa lohong hitam itu dapat dibentuk kerana kita telah berjaya mencerap kewujudannya. Roger Penrose telah meramal pembentukannya berpuluh tahun yang lalu. Tuntas, membawa kemenangan kepada mereka bertiga.
Lohong hitam merupakan jasad yang terbentuk hasil daripada kematian bintang berat yang kehabisan tenaga nuklear.

Ia mempunyai ketumpatan dan daya graviti yang tidak terhingga sehingga cahaya yang melaluinya tidak dapat lepas. Secara fizikalnya, lohong hitam merupakan herotan ruang-masa yang sangat ekstrim – macam fabrik yang diherot tetapi dalam bentuk sfera.

Lohong hitam mampu membesar apabila menyedut jasad-jasad lain seperti bintang, planet, termasuk lohong hitam yang lain. Stephen Hawking meramalkan lohong hitam akan tersejat pada satu hari nanti dan penyejatan itu akan menghasilkan sinaran yang dipanggila sinaran Hawking. Lalu, lohong hitam akan mati.

Kita masih belum tahu apa yang ada di dalam lohong hitam. Ramai ahli fizik membuat pelbagai ramalan tentang isi kandungan lohong hitam. Ada yang meramalkan lohong hitam merupakan pintu lohong cecacing yang membawa kita ke destinasi masa/tempat berbeza.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.