Bercerai Sebab Google Street

4,553

Pada tahun 2018, terdapat seorang lelaki yang berasal dari Peru menggunakan aplikasi Google Streetview di mana ketika kejadian, lelaki tersebut sedang mencari jalan terbaik untuk ke satu jambatan yang dinamakan sebagai Puente de los suspiros de Barranco yang terletak di ibu negara Lima.

Sedang dia meneliti aplikasi terbabit, lelaki ini yang inginkan identitinya dirahsiakan (kerana kejadian ini sangat personal) terlihat akan gambar seorang perempuan yang duduk di atas sebuah bangku yang terdapat berdekatan jambatan tersebut. Perempuan itu sedang duduk, dan bermesra dengan seorang lelaki yang duduk di atas ribanya.

Walaupun muka kedua-duanya dikaburkan oleh pihak Google, lelaki tersebut dengan mudah dapat mengecam itu merupakan isterinya berdasarkan bentuk badan, pakaian dan juga gaya rambutnya. Dia segera mengambil screenshot gambar tersebut, sebagai bukti bahawa isterinya sebenarnya curang terhadapnya, dan mereka menjalinkan hubungan sulit dengan terang-terangan.

Apabila isterinya pulang ke rumah, lelaki berkenaan terus menunjukkan gambar tersebut, dan isterinya akhirnya mengaku menjalinkan hubungan sulit di belakangnya. Apa yang menyedihkan adalah gambar tersebut diambil oleh pihak Google pada tahun 2013, bermaksud hanya setelah 5 tahun selepas kejadian tersebut, barulah dia mendapat tahu bahawa isterinya sememangnya bermain kayu tiga.

Mereka akhirnya bercerai setelah isterinya mengaku sememangnya dia melakukan perbuatan tersebut. Kes-kes sebegini merupakan salah satu kes yang unik dan agak menarik yang muncul daripada aplikasi Google Street View. Jadi, apa lagi, korang bolehlah memuat turun aplikasi ini, manalah tahu jika korang terjumpa apa-apa yang pelik ke di dalam aplikasi tersebut.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.