Bercinta Dengan Watak Narsistik

1,162

Semua orang dalam dunia ini tentu mahukan hubungan romantic percintaan kerana ianya salah satu dari keperluan manusia yang perlu dipenuhi sebagaimana dalam teori pyramid keperluan oleh psikologis Abraham Maslow yang kita pernah belajar semasa subjek perdagangan atau ekonomi masa sekolah menengah sebelum ini. Keperluan cinta, rasa dihargai dan memiliki orang yang istimewa terletak di bawah keperluan psikologi bagi setiap individu manusia.

Uniknya manusia, kita adalah makhluk yang lengkap dengan segala bentuk keperluan dari asas seperti makan minum sehinggalah keperluan makna kehidupan yang lebih tinggi. Cuma kadangkala kita tidak sedar acapkali asyik mengejar perhubungan cinta yang diperlukan, kita terperangkap ke dalam jenis hubungan yang toksik dan merimaskan.

Dalam banyak-banyak jenis perhubungan toksik saya yakin jenis ‘narsistik’ ini ramai yang ada pengalaman berbanding bertemu dengan psikopat, sosiopat, machaviliansm dan sebagainya.

Kerana ciri personality narsistik sangat mendominasi keadaan sekeliling kita bukan setakat dalam hubungan romantic, malah juga terdapat dalam hubungan di tempat kerja, keluarga dan rakan taulan.

Tempoh hari kita dikejutkan dengan berita tular di social media tentang seorang ustaz yang agak femes, dalam berita itu banyak halaman terkenal kongsikan bahawa beliau dengan bangganya mengajak isteri dan anaknya yang masih bayi tidur di sebuah taman rekreasi di salah sebuah negara eropah (taknak disebutkan).

Padahal kalua ikutkan pada cerita sosok pribadi ustaz itu, beliau seorang yang berkemampuan kerana sudah banyak kali menjelalah negara-negara eropah sebelum ini. Apa yang saya nak ketengahkan ialah mengenai cara macam mana ustaz ini tunjukkan sikap narsistik beliau dalam cerita yang dia kongsikan itu.

Beliau tonjolkan salah satu ciri narsistik seperti ‘entitled’ iaitu ingin merasa dirinya betul dan diterima segala ideanya walaupun merepek dan zalim (berat sebelah), adanya disitu unsur permaksaan kepada isteri sejak sebelum kahwin.

Sedangkan hal ini sendiri amatlah bertentangan dengan syarak iaitu Allah swt berfirman :

وعَاشِرُوْهُنَّ بِالمَعْرُوْف

“Dan berbincanglah dengan mereka (isteri-isteri kalian) dengan cara yang makruf” (QS An Nisaa’:19)

Nabi saw bersabda pula dalam sebuah hadis :

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِي

“Sebaik-baik kalian adalah yang baik kepada ahli keluarganya dan aku merupakan yang terbaik dalam melayan ahli keluargaku”. Riwayat Ibn Majah (1977), Riwayat al-Tirmidhi (3895)

Dalam banyak peristiwa sirah Nabi saw baginda seorang yang begitu toleransi dengan para isterinya seperti kisah perjanjian hudaibiah yang mana para sahabat ada sedikit konflik komunikasi dengan baginda, lantas isteri baginda Ummu Salamah mencadangkan baginda untuk mencukur rambut (tahalul) sebab tak jadi mengerjakan umrah kerana ditahan oleh pasukan musuh islam di kota mekah. Lalu para sahabat yang lain pada asalnya tidak mengendahkan suruhan baginda ada dikalangan mereka mula menyusul ikut apa yang baginda lakukan.

Ini menunjukkan islam sangat menuntut pasangan untuk saling bertoleransi, berbincang dan bertukar-tukar pandangan kerana disitu adanya konsep kerjasama sebagai sebuah pasukan. Bukannya ‘ownership’ namun ‘relationship’.

Apa Itu Narsistik?

Narsistik adalah salah satu terma psikologi yang mana diberi nama saintifiknya ialah Narcissism Personality Disorder (NPD) dan kaedah perawatannya telah dimasukkan ke dalam buku DSM-5 (Diognostic and Statistical Mental Disorder – 5 Edition) yang hanya boleh dipraktikkan oleh psikiatri dan psikologi klinikal sahaja.

Untuk mengatakan seseorang itu memiliki NPD itu bukanlah berada di tangan orang awam macam kita semua, ia hanya ditentukan oleh doctor pengamal yang bertauliah sahaja setelah diteliti dengan ujian tertentu.

Namun sebagai orang awam kita boleh mengesan beberapa ciri-ciri asas seseorang yang berpersonaliti narsistik. Sekalipun seseorang itu ada memiliki ciri-ciri asas narsistik, dia belum mencapai penyakit NPD sehinggalah disahkan sendiri oleh pengamal yang bertauliah.

Adakah NPD ini masalah mental? Sebelum ianya disahkan NPD dan masih peringkat symptom sahaja ia masih dianggap masalah tingkah laku sahaja. Masih boleh dikawal dengan menjalani sesi terapi kaunseling/psikoterapi dan sebagainya.

