Benih merupakan asas kepada segala jenis kehidupan. Tiada benih, maka tiadalah kehidupan. Pelbagai jenis kehidupan, terutamanya mamalia, pula mempunyai dua jenis benih berbeza. Yang pertama bagi manusia ialah ovum terdapat dalam sistem pembiakan wanita. Benih ini mampu hidup berdasarkan tempoh kesuburan selepas dan sebelum haid. Manakala lelaki subur pula mempunyai sperma yang dibekalkan tenaga oleh cecair mani.

Dalam sesudu teh cecair mani, berkemungkinan besar terdapat 280 juta sperma yang setiap satunya bersaing untuk mencapai persenyawaan bersama ovum. Golongan yang aktif bersenam pula didapati mampu menghasilkan lebih banyak air mani (Armstrong, 2013).

Tetapi persoalannya: berapa lama sperma boleh hidup di luar? Bermula dulu dengan liang peranakan wanita, sperma boleh hidup selama lima hari. Itupun tertakluk kepada tahap ovulasi seorang wanita. Jika liang peranakan wanita tersebut kering, jangka hayat sperma diseparuhkan hingga kemampuan dua hari sahaja. Bermakna sementara pasangan berasyikkan sambil puas, sperma menerima asakan dan azab yang perit. Bayangkanlah 280 juta sperma ditumpahkan; hanya satu sahaja yang membolehkan kehamilan.

Gambaran tersebut sudah jelas menceritakan keupayaan sperma untuk hidup di luar badan. Andai kata seorang gila menumpahkan air maninya ke dalam kolam renang, peluang untuk menghamilkan seorang perenang wanita subur sangatlah rendah. Apabila bertemu dengan air, sperma akan mati dalam suatu situasi digelar kejutan osmosis (Zarmakoupis, 1998). Jadi usahlah risau mengandung secara tidak sengaja dengan berkongsi kolam renang atau pantai. Namun wanita sebenarnya perlu merisaukan situasi lain.

Penemuan pada 29 Ogos 2017 seharusnya mengingatkan semua tentang keupayaan sperma untuk hidup dalam mulut. Kerana pada waktu itu, keputusan makmal menemui sperma hidup dalam mulut seorang perempuan.

Sehubungan dengan itu, sperma juga boleh hidup di atas kulit. Namun tempoh hayatnya tidak begitu lama. Dianggarkan sperma mampu hidup selama 20 minit sahaja di atas kulit berpeluh. Tetapi bagi permukaan kulit kering pula, jangka hayat hanyalah beberapa minit. Apabila bercakap tentang berpeluh, sekali lagi harus diingatkan tentang kejutan osmosis. Andainya pasangan berkongsi tab mandi yang sama, berkemungkinan wanita boleh dihamilkan, itupun jika ada galakan pada permukaan kemaluan wanita. Namun kebarangkaliannya juga sangatlah rendah – disebabkan itu terdapat saranan untuk berjaga-jaga dan berhati-hati bila berkaitan hamil luar rancangan.

Pada dasarnya, jika difikirkan ancaman hamil bukanlah pada tempat mandi. Sebaliknya kerisauan terhadap mitos-mitos yang dijulang sebagai potensi perlu disentuh juga. Apakah kebarangkalian untuk hamil jika air mani terkena rambut, cadar, tisu, karpet, langsir, lantai atau yang paling biasa dikongsi selimut?

Kalau difikirkan, pancut pada langsir memang bunyinya gila. Tetapi berdasarkan majalah-majalah kesihatan seperti Health Central, Medical Daily dan Men’s Health, langsir boleh dijadikan sasaran mudah untuk mengelap kemaluan. Dikhuatiri jika kedua-dua jantina menggunakan tempat langsir yang sama untuk mengelap. Maka apakah kebarangkalian untuk hamil?

Ironinya, sperma akan mati dalam masa beberapa minit pada permukaan sebegini. Ataupun sekurang-kurangnya sehingga cecair mani itu kering. Menurut Dr. Jamin Brahmbhatt yang meruapakan seorang pengulas urologi dalam majalah Men’s Health, walaupun sperma sudah mati, DNA pada sperma tidak semestinya mati. Maka sementara peluang kehamilan dikecilkan sehingga ke paras 0.0001%, kesannya menjadi bentuk “arkeologi forensik” yang boleh membawa penyiasat kepada orang melepaskannya.

Jadi jika ingin melepas hajat di bilik hotel, kalian selamat selagi tiada kaitan dengan apa-apa salahlaku jenayah.

RUJUKAN:

Armstrong, D. (2013, February 5). Highest Sperm Count Favors Athletes Over Couch Potatoes. Retrieved from https://www.bloomberg.com/news/articles/2013-02-04/highest-sperm-count-favors-athletes-over-couch-potatoes

CycleMatters. (n.d). The Truth About Sperm Survival: How Long Do Sperm Live? Retrieved from https://www.naturalcycles.com/cyclematters/the-truth-about-sperm-survival-how-long-do-sperm-live/

Zarmakoupis, P. (1998, January). Occurrence of osmotic shock in human spermatozoa: Its effects on the qualitative measurement of frozen-thawed spermatozoa.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.