Sudah masuk tahun 2020 masih ada komen-komen sumbang yang bernada Islamis lagi sinis kononnya berbangga dengan bangsa adalah bercanggah dengan Islam.

Saya tidak mahu berkomentar panjang, melainkan cukup saya datangkan 3 hadith berikut;

(1)

عن واثلة بن الأسقع يقول سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إن الله اصطفى كنانة من ولد إسماعيل، واصطفى قريشا من كنانة، واصطفى من قريش بني هاشم، واصطفاني من بني هاشم
رواه مسلم

Dari Sayyiduna Wathilah bin Al Asqa’ رضي الله عنه dia berkata bahawasanya aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: Sesungguhnya Allah telah memilih Quraisy daripada Banu Kinanah,  dan telah memilih Banu Hashim daripada Quraisy, sedangkan aku pula dipilih dari kalangan Banu Hashim.

(Riwayat Imam Muslim رحمة الله عليه)

(2)

عن سلمان قال قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا سلمان؛ لا تبغضني فتفارق دينك. قلت: يا رسول الله كيف أبغضك وبك هدانا الله! قال: تبغض العرب فتبغضني قال أبو عسى: هذا حديث حسن غريب
رواه الترمذي

Daripada Sayyiduna Salman رضي الله عنه beliau berkata; Telah bersabda Rasulullah ﷺ: “Wahai Salman; janganlah engkau membenci diriku nescaya akan pincanglah agamamu! ”
Lalu beliau berkata:

“Wahai Tuanku Rasulullah ﷺ bagaimana mungkin aku akan membenci Tuanku sedangkan kerana Tuankulah kami beroleh petunjuk dari Allah!”

Lalu Baginda bersabda; “Orang yang membenci orang-orang ‘Arab (tanpa sebab yang dibenarkan syara’) maka ia telah membenciku”

Berkata Imam Abu ‘Isa At-Turmudzi رحمة الله عليه : Hadith ini Hasan Gharib

(Riwayat Imam At-Turmudzi رحمة الله عليه)

(3)

عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إن الله حين خلق الخلق بعث جبريل، فقسم الناس قسمين، فقسم العرب قسما، وقسم العجم قسما، وكانت خيرة الله في العرب، ثم قسم العرب قسمين، فقسم اليمن قسما، وقسم مضر قسما، وقسم قريشا قسما، وكانت خيرة الله في قريش، ثم أخرجني من خير ما أنا منه
رواه الطبراني

Dari Sayyiduna Abi Hurairah رضي الله عنه beliau berkata, telah bersabda Rasulullah ﷺ:
“Sesungguhnya ketika Allah menciptakan penciptaan makhluk-Nya maka Allah telah mengutuskan Sayyiduna Jibril على نبينا و عليه السلام maka telah membahagikan akan dia manusia itu kepada kedua kelompok iaitulah ‘Arab suatu bahagian dan ‘Ajam (bukan Arab)suatu bahagian.Kemudian Allah memberikan kelebihan kepada ‘Arab.Kemudian dari ‘Arab itu dibahagikan kepada dua bahagian, Yaman suatu bahagian dan Mudâr suatu bahagian, kemudian dibahagikan Quraisy itu suatu bahagian dari Mudâr,kemudian Allah memberikan kelebihan kepada Quraisy kemudian Allah mengeluarkan aku dari sekalian yang terpilih itu.
(Riwayat Imam At-Tabrani رحمة الله عليه)

Cukuplah 3 hadith ni bahawa Sayyiduna Rasululillah ﷺ sendiri menyebutkan tentang kelebihan BANGSA ARAB dan QURAISY maka fahamilah bahawa menyebut dan mempertahankan BANGSA bukanlah sesuatu yang bercanggah dengan Islam selama mana tidak jatuh dalam ‘Asâbiyyahil, iaitu fanatisme perkauman yang berterusan mendokong sesuatu Bangsa tanpa mengira antara haq dan batil serta merendah-rendahkan bangsa yang lain.

Demikianlah seperti firman Allah;

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Surah Al-Hujurat, Ayah 13

والله أعلم


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Orang Pekan atau nama sebenarnya Mohammad Faeez Harith bin Khairil Anuar merupakan seorang pendakwah bebas yang memegang Tauliah Jabatan Agama Islam Selangor. Beliau juga merupakan jurulatih kecergasan sepenuh masa di Clark Hatch Fitness, One World Hotel, Bandar Utama Petaling Jaya. Follow Twitter beliau di: https://twitter.com/H_Bakkaniy

Comments are closed.