Kadang diri kau lupa;
Biar berdegar bunyi saban tahun;
Mencari Melayu Champa yang hilang;
Melayu Sumatera kau ulang bilang,
Patani yang lebur juga kau ungkit;
Melayu Madagascar juga kau sabit;
Katanya harus dibela dan dijuang.
Supaya di luar takkan Melayu hilang.

Mungkin ada benarnya mitos pelupa,
Di persisir Darul Hana di sebalik cendana – ramai saudaraku di Tanah Melayu lupa,
Di situ masih wujudnya Melayu,
Membadai zaman, menongkah Dinasti,
Sering dilupa diselak ke sisi.

Ada aku dipandang hadap;
Tiada aku dipandang belakang;
Lupa aku diabai lambai.

Gambar: Berita berkenaan penubuhan Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) – Cawangan Sarawak telah diterbitkan oleh Sarawak Gazette, bertarikh 1 Februari 1936. PASPAM telah ditubuhkan pada 7 April 1934 oleh akhbar Saudara yang menyatukan wadah intelektual Melayu di seantero Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Penggerak awal persatuan ini ialah golongan pro-Kaum Muda seperti Syed Alwi al-Hadi, S .M. Zainal Abidin, Sheikh Abdullah al-Maghribi, dan Hamidun bin Mohd Hashim.

Aneh dan sedih bahawa setelah lebih 80 tahun ramai anak Melayu di Tanah Melayu yang bertanya sama ada wujudkah Melayu di Sarawak?

-SN-

#KamekSayangSarawakBah


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Syed Nizamuddin bin Sayed Khassim merupakan pegawai tadbir dan diplomatik berkelulusan Ijazah dalam Pentadbiran Awam (Masters in Public Administration) dari Universiti Malaya. Beliau juga turut memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Pentadbiran dari UiTM Sarawak.

Comments are closed.