Pelik sungguh manusia, diberi anak semua sihat, lalu hina orang yang ada anak OKU.

Ada jiran yang anaknya OKU Buta dan cerebral palsy. Tapi boleh jiran lain cakap: “Apalah dosa mak awak sampai Allah bagi anak yang cacat?”

Apa ke jadah?

Belum habis saya marah, tengok whatsapp, ada kisah anak OKU jiran lain kena sawan, ada orang ambik gambar dan sanggup share whatsaap dengan tulis:

“Lihat dugong terdampar!”

Lepas tu ada komen lain yang tulis:

“Apalah dosa ibu bapanya sampai anak jadi cacat macam ni?”

Perghhh, bongkaknya…

Walaupun gambar itu bukan anak saya, tapi saya yang ada anak OKU dapat rasa betapa sedihnya hati ibu bapa mereka bila tahu orang kaitkan dosa dengan masalah anak..

Bila ditegur, kita pulak kena remove dari group!

Maka saya tarik nafas, sabar, telan marah dan nak cakap elok-elok..

Lepas ni jika tengok orang ada masalah anak, masalah hidup, kena panah petir ke, gempa bumi ke, conteng muka joker ke, please! Jangan kaitkan dengan mana-mana dosa mak bapak sebab hidup ini adalah ujian.

Hanya Allah yang tahu kenapa dia menguji! Bukan kerja kita tengok aib orang dan kaitkan dengan dosa sekian sekian!

Semua ni dah tulis dalam Al-Quran dan Hadis, korang tu yang tak nak baca.

Sebab tu Nabi yang tak ada dosa, juga mendapat ujian perihal masalah anak-anak!

Contoh:

Anak nabi Adam bergaduh dan berbvnuh sama sendiri, kau nak cakap, oh itu sebab dosa Nabi Adam makan buah larangan? Begitu?

Anak Nabi Nuh derhaka pada Allah, lepas tu m4ti tenggelam dalam benca banjir, kau nak cakap dosa apa pulak kat Nabi Nuh Alaihisalam? Tak ajar anak dia berenang?

Anak Nabi Ishak terpaksa lari dari kampung sebab saudara kembar sangat dengki, apa dosa Nabi Ishak?

Ada ramai anak Nabi Yakub yang jenis sangat dengki dan berpakat nak bvnuh orang yang dia dengki, apa dosa Nabi Yakub?

Anak Nabi Ayub yang kecil dan yang besar semua m4ti serentak dalam runtuhan gempa bumi, apa dosa Nabi Ayub?

Anak lelaki Nabi Muhammad SAW semuanya m4ti sewaktu kecil, apa dosa Nabi Muhammad SAW? Tak makan makanan sunnah? Itukan Penghulu segala Nabi, Sunnah semua darinya tapi tetap diiuji anak kecil m4ti terkena penyakit yang tidak diberitahu…

Dan dari anak perempuan Fatimah yang kahwin dengan Ali R.A, Nabi Muhammad SAW mendapat dua cucu lelaki.

Dan seperti biasa, Nabi Muhammad SAW selalu pergi ziarah cucu nak bergurau senda, tapi tiga kali bagi salam dan tak ada dengar jawapan, akhirnya untuk salam yang last ada jawapan salam dari fatimah r.aha dengan nada yang perlahan, dan Fatimah r.aha merangkak membuka pintu kerana berada dalam keadaan yang sangat lapar.

Nabi menangis, kemudian datang Husin dan Hasan cucu Nabi berlari ke arah baginda dengan harapan adalah makanan yang di bawa, tapi mereka kecewa apabila mendapati baginda SAW datang dengan tangan kosong.

Lalu nabi SAW mencium cucu kesayangannya ;

Seorang cium di perut.

Seorang cium di leher.

Lalu ter’kasyaf’lah Fatimah r.aha akan nasib yang bakal menimpa anak anak nya iaitu seorang akan dibvnuh dengan di pancung dan seorang bakal dibvnuh dengan diracun.

Nota kepada Mualaf: kasyaf adalah dapat melihat peristiwa hadapan dengan izin Allah.

Lalu merayulah Fatimah r.aha kepada baginda dengan linangan air mata agar Nabi SAW menggunakan doa ‘terakhir’ untuk mengubah takdir anaknya.

Nota kepada Mualaf: Setiap Nabi dan Anbiyya a.s mempunyai doa ‘terakhir’ iaitu doa yang paling makbul yang biasanya para Nabi gunakan untuk memohon bala bencana kepada ummatnya setelah beratus tahun berdakwah tapi tiada yang ikut malahan menyakitkan jasad dan perasaan Nabi – rujuk cerita para Nabi.

Tapi Nabi S.A.W menolak permintaan puteri kesayangannya kerana telah berniat untuk menyimpan doa ‘terakhir’ tersebut untuk ummatnya di padang masyar. Oh! begitu cinta sekali Nabi kepada ummatnya!

Dan akhirnya, ujian hidup berlaku, semua cucunya m4ti dibvnuh, jadi..

Apa dosa Nabi Muhammad SAW?

Itulah ujian hidup. Allah nak bagitahu, nabi yang tiada dosapun di uji dengan masalah anak-anak, apatah lagi kita semua yang memang pendosa.

Saya pendosa, kau pendosa, semua pendosa.

Semua pendosa ada ke neraka dan ada syurga.

Tapi pendosa ke syurga melalui jalan Taubat.

Kau hina anak orang OKU, dan bertaubat belum?

Dah minta maaf dengan mak bapak mereka ke belum?

Jika belum taubat, maka bertaubatlah sebab tiada orang boleh tutup pintu taubat masing masing. Allah sentiasa buka pintu Taubat ini sewaktu kita masih hidup.

Tapi bila dan tertutup pintu Taubat, maka tiada siapapun boleh buka walaupun seorang Nabi yang tiada dosa.

Dan dosa dengan orang, alamak kena merangkak kat padang mahsyar nak minta maaf, waktu tu Nabi nak doa shafafat yang disimpan khas belum tentu kita dapat jika ada banyak dosa mengumpat anak orang OKU, masa tu baru korang sedar: alangkah baiknya jika aku seorang OKU agar terus ke syurga.

Woha!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Hamka keretamayat adalah seorang penulis, penceramah bebas, pembuat tanjak. Sudah tiga belas buah buku pelbagai tajuk di tulis oleh beliau seperti: Kisah Laki Bini, Kerana Dia Anak Syurga, Menangkap Dajjal DiWaktu Dhuha, Permata Yang Hilang Kini Dijumpai, Mengeteh DI Kubur Ayah dan banyak lagi. Untuk kenali Hamka Keretamayat secara lebih dekat, boleh godek godek atau follow link ini: Youtube Channel https://www.youtube.com/user/HamkaMayat. (YouTube) FB Page https://www.facebook.com/keretamayat/ (Facebook Page) IG https://www.instagram.com/hamka_keretamayat/ (Instagram) Blog http://keretamayat.blogspot.com/ (Blog) Telegram https://t.me/keretamayat (Telegram) Terima kasih sudi follow, walau hakikatnya, kereta mayat sedang follow anda semua. Woha!

Comments are closed.