Benarkah Sektor Perkhidmatan Awam “Gemuk” Seperti Yang Didakwa?

4628
views

Dr Mahathir, yang meletak jawatan pada 2003 selepas 22 tahun memerintah, tidak gembira falsafahnya tidak diikuti oleh pengganti beliau dalam tempoh 15 tahun ketiadaannya dalam kerajaan.

“Anda naikkan gaji, sektor swasta akan ikut sekali, dan kos semua benda akan naik. Bukan begitu caranya mengurus organisasi,” katanya.

“Mereka menambah bilangan pekerja, daripada 1 juta ketika saya berundur kepada 1.6 juta orang,” katanya.

Beliau berkata, beban itu kini diwariskan kepada kerajaan Pakatan Harapan.

“Tambahan sebanyak 600,000 gaji untuk dibayar, dan mereka naikkan gaji kadang-kadang 2 kali setahun. Mula-mula 10% dan kemudian 10% lagi.”

“Apa yang mereka buat adalah beli kesetiaan penjawat awam dengan menaikkan gaji mereka, kadang-kadang sebanyak 25%.

Sumber:
Pak Lah, Najib tinggalkan perkhidmatan awam ‘gemuk’, kata Dr M
https://www.freemalaysiatoday.com/…/pak-lah-najib-tinggalk…/

Ada beberapa sisi yang kita mungkin perlu tengok apabila membicarakan mengenai saiz perkhidmatan awam di Malaysia seperti yang telah diperkatakan oleh Tun M. Ianya adalah seperti yang berikut:

1. Perbandingan Nisbah Penjawat Awam:Populasi di antara tahun 2003 dan 2018.

2003:
– Populasi: 25 Juta
– Penjawat awam: 1 Juta
– Ratio: 1:25

2018
– Populasi: 32.4 Juta
– Penjawat awam: 1.62 Juta
– Ratio: 1:20

2. Pecahan-pecahan terbesar yang terdapat di dalam ‘pie’ penjawat perkhidmatan awam di Malaysia.

Pendidikan (Guru): 421,828 (2016)
Keselamatan (Tentera): 152,357 (2018)
Keselamatan (Polis) : 121,507 (2017)
Kesihatan : 268,014 (2018)
Keseluruhan: 963,703/1.62 Juta (59.48%)
.

3. Perbandingan Nisbah penjawat awam negara-negara lain apabila digabungkan seperti di Malaysia.

Jika digabungkan semua perkhidmatan awam dibawah satu payung seperti di Malaysia:

i) France:
France contohnya, mereka mengasingkan jumlah kepada 3 kategori perkhidmatan awam, hospital/kesihatan dan juga keselamatan dan kalau digabung ketiga tiga ni jumlah public servant mereka adalah mencecah 6juta orang populasi France adalah 60 juta.

Ratio 1:10.

ii) Germany:
Sama juga di Germany, disatukan semuanya dibawah Offentlicher Dienst, perkhidmatan awam, semi gov total 5 juta, populasi 80 juta.

Ratio 1:16

iii) UK:

Selain dari 3 Civil service yang utama iaitu, Her Majesty Civil Service, Her Majest diplomatic service dan juga Northern Ireland Civil service, jika ditambah dengan British Armed Forces,Polis, officers of local government authorities or quangos of the Houses of Parliament, pekerja National Health Service (NHS), dan juga staff Royal Household, total 6.1 juta populasi 66 juta.

Ratio 1:11

iv) Nisbah negara-negara lain jika menggunakan pengiraan yang sama seperti di Malaysia:

Amerika Syarikat (AS) 1:14
Australia 1:12
New Zealand 1:13.

4. Definisi Penjawat awam di Malaysia yang berbeza

Kita harus fahami definisi penjawat awam di negara kita yang merangkumi semua sektor perkhidmatan adalah tidak seperti di negara lain.

