• Nama Berke Khan atau Berke mempunyai makna dalam dua bahasa iaitu dalam bahasa Mongol ‘Berkh’ bererti kuat & dalam bahasa Turki ‘Berk’ bererti berkuasa.

• Merupakan cucu Genghis Khan & anak kepada Jochi ( penguasa Khanate di Golden Horde ).

• Ada pendapat mengatakan Berke Khan memeluk Islam ketika dalam perjalanan pulang ke Mongol ketika ekspedisi perluasan kuasa di Eropah Timur.

• Berke Khan bersama pasukannya berhenti rehat di kota Saray-Juk ( Kazakhstan ) & di sini beliau menemui rombongan yang datang dari kota Bukhara.

• Berke Khan memeluk Islam setelah bersoal jawab tentang kebenaran Islam di tangan syeikh sufi, Saifuddin Boharzi yang ikut serta dalam rombongan itu & secara langsung seluruh para panglima serta pasukan tenteranya memeluk agama Islam.

• Berke Khan merupakan pemimpin Mongol pertama yang masuk Islam & memimpin wilayahnya berdasarkan agama Islam.

• Wilayah Golden Horde yang meliputi wilayah Rusia, Ukraine, kawasan Laut Hitam & pergunungan Kaukasus merupakan wilayah yang paling jauh dari pusat kekuasaan utama empayar Mongol yang berada di Mongolia.

• Disebabkan ini juga, Berke Khan berani mentadbir wilayah Golden Horde & mengisytihar keluar daripada kekuasaan empayar Mongol.

Bagaimana Berke Khan Ke Tampuk Kuasa

• Sebelum sempat memerintah Golden Horde, Jochi telah meninggal dunia & wilayah ini diserahkan kepada anak sulungnya yang pertama, Batu Khan, abang kepada Berke Khan.

• Setelah Batu Khan meninggal dunia, pemerintahan diserahkan kepada anak sulungnya, Sartaq tetapi beliau tidak sempat memerintah kerana telah meninggal dunia di kawasan bernama Volga ketika dalam perjalanan pulang dari Mongolia ke Golden Horde.

• Kuasa memerintah dipindahkan ke Ulagchi tetapi beliau juga meninggal dunia selepas beberapa tempoh waktu.

• Akhirnya kekuasaan wilayah Golden Horde diserahkan kepada Berke Khan pada tahun 1257 & kepimpinannya yang kuat terbukti ketika serangannya ke wilayah Eropah Timur menyebabkan pemerintah Empayar Byzantine terpaksa tunduk terhadap Berke Khan, dengan menghantar kain-kain yang mahal & bernilai sebagai pembayaran upeti pada setiap tahun.

• Sebelum memegang tampuk kekuasaan, Berke Khan telah berjasa dalam pemerintahan Empayar Mongol & Golden Horde dengan meluaskan kuasa Mongol sehingga ke Kaukasus serta menundukkan bangsa Kipchak yang berkuasa di sana dibawah arahan Batu Khan.

• Ketika bersama abangnya, Batu Khan, mereka telah berjaya mengalahkan pasukan Hungary dalam Pertempuran Mohi ketika ekpedisi menawan wilayah di Eropah Timur.

• Pada tahun 1258, sepupu Berke Khan, Hulagu Khan telah menyerang & menghancurkan kota Baghdad serta membunuh khalifah terakhir Dinasti Bani Abbasiyah, al-Musta’sim Billah & penduduk di dalam kota itu.

• Berita ini telah sampai ke Berke Khan & beliau menghantar surat kritikan kepada Khan Agung ketika itu, Mongke Khan (pada masa ini Mongke Khan telah meninggal dunia dalam perjalanan ke negeri China & Berke Khan belum mengetahui berita ini lagi ).

• Pada waktu ini, banyak kerajaan Islam dihancurkan oleh amukan pasukan Hulagu Khan & hanya tinggal Dinasti Mamluk sahaja yang belum ditaklukkan oleh pasukan Mongol.

• Pada tahun 1262, Berke Khan telah membentuk suatu persekutuan ( hubungan diplomatik ) dengan Dinasti Mamluk untuk menghadang amukan pasukan Hulagu Khan & Berke Khan berjanji akan mengalahkan pasukan Hulagu Khan.

• Setelah menghancurkan kota Baghdad, Hulagu Khan terpaksa pulang ke Mongol bersama sebahagian besar tentaranya untuk menyertai pemilihan Khan Agung yang baru & menangguhkan hasrat untuk menakluk Mesir (ketika itu Dinasti Mamluk memerintah Mesir ).

• Hulagu Khan meninggalkan pasukan Mongol yang sedikit di bawah pimpinan Kitbuqa.

• Letika ketiadaan Hulagu Khan, pasukan tentera Islam Dinasti Mamluk bersama pasukan Berke Khan menyerang balas kembali sisa pasukan Mongol di Palestin (Pertempuran Ain Jalut) bertujuan untuk menuntut bela & membebaskan Syria serta Palestin dari cengkaman Hulagu Khan.

• Kitbuqa terbunuh & berita ini sampai ke Hulagu Khan yang berada di Mongolia ketika itu.

• Setelah 2 tahun persiapan, Hulagu Khan membawa pasukannya kembali untuk menyerang Dinasti Mamluk untuk membalas dendam terhadap kekalahan pertama tentera Mongol di Timur Tengah.

• Hulagu Khan ingin menyerang Kaukasus dahulu kerana ia wilayah Berke Khan & sebagai hukuman kepada Berke Khan yang membantu pasukan tentera Islam dalam Pertempuran Ain Jalut.

• Tetapi pasukan Mongol pimpinan Hulagu Khan telah dihadang oleh pasukan Mongol pimpinan Berke Khan di kawasan Kaukasus & di sini terjadi Perang Pertama Hulagu-Berke sebelum ia berlarutan selama beberapa tahun.

• Akibat serangan demi serangan dari pasukan Berke Khan maka tentera Hulagu Khan berundur & membatalkan hasrat menghancurkan Dinasti Mamluk.

• Ketika ini hanya Dinasti Mamluk yang diamanahkan bertanggungjawab untuk menjaga kota Mekah & Madinah setelah kehancuran Dinasti Abbasiyah yang sebelum ini melindungi dua kota suci ini.

• Jika Dinasti Mamluk hancur, maka kota Mekah & Madinah akan terancam, disebabkan itu Berke Khan bersama pasukannya bermati-matian berperang dengan bangsa sendiri demi menyelamatkan agama Islam.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Comments are closed.