Berakhirnya WCW

855

Jika korang peminat wrestling di era 90an, korang ada dua pilihan untuk menonton gusti. WWF (kini WWE) dan WCW.

Menjadi peminat wrestling sejak zaman arwah atok yang merupakan peminat Ricky Steamboat, Ric Flair, Macho Man Randy Savage, Ultimate Warrior dan Hulk Hogan, saya dan adik saya mula menyewa tape wrestling di era Shawn Michaels, Undertaker, Bret Hitman Hart, Razor Ramon dan Yokozuna.

Pun begitu pada masa ini juga ada pesaing WWF iaitu World Championship Wrestling atau WCW. Rancangan pay per view mereka yang power seperti The Great American Bash dan SuperBrawl, seringkali dapat menyaingi rancangan WWF seperti Wrestlemania atau Survivor Series.

Menjelang tahun 1995 selepas kejadian pecah kayfabe (watak dalam wrestling) selepas Scott Hall (Razor Ramon) dan Kevin Nash (Diesel) keluar dan ke WCW, Vince McMahon mula kehilangan ramai star yang mula menuju ke WCW kerana pemiliknya, Ted Turner memiliki wang yang lebat.

Menjelang 1997, WWF kehilangan ramai lagi star dan rating mereka dalam Perang Malam Isnin (Monday Night Wars), menunjukkan kejatuhan kepada WWF dan seolah-olah WCW adalah masa depan gusti.

Kejadian diburukkan lagi dengan Montreal Screwjob yang melibatkan antara dua star terbesar WWF, Bret Hart dan Shawn Michaels, dan pemergian Bret ke WCW meranapkan lagi rating WWF.

Gimik musuh secara gang seperti Four Horseman, New World Order (nWo) menarik perhatian peminat gusti termasuk aku sampai satu tahap saya sendiri dah malas ikut WWF dan mula mengikuti Sting membelasah geng nWo yang mengganas.

Sehinggalah Stone Cold Steve Austin, The Rock, Mick Foley, Triple H dan geng DXnya, Kurt Angle, Hardy Boyz, Dudley Boyz berserta star pertengahan seperti Rikishi Phatu, D’Lo Brown, Hardcore Holly, Ken Shamrock dan Edge di era Attitude melonjakkan WWF.

Gimik yang dilakukan Stone Cold menarik perhatian ramai peminat gusti sehinggakan baju yang print tulisan “Austin 3:16” yang boleh diprint dengan mudah tu pun dijual dengan harga $50 (RM190 pada masa itu) tu pun ramai yang sanggup membeli.

Akibat popularnya Stone Cold dan The Rock dalam Attitude Era, WCW hilang daya persaingan kerana dipenuhi wrestler tua.

Sudahnya pada tahun 2001, WCW menamatkan persaingannya apabila Vince McMahon membeli syarikat tersebut, sebelum dijadikan drama kayfabe kononnya WCW menawan WWF menerusi Alliance yang dipimpin Shane McMahon dalam Invasion, sebelum berakhir dengan pasukan The Rock kononnya menyelamatkan WWF daripada WCW dengan menewaskan pasukan Stone Cold (konon khianat join WCW Alliance) dalam Survivor Series.

Apapun generasi baru mungkin tidak kenal WCW, tetapi beberapa legend WWE seperti Chris Jericho, Chris Benoit, Booker T, Rob Van Dam (dari ECW sebelum ke WWF) juga pernah beraksi di WCW.

Selepas hilangnya WCW, WWF/E pun tidak ada saingan dan mula hilang daya kompetitif. Seperti juga Amerika Syarikat yang hilang selepas kejatuhan Soviet, kekuatan WWF/E pun sudah hilang bisanya bila tiada lagi WCW.

Sebenarnya bagus bila ada pesaing sebab dengan adanya pesaing, kita akan jadi kompetitif dan terus berusaha untuk jadi yang terbaik.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.