Jika tiga sektor berkenaan (Pendidikan, Kesihatan, Keselamatan) tidak dirangkumkan sebagai sebahagian daripada penjawat awam seperti di negara-negara lain seperti yang disebut diatas, nisbah penjawat awam di negara kita dengan populasi rakyat Malaysia adalah dalam julat 1:44 – 1:49 (656,000:32,400,000)

Selain itu, kita kena tahu juga bahawa 2.8 peratus daripada keseluruhan 1.62 juta penjawat awam di negara ini juga adalah berstatus kontrak, yang mana kesan kewangan kepada kerajaan seperti pencen juga adalah pastinya akan berbeza dengan perkerja tetap.

5. Memenuhi Standard Antarabangsa (KPI)

Tidak dilupakan juga apabila kita berbicara mengenai perkhidmatan kerajaan, setiap darinya ada standard international/KPI yang perlu dipenuhi.

Sebagai contoh, Nisbah polis mengikut populasi yang direkomendasi oleh INTERPOL adalah 1:250, kita kini berapa pada 1:270 (120K:32.4Juta).

Sama juga kepada nisbah guru dan murid, di mana ratio guru dan murid kita adalah pada nisbah 1:11 jika dibandingkan dengan 1:31 pada tahun 1970an . Nisbah yang mana jauh lebih baik than OECD Average (1:16) & High Income Countries Average (1:14).

Nota Kaki:
Dalam laporan OECD ada banyak negara yang mana lebih daripada 50% mewakili pie peluang pekerjaan dalam negara mereka. Dan tahukah anda bahawa negara kita Malaysia adalah merupakan negara yang dianggap sebagai ‘balanced country’.

Sebagai kesimpulan, definisi penjawat awam di negara kita yang merangkumi semua sektor perkhidmatan seperti pendidikan, kesihatan dan keselamatan adalah tidak seperti di negara lain.

Maka berdasarkan dari fakta dan data yang dibentangkan di atas, adakah sememangnya benar bahawa sektor awam di negara kita sememangnya ‘gemuk’?

Jika benar ianya ‘gemuk’ apakah langkah-langkah yang patut diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan kemelut ini?

Dan adakah kerajaan hari ini mempunyai ‘political wills’ yang kuat untuk mengurangkan jumlah penjawat awam?

Sektor yang melibatkan pekerjaan yang mana pula yang mahu di’kuruskan’ oleh kerajaan?

Guru? Polis? Tentera? Kesihatan?

Tepuk dada tanya akal.

Fikir-fikirkanlah.

Sekian.
Bukan Penjawat Awam.

Tulisan lain Yang Berkaitan:
Kerajaan Timbang Mansuh Skim Pencen Penjawat Awam?
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10214985719145312&

Rujukan:
Statistik Bilangan Sekolah, Murid & Guru
https://www.moe.gov.my/…/statistik-bilangan-sekolah-murid-g…

152,357 warga ATM mengundi awal
https://www.bharian.com.my/…/421425/152357-warga-atm-mengun…

Jumlah anggota polis lelaki dan wanita di Malaysia 2010- Jun 2017
http://www.data.gov.my/…/…/download/jumlah-anggota-polis.csv

PERANGKAAN PENDUDUK 1891-2015
https://www.dosm.gov.my/…/Malaysi…/22Perangkaan_Penduduk.pdf

CURRENT POPULATION ESTIMATES, MALAYSIA, 2017-2018
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php…

Jumlah penjawat awam dikekalkan
http://www.kosmo.com.my/…/jumlah-penjawat-awam-dikekalkan-1…

PH: Tak perlu kecilkan jumlah kakitangan awam
https://www.freemalaysiatoday.com/…/ph-tak-perlu-kecilkan-…/

Takrifan penjawat awam mesti difahami
https://www.hmetro.com.my/…/takrifan-penjawat-awam-mesti-di…

Tidak adil bandingkan jumlah penjawat awam – PM
https://www.bharian.com.my/…/tidak-adil-bandingkan-jumlah-p…

1.6 juta penjawat awam Malaysia jumlah munasabah
https://www.pressreader.com/…/beri…/20170420/281702614591530

Tiada Lambakan Penjawat Awam – KPPA
Baca lebih lanjut di
https://www.mstar.com.my/…/20…/04/19/tiada-lambakan-penjawat