Baru-baru ini Lionel Messi telah diiktiraf sebagai pemain paling banyak menghasilkan gol untuk satu-satu kelab dengan jumlah 644 jaringan berbanding legenda Brazil iaitu Pele sebanyak 643.

Hal ini lantas mendapat respon daripada Santos apabila mereka mendakwa Pele telah menjaringkan 1091 gol bersama pasukan itu.

Jadi, mereka secara tegas tidak mahu mengiktiraf Messi telah mengatasi Pele dalam jumlah jaringan.

Pele pula kekal tenang sambil mengucapkan tahniah kepada Messi kerana mampu pecahkan rekod jaringannya.

Persoalannya, betul ke Pele menghasilkan 1000 gol untuk Santos ataupun sebenarnya mengambil juga jaringan ketika bermain bola di depan rumah pada waktu petang? Ayuh soroti artikel ini.

Menurut lama web rasmi FIFA, Pele telah menjaringkan 1281 gol ketika beraksi dalam 1363 perlawanan.

Gol-gol yang dijaringkan ini termasuklah daripada perlawanan persahabatan dan siri jelajah Santos bagi pramusim.

Namun begitu ada yang menyatakan bahawasanya Pele berupaya menjaringkan banyak gol kerana Santos melangsungkan perlawan dengan pasukan-pasukan kecil.

Tanggapan tersebut jauh tersasar kerana Santos juga turut menganjurkan perlawanan persahabatan menentang kelab-kelab hebat Eropah seperti Inter Milan dan Barcelona.

Dalam dua perlawann itu juga Pele telah menjaringkan banyak gol sehinggakan pasukan tersebut kalah besar.

Terdapat juga pendapat lain yang menyatakan Pele dapat menghasilkan banyak gol kerana jaringan tersebut diambil kira daripada perlawanan menentang pasukan lemah di liga daerah Sao Paulo.

Walau bagaimanapun, pendapat itu disanggah kerana gol tetap gol walaupun Pele menjaringkannya ketika menentang pasukan liga komuniti Kampung Pisang sekalipun.

Menurut Guinness World Records pula, Pele telah menjaringkan 1289 gol dalam 1363 perlawanan lantas menjadikannya sebagai pemain bola sepak paling banyak menghasilkan gol.

Walau bagaimanapun, menurut Rec Sport Soccer Statistics Foundation (RSSSF), Pele hanya menghasilkan 767 jaringan dalam 831 perlawanan rasmi sahaja.

Jika diambil secara anggaran daripada ketiga-tiga jumlah jaringan ini, Pele telah menghasilkan 1284 gol dalam 1375 perlawanan yang beliau terlibat.

Senang cerita sekarang ini, Pele hanya menghasilkan sekitar 767 gol jika dicampurkan jaringannya ketika beraksi bersama Santos, New York Kosmos dan skuad kebangsaan Brazil.

Nisbah jaringan Pele adalah sekitar 0.92 gol dalam satu-satu perlawanan. 1000 gol yang dijaringkan seperti didakwa adalah berasal daripada perlawanan-perlawanan bersahabatan pramusim dan menentang pasukan lemah.

Jika rekod daripada perlawanan tersebut turut diambil kira mungkin pemain lain boleh buat sedemikian rupa.

Misalnya, Lionel Messi boleh juga mengambil kira sekali semua gol yang dijaringkan oleh Barcelona ketika jelajah pramusim walaupun menentang skuad Thailand All Star.

Kesimpulannya untuk kes seumpama ini, hanya rekod jaringan di dalam perlawanan rasmi sahaja yang perlu diambil kira.

#iSportsAsia

RUJUKAN:

Goal.com. (2020, Mac 24). Pele stats: Goals, World Cup wins & all the Brazil legend’s trophies. Dipetik daripada https://www.goal.com/…/pele…/1j7l9iu09le1v14q60ct2dpfnm

Law, J. (2019, November 19). 50 years on from Pelé’s 1,000th goal, it has become necessary to reaffirm his greatness. Forbes. Dipetik daripada https://www.forbes.com/…/50-years-on-from-pels…/…


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Comments are closed.