Semasa penularan koronavirus, ada beberapa pihak yang menuduh semuanya agenda Yahudi. Anehnya tuduhan ini telah lenyap begitu saja, lebih-lebih lagi apabila Israel mencatatkan 54,042 kes menjelang 21 Julai 2020.

Israel baru saja pulih daripada krisis politik selepas persetujuan antara Benjamin Netanyahu dan Benny Gantz. Biasanya Netanyahu membentuk kerajaan dengan gabungan bersama parti-parti kecil lain.

Namun tiga pilihanraya lepas dalam tempoh satu tahun menyaksikan semua enggan bekerjasama dengan Likud atas tuduhan r4suah Netanyahu. Jika bukan kerana koronavirus, mungkin Israel akan mengulangi pilihanraya tanpa henti.

Walaupun politik Israel telahpun stabil buat masa sekarang, rakyat mereka sedang mendidih. Ini kerana kerajaan Netanyahu-Gantz terlalu ghairah untuk membendung koronavirus.

Mereka meluluskan rang undang-undang yang membolehkan tindakan kerajaan tanpa perlu didebatkan atau diundi di Dewan Knesset (Lis, et al., 2020). Sudah jadi kebiasaan apabila rakyat Israel mengerumuni kediaman rasmi Netanyahu untuk menyuarakan ketidakpuasan hati.

Sejak kebelakangan ini, pihak polis mula mengambil tindakan tegas. Dalam bulan lepas misalnya, bekas jeneral bernama Amir Haskel yang menyumbang bakti selama 32 tahun pun ditahan juga (Heller, 2020).

Menuruti jejak Haskel ialah anak-anak muda yang semakin lantang mengkritik Netanyahu. Pada 23 Julai saja, 34 orang telah ditahan pihak polis. Bantahan yang asalnya damai menjadi kasar apabila polis memaksa semua orang di luar kediaman Netanyahu bersurai.

Apabila kata-kata gagal, mereka menggunakan meriam air. Dalam himpunan ini juga, seorang wanita nekad membuka baju di atas menorah berhampiran dengan Knesset sebagai tanda protes terhadap Netanyahu (TOI, 2020).

Tidak cukup dengan itu, Netanyahu juga dikhabarkan sedang bersiap-siaga untuk mengadakan pilihanraya pada 18 November ini sekaligus membatalkan perjanjiannya bersama Blue and White bahawa Gantz akan mengambil alih dalam tempoh dua tahun (Levinson, 2020).

Penularan Koronavirus di Israel

Israel menerima koronavirus pada bulan Februari apabila beberapa warga tempatan pulang daripada zon-zon panas seperti Itali, Jepun dan Korea Selatan.

Maka Benjamin Netanyahu pada masa itu dalam mandat sementara meluluskan perintah berkurung di rumah bagi sesiapa yang baru melancong di negara-negara tersebut.

Namun perintah ini tidak berkesan, apabila kes kian memuncak. Dan kesannya boleh dilihat apabila kadar pengangguran negara mencecah 24.4 peratus dengan 844,000 memohon bantuan pengangguran pada 1 April (Halon, 2020).

Mungkin disebabkan itu juga Netanyahu meluluskan pakej rangsangan ekonomi mencencah AS$22 bilion, yang mana 37.5 peratus daripadanya akan digunakan untuk kebajikan pengangguran.

Meskipun dengan kemuncak kes, Israel masih nekad dengan strategi keluar.

Seawal 24 April lagi, Israel mengizinkan pembukaan semula perniagaan-perniagaan seperti gunting rambut. Namun pusat beli belah, gymnasium dan restoran tetap ditutup sehingga 7 Mei dengan had kemasukan orang. Restoran dibenarkan 20 hari kemudian dengan prasyarat penjarakan 1.6 meter.

Namun negara akan ditutup semula jika salah satu daripada tiga perkara berlaku:

  • 100 kes tempatan baharu sehari
  • Masa j4ngkitan berganda dikurangkan ke 10 hari.
  • Bilangan pesakit serius melebihi 250 orang.

Dan pada 6 Julai, kes-kes tempatan pun meningkat. Dan Netanyahu meluluskan pengehadan sosial semula.

Perhimpunan orang ramai dihadkan kepada 20 orang sahaja. Bilangan penumpang bas, pengunjung di kuil Yahudi, dan pelanggan restoran dihadkan dengan angka tersebut. Semua industri tidak penting ditutup.

11 hari kemudian restoran diwajibkan tutup hanya untuk takeaway dan penghantaran sahaja. Kadar penularan masih lagi melebihi 3 peratus sehari, dengan kes aktif mencecah 30,874 orang.

RUJUKAN:

Halon, E. (2020, April 1). Israeli unemployment exceeds one million; 24.4% of workforce. The Jerusalem Post. Retrieved from https://www.jpost.com/Breaking-News/The-number-of-unemployed-in-Israel-tops-1-million-for-the-first-time-623151

Heller, A. (2020, Jun 29). A quiet Israeli ex-general emerges as new hero for anti-Netanyahu camp. The Times of Israel. Retrieved from https://www.timesofisrael.com/a-quiet-israeli-ex-general-emerges-as-new-hero-for-anti-netanyahu-camp/

Levinson, C. (2020, Julai 23). Netanyahu decides on November election, leveraging political chaos, sources say. Haaretz. Retrieved from https://www.haaretz.com/israel-news/.premium-netanyahu-decides-on-november-election-leveraging-political-chaos-sources-say-1.9013558

Lis, J., et al. (2020, Julai 7). Knesset passes bill allowing gov’t to bypass parliament on COVID-19 regulations. Haaretz. Retrieved from https://www.haaretz.com/israel-news/.premium-israeli-government-pushes-bill-to-bypass-knesset-on-coronavirus-regulations-1.8974245

TOI. (2020, Julai 23). 34 held at anti-PM protests; anger over topless woman atop menorah near Knesset. Retrieved from https://www.timesofisrael.com/fresh-clashes-as-thousands-protest-against-netanyahu-10-arrested/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.