Peta dunia pada 240 juta tahun yang lalu sangat berbeza. Benua-benua pada zaman kini pernah bergabung menjadi sebuah benua gergasi yang dikenali sebagai “Pangea”. Kemudiannya, Pangea berpecah menjadi dua bahagian – di utara dikenali sebagai “Laurasia” dan di selatan dikenali sebagai “Gondwana”. Laurasia membentuk benua Eropah, Asia dan Amerika utara. Gondwana berpecah pula menjadi Afrika, Antartika, Amerika Selatan dan Australia.

Kini, saintis telah menemui benua kelima yang lahir dari Gondwana yang dinamakan sebagai “Greater Adria”. Kajian mereka menunjukkan daya geologi telah menyebabkan daratan bersaiz Greenland tertimbus di bawah Eropah sejak antara 120 juta hingga 100 juta tahun yang lalu. Pada awalnya, hanya separuh daripada benua tersebut yang tenggelam. Apabila benua tersebut bergerak hingga ke mantel Bumi (lapisan dalam planet), permukaan benua tersebut terkupas lalu membentuk gunung-ganan di 30 negara Eropah.

Dalam usaha untuk menyingkap sejarah Greater Adria, saintis mengambil masa sedekad untuk mengumpul data daripada pelbagai negara di seluruh Eropah, Afrika utara dan Asia barat. Magnet yang terhasil di kerak Bumi secara semulajadi telah membantu saintis untuk menjejak pergerakan plat tektonik yang berumur 240 juta tahun. Apabila lava panas menyejuk di sempadan antara dua pergerakan plat, lava tersebut telah memerangkap batu-batu yang mengandungi mineral magnet yang sejajar dengan medan magnet Bumi pada ketika itu.

Saintis mengkaji batuan magnet tersebut di 2,300 lokasi purba di seluruh kawasan Mediterranean. Kemudian, mereka gunakan data yang diperolehi untuk menghasilkan simulasi pergerakan plat tektonik Bumi pada waktu sebelum, ketika dan selepas Great Adria menuju ke mantel Bumi. Saintis mendapati bahawa benua tersembunyi itu berpecah dari benua Afrika 220 juta tahun yang lalu. Kemudian, ia berpecah daripada Semenanjung Iberia 40 juta tahun kemudiannya.

Pada masa itu, Adria mungkin kelihatan seperti Zealandia – benua kecil yang terdiri daripada New Zealand Utara dan Selatan. Kemudian, antara 120 juta dan 100 juta tahun yang lalu, proses tolak-menolak antara plat tektonik telah memaksa Adria menuju ke lapisan dalam Bumi yang terletak di bawah selatan Eropah. Saintis juga mendapati, terdapat pecahan dari Adrian yang telah menjadi sebahagian daripada Itali seperti Turin dan Venice.

RUJUKAN:

  1. van Hinsbergen, D. J., Torsvik, T. H., Schmid, S. M., Maţenco, L. C., Maffione, M., Vissers, R. L., … & Spakman, W. (2019). Orogenic architecture of the Mediterranean region and kinematic reconstruction of its tectonic evolution since the Triassic. Gondwana Research.
  2. https://www.businessinsider.my/hidden-continent-greater-adria-buried-under-europe-2019-9/?r=US&IR=T
  3. https://www.sciencealert.com/there-s-an-8th-continent-buried-between-europe-and-africa

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.