Moving Forward As One

Berenang Di Ganges: Sungai Punca Segala Wabak

2,782

Akhir-akhir ni kita baca tentang Sungai Ganges di India yang dipenuhi dengan mayat yang dibuang kerana dalam sungai kerana mereka tidak mampu membayar harga untuk upacara membakar mayat. Kalau lihat dari gambar sahaja kita boleh tahu betapa tercemarnya sungai itu saat ini.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Dalam satu portal berita turut menulis tentang pemasangan jaring untuk menahan mayat-mayat itu supaya tidak hanyut lebih jauh ke hilir.

Selain itu, abu mayat juga akan dibuang ke dalam Sungai Ganges untuk upacara penghormatan. Dalam satu laporan BBC pada 201, dianggarkan lebih kurang 32 ribu abu mayat dibuang ke dalam Sungai Ganges.

Tebing Sungai Ganges di Varanasi

Itu belum cerita tentang sisa industri dan sisa kumbahan yang dilepaskan ke dalam sungai. Dalam satu jurnal pada tahun 2006 menulis lebih 200 juta liter sisa kumbahan tidak dirawat dilepaskan ke dalam sungai, angka itu bukan sedikit. (Hamner, S., et al, 2006).  Di Bandar Varanasi, lebih kurang 35 saluran pembentungan dilepaskan ke Sungai Ganges. Ini belum dicampur bandar-bandar lain yang berada di bahagian hilir. Antara industri utama di India ialah pembuatan fabrik dan minyak wangi yang mana dua jenis industri ini sememangnya banyak menggunakan bahan kimia.

Air dari saluran pembentungan dilepaskan ke Sungai Ganges tanpa rawatan

Ini bukanlah kali pertama benda ni berlaku dan Sungai Ganges memang telah tercemar sejak dulu. Tapi pandemik COVID-19 menambah keterukan pencemaran di sungai ini.

Pautan ke artikel : https://www.thepatriots.asia/kesucian-sungai-ganges-yang-tercemar-11-gambar/

Sungai Ganges, sumber air yang berusia jutaan tahun mengalir lebih dari 2,500 kilometer dari Himalaya di utara India dan merentasi Bangladesh ke Teluk Bengal.

Semasa pandemik kolera pertama iaitu tahun 1817, Sungai Ganges dikatakan menjadi punca penyebaran bakteria punca penyakit. Hujan lebat dan banjir pada tahun 1815 dicadangkan menjadi punca  penyakit itu tersebar secara lebih meluas.

Status sporadik telah bertukar kepada epidemik di Jessore (sekarang dalam Bangladesh) berdekatan Kalkota, Teluk Bengal dan dalam tempoh tiga tahun, penyakit tersebar ke seluruh India. Wabak ini kemudian menjadi pandemik dan tersebar secara meluas ke China, Jepun dan seterusnya ke Asia Tenggara iaitu Burma, Jawa, Sumatera dan Malaya. Penularan wabak ini kemudiannya digelar sebagai Pandemik Kolera Pertama.

India dikenali sebagai kelahiran penyakit kolera. Malah di Eropah, penyakit ini turut dipanggil Indian Cholera. Penyakit ini sudah dikesan lebih awal di India namun berlaku secara sporadik. Ini berdasarkan beberapa rekod sejarah contoh tulisan penjelajah portugis bernama Gasper Correa tentang kematian tentera kerajaan Calicut pada tahun 1503. Beliau juga menemui kes sporadik kolera pada tahun 1543 di Goa.

Poster peringatan mengenai penyakit kolera yang mengandungi simptom penyakit dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan di London

Sungai ini menunjukkan tahap kandungan bakteria faecal coliform yang sangat tinggi. Bakteria faecal coliform adalah keluarga enterobakteria, sekumpulan patogen yang biasanya menyebabkan penyakit gastrointestinal atau saluran penghadaman.

Jangkitan koliform biasanya disebabkan oleh meminum makanan atau air tercemar. Bakteria coliform utama termasuk shigella, yang menyebabkan disentri. Bakteria Escherichia coli (E. coli), yang boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing dan cirit-birit. Bakteria salmonella, yang menyebabkan cirit-birit dan muntah-muntah.

Secara umum, air dianggap selamat untuk digunakan mandi sekiranya tahap faecal coliform tidak lebih dari 500 MPN per 100 ml air. Manakala 50MPN per 100ml adalah tahap selamat untuk diminum.

Pada tahun 2019, Kanpur mencatatkan tahap kandungan paling tinggi 92 kali ganda lebih banyak, iaitu 46 ribu MPN per 100 ml. Varanasi pula mencatatkan kedudukan di tempat kedua iaitu 34 ribu MPN per 100 ml. Kehadiran faecal coliform menunjukkan terdapat pembuangan sisa najis dalam air dan sesetengah bakteria merebak melalui najis.

Kesimpulan

Tahap antibodi penduduk di sana sudah terbiasa dengan air di Sungai Ganges. Maka mereka boleh menggunakan air di Sungai Ganges. Bukan sahaja mandi dan minum, mereka juga mempunyai tempat belajar berenang di tebing Sungai Ganges untuk mereka belajar kuak lentang berirama.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Namun tetap ada penyakit jangkitan patogen bawaan air yang berlaku.

Kesimpulannya, jagalah sumber air negara ini supaya tak menjadi seperti ini. Namun begitu, Sungai Ganges bukanlah sungai yang paling kotor dalam dunia kerana ada yang lebih kotor.

NOTA KAKI:

*MPN = Most Probable Number : kaedah yang digunakan untuk menghitung konsentrasi mikroorganima dalam sampel

*500MPN per 100ml ialah kadar dari laman web DOE Malaysia.

RUJUKAN:

  1. Hamner, S., Tripathi, A., Mishra, R. K., Bouskill, N., Broadaway, S. C., Pyle, B. H., & Ford, T. E. (2006). The role of water use patterns and sewage pollution in incidence of water-borne/enteric diseases along the Ganges river in Varanasi, India. International journal of environmental health research, 16(2), 113–132. https://doi.org/10.1080/09603120500538226
  2. Sudhiti Naskar (2004) The river where swimming lessons can be a health hazard, BBC News
  3. Srabani Sen (2012) Indian Cholera: A Myth, Indian Journal of History of Science, 47.3 (2012) 345-374
  4. Kenneth John, Prayagraj (2019) Bacterial pollution in Ganga highest in Kanpur, Varanasi: Report, Hindustan Times

Ruangan komen telah ditutup.