Menteri Sumber Manusia mendakwa bahawa dia tak pernah kata Melayu bukan pendatang. Tapi dalam masa yang sama seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian, katanya dia sekadar mengatakan bahawa kaum India dah ada di Tanah Melayu sejak 2500 tahun dulu terutama di Lembah Bujang, menyebarkan ajaran Hindu di situ.

Kalau saya jumpa menteri ni dengan ular, saya katuk menteri ni dulu. Berpusing macam gasing. Untuk pengetahuan pak menteri, pada 2500 tahun dulu tu, agama Hindu-Buddha masih belum sampai di Kedah Tua. Pada penemuan terbaru oleh sarjana tempatan, mereka berhujah bahawa penduduk Kedah Tua tidak pernah terpengaruh dengan proses Indianisasi. Bahkan seawal 2500 tahun dulu, penduduk tempatan di Sungai Batu menyembah Gunung Jerai.

Adapun proses kedatangan Hindu-Buddha ke Alam Melayu adalah pada abad selepas Masihi. Itupun ia sudah diadunkan dengan kepercayaan masyarakat tempatan. Contoh bukti hidup masyarakat tempatan bukan India yang beragama Hindu adalah di Bali sana. Pelbagai perayaan dan ritual masyarakat Bali yang merupakan keturunan pendiri Majapahit adalah tidak ada kaitan dengan mana-mana di India.

Contohnya, apakah orang India menyembah Sang Hyang Widiyasa atau Acintya seperti mana masyarakat Bali? Tidak sebab konsep ketuhanan Hinduism di Bali sudah berubah dan disegerasikan dengan kepercayaan tempatan. Hinduism di Bali adalah salah satu daripada cabang kepercayaan monoteism di dunia tau, berbeza dengan yang diamalkan di India! Contoh lain, pengunaan kalendar Pawukon dan perayaan Galungan adalah contoh betapa menjadi seorang Hindu, tidak semestinya menjadi seorang India seperti mana orang Melayu dalam sejarah.

Adapun, masyarakat Melayu sebelum Islam memang terkenal sebagai pengganut agama Hindu-Buddha, atau lebih jelas, mereka lebih rapat dengan agama Buddha dengan kebanyakan empayar Melayu sebelum Islam adalah memeluk agama Buddha dan terkenal dengan tradisi keilmuan dan penyebaran agama Buddha. Contohnya ialah Srivijaya dan Dharmasraya. Mazhab kebanyakan kerajaan Melayu pra-Islam ialah Buddha Mahayana. Agama tidak pernah bermaksud merujuk kepada bangsa.

Srivijaya memang terkenal sebagai pusat pembelajaran dan penyebaran agama Buddha sekurang-kurangnya pada abad ke-7 Masihi dahulu. Contoh tokoh-tokoh agama Buddha yang belajar di Srivijaya sebelum menyebarkan ilmu ialah Atisa. Tokoh agama Buddha ini telah dididik oleh seorang pendeta Buddha berbangsa Melayu dan berdarah diraja yang dikenali dengan nama Dharmakirti Suvarnadvipa. Keilmuan Dharmakirti di dalam ajaran Buddha telah menarik kedatangan para pelajar bukan sahaja dari benua India, malahan turut menarik para pelajar dari rantau Asia Timur.

Setelah menamatkan pengajian agama Buddha, Atisa meninggalkan Srivijaya dan kembali ke benua India. Atisan ini kemudiannya telah menyebarkan agama Buddha yang dipelajarinya di Tanah Tinggi Tibet.

Penyebaran agama Buddha oleh Empayar Melayu Srivijaya dapat dilihat ketika empayar ini menakluk Jawa Tengah pada 732 Masihi, kita dapat melihat Jawa yang ketika itu kuat dengan ajaran Hindu sudah mula menerima pengaruh Buddha melalui Dinasti Sailendra. Atas sebab itu, pembinaan monumen Buddha seperti Candi Borubudur berdiri di bumi Jawa.

Selain itu Tanah Melayu ketika itu, ditemui juga pelbagai objek yang berkaitan dengan agama Buddha seperti votive tablet yang merupakan objek keagamaan yang berkaitan dengan agama Buddha. Ini dapat dijumpai disekitar semenanjung Tanah Melayu seperti di Perlis, Lembah Bujang dan juga Ulu Sungai Kelantan. Objek-objek ini biasanya mengandungi mantera dan ritual keagamaan Buddha itu sendiri.

Sekali lagi saya menegaskan bahawa sesungguhnya agama tidak pernah menunjukkan bangsa seseorang. Kalaulah sedemikian, sudah lama kerajaan Mughal di India bermaksud kerajaan Arab atau kerajaan Turki Uthmaniyah itu milik Arab kerana agama mereka. Cumanya, saudara orang Melayu iaitu orang Jawa yang terkenal dengan kuatnya mereka beragama Hindu sebelum cahaya hidayah Islam sampai kepada mereka.

Tolonglah pak menteri faham konsep ini!

Bacaan lanjut:

Rusyahira Abdullah, Yunus Sauman Sabin & Adnan Jusoh (2016) Votive Tablet Dalam Masyarakat Melayu Tradisional. UPSI

Md. Salleh Yaapar. (2014) Peri Nama, Asal Usul dan Identiti Melayu: Ke arah Pencerahan yang Dinantikan. Dewan Bahasa Dan Pustaka

Paul Michel Munez (2004) Early Kingdom Of The Indonesian Archipelago And The Malay Peninsula.

Apa Yang Boleh Tamadun Melayu Manfaatkan daripada Tamadun Tibet? Kertas kerja oleh Tee Boon Chuan

Ahmad Jelani Halimi (2008) Sejarah Dan Tamadun Bangsa Melayu. Utusan Publication.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.