Kita kenal unta adalah haiwan berkaki empat yang biasa hidup di padang pasir. Kita pasti tertanya-tanya bagaimana unta ini boleh hidup di kawasan ekstrem tersebut tanpa mengharapkan air.

Melihat bonggol yang timbul di belakang unta, kita pasti percaya bahawa itulah ‘tangki air semula jadi’ unta dan itulah jawapan bagi memuaskan inkuiri kita.

Tetapi, adakah bonggol itu sebenarnya berfungsi sedemikian?

Sebenarnya ia hampir tepat, jawapan sebenar adalah bonggol unta berfungsi sebagai penyimpan lemak.

Kata Rick Schwartz, penyelia haiwan di zoo San Diego, unta mengambil lemak dari bonggolnya dan menukar sebagai tenaga apabila menghadapi musim kering tanpa sebarang makanan dan minuman. Jika makanan hadir, unta memakannya dan menyimpan kalori ke bonggol. Apabila bonggolnya ‘berdiri’, unta mampu hidup tanpa makanan selama 4-5 bulan. Jika bonggol unta mengempis, maksudnya ia kehabisan ‘stok’ lemak dan perlu diisi semula.

Anak unta pula pada awalnya tidak mempunyai bonggol dan belum tumbuh sepenuhnya apabila dijaga ibunya. Bonggolnya tidak tumbuh kerana seluruh kalori dari susu ibunya disalurkan kepada tumbesaran anak. Apabila mencecah 10 bulan barulah bonggolnya boleh tumbuh sehingga setahun. Pada umur setahun itulah anak unta mesti mempunyai bonggolnya supaya ia mampu berhadapan pada musim kering pertamanya.

Terdapat dua buah spesis unta: Unta Bactria (Camelus bactrianus) dan Unta Arab (Camelus dromedarius). Unta Bactria yang tinggal di barat China dan Asia Tengah mempunyai dua buah bonggol. Manakala unta Arab yang kita sedia kenal hanya mempunyai sebuah bonggol.

Unta tidak seperti haiwan lain dalam penyimpanan makanan. Ia biasanya menyimpan makanan di dalam kantung yang menegak.Sesetengah teori menyatakan bahawa unta mempunyai kantung bernama ‘stomach callus’ yang berada di bawah perut. Apabila kalori disimpan dalam kantung tersebut, ia menjadi lapisan lemak. Jika unta tidak terdedah kepada sinaran matahari dan kehangatan, lemak dialihkan dari kantung ke bonggol.
Jika bonggol unta hanya menyimpan makanan, bagaimana dengan air?

Unta mempunyai cara lain untuk badannya sentiasa tidak kehausan sepanjang musim kering berlaku. Unta meminum air sebanyak 30 gelen (114 liter). Tambahan pula, badan unta memastikan najisnya tidak mempunyai kehadiran air dan buah pinggangnya sentiasa lancar mengeluarkan toksik dari air sebagai cara menampung air dalam badan.

Unta juga meminum air dari lembapan air yang keluar dari hidunynya bagi menghilangkan dahaga. Jadi, begitulah cara unta membekalkan airnya untuk menghadapi musim kering. Dan bonggol unta sebagai ‘tangki air semula jadi’ hanya mitos bualan masyarakat saja.

RUJUKAN:

Santora, T. (25 October 2020). Do camels really have water in their humps? Live Science. Retrieved from 12 November 2020. https://www.livescience.com/why-do-camels-have-humps.html

Vannithone, S.; Davidson, A. (1999). “Camel”. The Oxford companion to food. Oxford Oxfordshire: Oxford University Press. p. 127


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.