Benarkah Ekuinoks Menyebabkan Suhu Melampau?

0
261
views
heat wave in the city and hand showing thermometer for high temperature

Telah tular ketika ini di media sosial seperti di

Facebook serta  di whatsapp suatu pesanan yang menyatakan bahawa fenomena ekuinoks akan menyebabkan suhu meningkat sehingga mencapai 40 darjah celcius .

..

 

Benarkah ?

 

Benarkah ekuinoks menyebabkan suhu panas melampau ?

 

Terlebih dahulu , mari kita kenali dahulu apa itu fenomena ekuinoks  .

 

Ekuinoks atau equinox iaitu istilah yang berasal daripada dua perkataan latin ,

” aequus ” yang bermaksud ” sama ” dan ” nox ” yang bermaksud ” malam ”  merupakan suatu fenomena astronomi bilamana kedudukan matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa iaitu satu garis khayalan yang membahagikan bumi kepada dua bahagian  (hemisfera utara dan selatan  ) yang bernilai latitud 0 darjah .

..

 

Di dalam satu tahun masihi , matahari akan berada tepat di atas garisan khatulistiwa sebanyak dua kali iaitu pada bulan Mac serta bulan September .

..

 

Bagi tahun 2018 ini : –

 

Ekuinoks pada bulan mac akan berlaku pada :

 

21 Mac 2018 ,

 

Manakala , ekuinoks pada bulan september pula akan berlaku pada :

 

23 september 2018 .

 

..

 

Mengikut takrifan astronomi ,

Waqaf Saham

 

Ekuinoks pada bulan Mac menandakan bermulanya perubahan musim daripada solstis musim sejuk di hemisfera utara kepada ekuinoks musim bunga

 

Atau ,

 

perubahan musim daripada solstis musim panas di hemisfera selatan kepada ekuinoks musim luruh .

 

..

 

Bagi Ekuinoks yang berlaku pada bulan September pula ,

 

Ia menandakan bermulanya perubahan musim daripada solstis musim panas di hemisfera utara kepada ekuinoks musim luruh .

 

Atau ,

 

perubahan musim daripada solstis musim sejuk di hemisfera selatan kepada ekuinoks musim bunga .

..

..

 

Berbalik kepada persoalan di atas iaitu

Benarkah ekuinoks boleh menyebabkan suhu panas melampau sepertimana yang didakwa oleh sesetengah individu ?

 

Untuk pengetahun semua ,

Fenomena Ekuinoks bukan la penyebab suhu panas melampau

..

 

Keadaan suhu semasa lebih dipengaruhi beberapa faktor seperti kadar hujan yang turun , corak tiupan angin serantau , faktor litupan awan di lokasi kita serta lain -lain faktor berbanding fenomena ekuinoks .

 

Mengikut rekod , ketika ekuinoks berlaku , negara – negara di khatulistiwa serta sekitarnya boleh mencatatkan kenaikkan suhu hanya beberapa darjah sahaja .

 

Kenaikkan suhu hanya sekitar 1 ke 2 darjah celcius daripada suhu purata adalah masih  berada pada paras normal dan tidak akan memberi kesan yang begitu besar .

..

..

Sekian ,

Wallahu A’lam

..

..

 

Nota tambahan :

 

Catatan ringkas saya ini hanyalah menyentuh beberapa isu di dalam ilmu astronomi .

 

Berkenaan beberapa tips berkaitan kesihatan  yang turut diselitkan di dalam pesanan yang tular tersebut , sila rujuk kepada pakar – pakar yang berkenaan untuk pengesahan kerana itu diluar bidang pengetahuan saya untuk memberi ulasan lanjut .

 

Terima Kasih .