Benarkah Matahari Sudah Terbit Dari Arah Barat?

0
3826
views

Benarkah perubahan kedudukan matahari di Muar ini merupakan tanda-tanda kiamat ?

Saya terbaca satu status yang tular ketika ini (mendapat ribuan like dan share) .

..

Perkara ini sebenarnya tak pelik dan suatu fenomena biasa .

Saya tak faham apa kaitannya fenomena ini dengan tanda-tanda kiamat.
..

Zaman saya sekolah rendah lagi topik perubahan kedudukan matahari ini sudah diajar .

Kita kena faham . bumi mengorbit matahari dengan kecondongan paksi sekitar 23.5 darjah . Jadi , sebagai pemerhati di bumi , kita akan lihat Kedudukan matahari tidak selalu berada pada kawasan yang sama jika kita perhatikan sepanjang tahun. Kadang kala matahari kelihatan di kawasan sebelah utara. Kadang kala matahari kelihatan berada di kawasan sebelah selatan .

Waqaf Saham

Dan, ada kalanya matahari kelihatan berada tegak di atas garisan khatulistiwa .

Kedudukan matahari di kawasan garisan jadi merupakan kedudukan matahari yang paling jauh ke selatan .

Kedudukan matahari di garisan sartan pula merupakan kedudukan matahari paling jauh ke utara.
..

Perubahan kedudukan matahari inilah yang mempengaruhi perubahan musim di bumi .

..

Tak ada kaitan pun dengan tanda kiamat.

*turut di lampirkan imej perubahan kedudukan matahari di kawasan berhampiran sungai rio grande .

Bukan di Muar sahaja ye .

Keseluruhan kawasan di bumi akan alamai situasi yang sama .

Wallahu A’lam .