Ber “makan tidur” di Timor Leste: Pengorbanan ATM di Negara Asing

1,111

Tahun 2006 mempunyai kisah yang menarik untuk menjulang maruah anggota-anggota tentera negara. Sementara negara-negara lain di Asia Tenggara menghadapi pergolakan, Malaysia masih kekal relevan, stabil dan membangun. Sementara itu, Angkatan Ketenteraan Diraja Thailand telah menggulingkan kerajaan Thaksin Shinawatra. Ketenteraan Fiji juga telah menggulingkan Frank Bainimarama. Dan satu lagi negara yang bergolak ialah Timor Leste.

Pada 24 April 2006, bekas-bekas tentera dan orang-orang awam telah melaksanakan protes di ibu negara Dili. Pada awalnya protes ini aman. Namun apabila sebuah pasar diserang, bermulalah detik hitam bagi sejarah negara tersebut. Bekas-bekas tentera ini turut bertempur dengan pasukan-pasukan FDTL yang menggunakan peluru hidup sekaligus mencetuskan kekecohan dalam sebuah komuniti 21,000 orang.

Lebih daripada seminggu kemudian, Mejar Alfredo Reinado dan 20 anggota dalam platunnya telah menyertai barisan yang dikatakan memberontak. Turut dibawa bersamanya ialah dua lori penuh dengan senjata api dan peluru hidup. Kota Aileu dijadikan pusat operasi. Sehari kemudian iaitu 5 Mei 2006, Presiden Xanana Gusmao diseru supaya memecat Perdana Menteri Mari Alkatiri dan membubarkan FDTL dalam tempoh 48 jam.

Dalam tempoh beberapa minggu seterusnya, kekecohan tetap diteruskan. Rumah dan kereta dib*k*r sekaligus mencetuskan krisis pelarian yang mana sebuah konven Katolik memberikan bantuan kepada seramai 7,000 orang. Pada 8 Mei pula, seorang anggota polis gugur apabila 1,000 orang merusuh sebuah pejabat kerajaan yang mana Mari Alkatiri mengisytiharkan tindakan ini sebagai usaha rampasan kuasa.

Melihat kekecohan ini, Australia merancangkan sebuah usaha bernama Operasi Astute. Turut dianggotai Malaysia, tujuan operasi ini sebenarnya bermotifkan untuk mengembalikan kestabilan di Timor Leste. Malaysia menghantarkan sebuah pasukan komando yang dipilih daripada Briged Paratrooper ke-10 di Melaka dan Johor. Mereka diletakkan dibawah Kolonel Ismeth Nayan Ismail yang selama ini memang tidak makan tidur semata-mata.

Menjelang 23 Jun, angka tentera Malaysia di Timor-Leste telahpun berkembang. Dua kapal tentera laut iaitu KD Mahawangsa dan KD Sri Indera Sakti turut membawa kenderaan berperisai. Malah pasukan ini juga telah diajar bertutur dalam bahasa tempatan supaya boleh memperkenalkan diri mereka sebagai pembela keamanan. Sebaik sahaja mereka tiba, wira-wira ini menekankan keselamatan bagi pusat-pusat kedutaan, pelabuhan, stesen-stesen janakuasa, depot-depot minyak dan hospital.

Golongan yang “tidak pernah menembak” ini juga telah diminta Presiden Xanana supaya menjaga sempadan agar rakyatnya tidak lari ke Indonesia. Tetapi itulah tentera-tentera Malaysia tidak pandai menembak. Maka mereka malas untuk laksanakannya (sarcasm). Dalam bulan Jun yang sama, Malaysia juga merancang untuk hantar 250 anggota ke Timor Leste. Mereka terdiri daripada pegawai-pegawai polis. Berbeza dengan angkatan ketenteraan, pihak polis ini pandai menembak (sarcasm juga).

Operasi Astute turut dianggotai New Zealand dan Portugal selain Australia dan Malaysia. Kedatangan mereka tidak sekelip mata memulihkan keadaan. Sebaliknya Operasi Astute hanya tamat pada 25 Mei 2013 lama selepas Alfredo Reinado dibunuh dan Gastao Salsinha dijatuhkan hukuman penjara.

Ekonomi Timor Leste tidaklah semegah seperti negara-negara jiran. Walaupun berkembang sejak 2011, rakyat mereka masih lagi sengsara dalam kemiskinan tegar. Hidup mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang pula mengharapkan hasil pertanian. Pengeksportan komoditi Timor Leste iaitu kopi, marmar dan kayu cendana pun atas keringat mereka. Sebanyak 9,000 tan kopi, 108 tan kayu manis dan 161 tan koko telah dituai untuk pengeksportan bersama petroliam juga.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.