Sloth seekor mamalia yang dikategorikan sebagai mamalia paling perlahan di dunia. Nama sainstifik bagi haiwan mamalia ini ialah Choloepus Hoffmani. Namun, haiwan mamalia ini mempunyai perbezaan keluarga. Walau bagaimanapun, mereka tetap mempunyai cara hidup yang sama. Yang membezakannya ialah kuku pada tangannya. Populasi mamalia ini kebanyakkan berada di Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Pemakanan

Dari segi pemakanan pula, mereka dikategorikan sebagai Omnivor kerana mereka lebih gemar memakan serangga dan tumbuh-tumbuhan malah kadang-kala mereka juga makan daun kering. Disebabkan mereka hanya memakan tumbuh-tumbuhan, penghadaman mereka sangat perlahan. Maka, tenaga yang hasil dari penghadaman makanan mereka agak sedikit. Oleh sebab itu, ia dikatakan sebagai haiwan mamalia paling perlahan.

Ciri – ciri fizikal

Sloth mempunyai kuku yang panjang dan juga tajam agar genggaman mereka lebih kuat dan kukuh ketika bergayut di dahan dan juga ranting. Anggaran saiz Sloth boleh membesar sehingga 50-60 cm panjang bersertakan ekor yang berukuran lebih dari dari 7 cm panjangnya.

Salah satu masalah pada mamalia ini apabila mereka berada dalam keaadan sejuk. Ini kerana mamalia ini sudah terbiasa dengan suhu badan yang beranggaran 30-34 0C. Disebabkan suhu di dalam kawasan habitat mereka di Amerika Selatan agak sederhana, mereka dapat membiasakan. Bagi seekor ibu Sloth pula, jika dia berada dalam keadaan sejuk atau dalam suhu sekeliling rendah dari suhu badan mereka, mereka akan menjadi sakit malah lagi menyakitkan apabila dia masih menyusukan anak mereka yang boleh mengakibatkan mati kelaparan.

Selain itu, spesies  Sloth dibahagikan kepada 2 iaitu :-

  1. Two-toed sloth 
Foto di ambil oleh Joel Sartore dari Nattional Geoghrapic

2. Three-toed sloth

Foto di ambil oleh Joel Sartore dari Nattional Geoghrapic

Perbezaan Sloth bukan dimaksudkan kepada bilangan kakinya tetapi pada jarinya. Walau bagaimanapun, Sloth yang mempunyai dua jari dikatakan lebih aggresif berbanding dengan Sloth yang mempunyai tiga jari.

Mari kita jawab persoalan di atas. Benarkah Sloth mamalia paling perlahan di dunia?

Jawapannya adalah benar. Sloth ialah haiwan mamalia paling perlahan di dunia. Yang mampu bergerak selaju 20 -25 km/h. Disebabkan mereka gemar memakan tumbuh-tumbuhan dan juga serangga kecil, tenaga yang dapat dihasilkan terlalu sedikit. Oleh sebab itu Sloth sebagai haiwan mamalia paling perlahan. Tetapi, ketika Sloth berada di tanah, kemampuan dia untuk bergerak makin terbatas. Malah semakin perlahan dari kelajuan yang biasa dia bergerak.

Tahukah anda?

Sloth juga lebih pandai berenang malah mereka juga boleh berenang dengan gaya luak lentang (backstroke). Sebelum mereka berenang, mereka akan menjatuhkan diri mereka dari sebatang pokok dengan bersahaja. Keupayaan mereka berenang hampir sama laju dengan pergerakan mereka ketika bergayut di atas pokok.

Foto di ambil oleh Joel Sartore dari Nattional Geoghrapic

Rujukan

http://www.nationalgeographic.com/animals/mammals/h/hoffmans-two-toed-sloth/

http://www.nationalgeographic.com/animals/mammals/group/three-toed-sloths/

Sloth Facts: Habits, Habitat & Diet | Alina Bradford, LiveScience Contributor | May 21, 2014

http://www.livescience.com/27612-sloths.html

http://thefw.com/10-things-you-probably-didnt-know-about-sloths/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nama penuh : Muhd Ammerul Faizal, Nama pena : MAF, Negeri kelahiran : Johor, Sedang menuntut di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Mengambil jurusan IT dalam bidang Pembangunan perisian, Minat ke arah Zoologist (Haiwan purba dan Haiwan Istimewa).

Leave A Reply