Bendera, Ultra-Nasionalisme Dan Nusantara

0
4809
views
Photo by Gunawan Kartapranata / CC BY-SA 4.0

Peristiwa bendera ini menunjukkan betapa semangat nasionalisme melampau (ultra-nationalism) memberi kesan kepada kelompok manusia walhal serumpun.

Selain “name calling” (Malingsia, Indon), yang lagi tak masuk akal ialah gejala “klaim-mengklaim” budaya serumpun sebagai budaya negara.

Sebelum Perjanjian Inggeris-Belanda (Anglo-Dutch Treaty) tahun 1824, tidak wujud “sempadan” Malaysia dan Indonesia. Ketika itu tak wujud pun Malaysia atau Indonesia. Yang ada hanyalah Kepulauan Melayu, Alam Melayu atau Nusantara.

Selepas penjajah datang, mereka “re-construct” balik identiti orang Nusantara mengikut acuan mereka.

Kepulauan Sumatra, Jawa, Kalimatan dan Sulawesi misalnya, disatukan sebagai “Hindia Timur” di bawah penjajah Belanda. Apa yang Hindia (India) pun tak tau, buta geografi punya Belanda.

Tapi penamaan tersebut memisahkan identiti penduduk situ daripada penduduk di bawah penjajahan Inggeris.

Disebabkan Belanda ini jenis yang kejam, jadi semangat anti-penjajah kuat di kalangan orang Hindia Timur. Orang Indonesia bangga dengan revolusi tumpah darah dalam mencapai kemerdekaan.

Waqaf Saham

Kita? Inggeris jahat memang jahat, tapi sekurang-kurangnya mereka bertamadun. Jadi berlaku peralihan kuasa daripada Inggeris kepada elit Tanah Melayu dan Borneo Utara tanpa tumpahan darah.

Jadi wujud pengalaman “nationhood” yang berbeza. Bagi mereka, merah di Sang Saka Merah Putih melambangkan darah yang ditumpah semasa revolusi menggulingkan Belanda. Jangan main-main.

Disebabkan tiada identiti bersama, percubaan penyatuan Alam Melayu menjadi “Indonesia Raya” dan “Melayu Raya” gagal. Malah berlaku “Konfrontasi” kerana Sukarno menganggap Malaysia sebagai boneka ciptaan Barat.

Selepas ada ASEAN, baru wujud sedikit persefahaman antara Malaysia dan Indonesia.

Sempadan yang memisahkan kita adalah tinggalan penjajah yang “artificial”. Jadi, kita jangan terlalu taksub dengan semangat nasionalisme.

Kita boleh cinta negara dan tanah air (patriotisme), tapi jangan sampai membenci negara lain, lagi-lagi mereka daripada rumpun yang sama.

Jadi, orang kita tak perlu layan provokasi dan jangan mulakan provokasi. Cakap baik-baik. Berhemah, jangan bertengkar.

Kerana diplomasi yang membezakan kita dan mereka. Kita serumpun tapi tak serupa. Diplomasi ada dalam jati diri kita.

Jadi, sudah-sudahlah tu gaduh pasal bendera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.