Benda Paling Beracun Di Dunia

44

Suntikan maut (execution by lethal injection) yang dijalankan sebagai hukuman mati di sesetengah negara menggunakan 3.9gram (g) potassium chloride semasa prosedur dia. Sebenarnya, 1g potassium chloride sudah cukup untuk membunuh seorang dewasa.

Sebagai perbandingan, bisa tebuan adalah 10 kali lebih kuat daripada potassium chloride pada dose yang sama. Saya senaraikan beberapa jenis toksin/racun/bisa dan kekuatannya berbanding 1g potassium.

1.Potassium chloride = 1

2.Tebuan = 10 kali ganda

3.Short tail shrew (mammal paling berbisa) = 13 kali ganda

4.Death Stalker (kala jengking paling berbisa) = 70 kali ganda

5.Brazilian wandering (labah labah paling berbisa) = 106 kali ganda

6.Death cap (cendawan paling beracun) = 145 kali ganda

7.Box jellyfish (obor obor paling beracun) = 240 kali ganda

8.Lionfish (ikan paling berbisa) = 345 kali ganda

9.VX gas (ejen saraf dalam pembunuhan kim chol) = 6250 kali ganda

10.Maitotoxin (bahan daripada planton laut) = 110 000 kali ganda

11.Polonium (unsur paling radioaktif) = 1 juta kali ganda
Ia pernah digunakan dalam pembunuhan perisik KGB, Litvinenko

12.Botulinum type H = 1 billion kali ganda

Ia adalah bahan paling berbahaya di alam semesta setakat ini. 1g toxin ini yang mencemarkan sistem bekalan air bersih sudah cukup untuk pupuskan 1 bandar besar. Tiada banyak carian dan kajian dijalankan terhadap botulinum type H kerana risiko amat tinggi.

Namun begitu, apa yang lebih berbahaya adalah menghasut bagi membiarkan ibu mengandung yang berisiko tinggi untuk melahirkan bayi di rumah tanpa pengawasan doktor pakar, di mana nyawa ibu dan si anak menjadi pertaruhan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Say no to unsafe birth. 

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.