Ciri-Ciri Pasangan Yang Ada Simptom Narsistik

Menurut laman sesawang ilmiah Psychology Today ada menjelaskan beberapa ciri yang perlu kita beri perhatian iaitu :-

  • Rasa kemegahan yang melampau dan merasakan dirinya sangat penting
  • Rasa begitu asyik dengan diri sendiri seperti merasakan dirinya kacak/cantik, berjaya, berkuasa, bijaksana dan segala yang berkait dengan self-love
  • Mempercayai bahawa dirinya layak untuk dilayan oleh orang-orang yang elit dan berada di kedudukan istimewa serta dilayan istimewa oleh orang lain
  • Perlukan puji-pujian dari orang lain
  • Ingin diberi perhatian tinggi dan diberi keutamaan berbanding orang lain (special treatment)
  • Eksploitasi dan memanipulasi orang lain untuk kepentingan diri sendiri
  • Lemah dalam memahami orang lain (tidak empati)
  • Berasa iri hati dengan orang lain secara negatif
  • Bertingkah laku angkuh terhadap orang lain

Red Alert : Sekiranya ada tanda-tanda ini ada dalam pasangan anda

  • Perhatikan adakah dia berpakaian cantik dan kemas untuk meraih pujian

Seorang yang narsistik dia sangat suka buat ‘social validation’iaitu meraih pandangan orang terhadap dia dari segi positif. Bagi dia itu adalah keperluan dia yang perlu dia dapatkan, jika tidak dia tidak akan merasa puas. Sebab itu orang narsistik gemar selfie melampau-lampau demi mendapatkan pujian di sosial media.

Macam kes remaja bernama Danny Bowman di UK yang terlampau obses terhadap dirinya sendiri sehingga pernah menangkap lebih 200 keping gambar selfie dan hampir bunuh diri kerana tidak berpuas hati dengan gambarnya.

  • Perhatikan bagaimana cara dia bercakap dengan kita atau orang lain (adakah dia gemar berjanji dan gunakan kata-kata helah untuk mendapat sokongan)

Mereka amat licik menyusun patah perkataan dan berucap depan sesiapa sahaja dan gemar melontarkan kata-kata yang memukau dan suka berjanji padahal tak buat pun. Ada satu kajian yang dijalankan oleh Nicholas Holtzman yang pernah diterbitkan oleh Journal of Research in Personality.

Sejumlah orang yang terpilih dalam kajiannya itu dipasangkan satu perakam kecil di poket mereka tanpa diketahui secara rawak, pengkaji dapati orang narsistik lebih banyak menggunakan laras gaya Bahasa yang memukau, suka berjanji walau dicapati dan pandai mempengaruhi orang lain.

  • Lihat bagaimana si dia tampilkan diri depan orang lain (Public Space)

Narsistik sukakan validation (tarikan dari orang lain) supaya dirinya berasa lebih yakin lalu dia akan berketerampilan yang sangat charming guy (lelaki kacak dan menarik) atau seorang yang begitu Nampak berpengaruh di mata orang lain.

Mereka sangat menjaga status diri supaya orang tidak Nampak cacat cela yang ada pada dirinya. Segalanya bersifat kesempurnaan, kadangkala pernamilan dirinya lebih penting dari orang lain tak kira keadaan apapun.

Biasanya yang mendominasi tingkah laku sebegini adalah gender lelaki berbanding dengan perempuan. Mereka ini kadangkala dikalangan pemimpin organisasi, syarikat atau ahli politik. Jadi siapa yang bercinta dengan orang elit ini kena perhatikan betul-betul.

Kesan Bersama Dengan Pasangan Narsistik

Menurut video bersiri yang dibuat oleh seorang ahli Psikologi Klinikal bernama Dr Ramani Durvasula apa yang saya dapat simpulkan ialah bila kita banyak bersama dengan pasangan narsistik, mereka akan buatkan kita kehilangan banyak tenaga emosi (exhausted), rasa letih seluruh badan (burnout), kekeliruan dan kebimbangan yang melampau (anxiety), dan boleh jadi seorang yang depression (kemurungan) sebab kita punya seluruh hidup adalah semata-mata untuk memenuhi cita rasa dan keperluan dia yang melampau-lampau. Kadangkala kita sudah buat yang terbaik pun tetap pada kaca matanya kita salah, teruk dan tak berguna.

Maka lebih baik sahajalah keluar dari hubungan macam ini seandainya anda baru berada di fasa percintaan/pertunangan. Seandainya anda sudah berkahwin, lebih baik rujuk terus pada psikiatri. Namun melihat situasi kesedaran tentang narsistik masih lagi berada di tahap paling lemah adalah lebih baik tinggalkan sahaja.

Artikel dikirimkan oleh Saifuddin Hamizan untuk The Patriots.

RUJUKAN:

  1. https://www.psychologytoday.com/intl/conditions/narcissistic-personality-disorder
  2. https://www.psycom.net/personality-disorders/narcissistic/
  3. https://arizona.pure.elsevier.com/en/publications/sounds-like-a-narcissist-behavioral-manifestations-of-narcissism-
  4. https://www.goalcast.com/2018/09/17/spot-a-narcissist-in-5-minutes-less/
  5. https://www.youtube.com/channel/UC9Qixc77KhCo88E5muxUjmA

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.