Belenggu Rasµah Yang Menghantui Empayar Rom

548

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Begitu lama Sungai Yantra menatap perubahan sekelilingnya. Alirannya perlahan tetapi kadangkala laju, menyisir tebing serba hijau daripada Sungai Danube di sempadan Bulgaria dan Romania. Yantra melalui beberapa bandar Bulgaria.

Antaranya ialah Veliko Tarnovo yang mempunyai 90,000 penduduk. Walaupun jumlah populasi dan keluasan bandar ini tidak luas, Veliko Tarnovo selalu digelar “kota tsar”.

Dan tempat ini juga merupakan antara sempadan paling jauh buat empayar Rom.

Bukan setakat sempadan, Veliko Tarnovo juga menjadi saksi tentang masalah birokrasi yang meruncing dalam empayar agung ini.

Sekitar 1920-an, sepasukan pakar arkeologi menemui sebuah batu bersurat hampir 10 kaki tinggi di sebuah kawasan 18 kilometer daripada Veliko Tarnovo.

Di sini terletak sebuah kota purba bernama Nicopolis ad Istrum. Batu bersurat ini menyimpan rahsia 2,000 tahun dengan hanya 37 baris dalam bahasa Yunani.

Tetapi masalahnya, batu bersurat ini akibat terlalu lama sudah berp3c4h empat.  Jadi hampir 100 tahun, rahsia ini tidak disingkap.

Menggunakan Kemajuan Moden

Alam sains mempunyai satu bidang digelar epigrafi, yang mengkaji penulisan secara mendalam. Salah seorang pakar tempatan bernama Nikolay Sharankov berminat untuk mengkaji batu bersurat ini.

Jadi beliau mengumpulkan sebuah pasukan yang menyusun dan kemudian meneliti teks Yunani Kuno ini. Teknologi yang lebih maju membolehkan mereka imbas batu bersurat tersebut.

Daripada atas hingga bawah, mereka dapat menelaah tulisan purba ini tanpa menyentuh batu tersebut lagi. Apa yang mereka tahu sebenarnya agak mengejutkan.

Ia merupakan salinan sepucuk surat daripada Lucius Septimius Severus kepada rakyat Nicopolis ad Istrum. Baginda merupakan maharaja yang menguasai Rom antara tahun 193 hingga 211.

Jadi bagi rakyat bandar kecil ini, surat sebegini patut diagung-agungkan (menjadi batu bersurat).

Septimius mengucapkan terima kasih kepada Nicopolis ad Istrum keana sudi menderma kepada perjµangan baginda. Septimius menikmati karier politik yang berjaya dibawah Marcus Aurelius dan Commodus.

Namun Publius Pertinax menjadi maharaja selepas pembµnµhan Commodus.

Walau bagaimanapun, Pertinax tidak bertahan lama, kerana dibµnµh tiga bulan selepas pemasyhuran.

Didius Julianus yang menggantikan baginda menerima nasib sama, dibµnµh dalam masa tiga bulan.

Dalam masa enam bulan, Rom mempunyai tiga maharaja. Didius dibµnµh dalam sebuah konspirasi buatan Septimius Severus.

Dan Nicopolis ad Istrum membiayai Septimius dengan jumlah 700,000 denarius perak. Semua faham apa erti apabila pembesar tempatan memberi “hadiah” kepada maharaja atasan.

Jumlah ini bukanlah hadiah semata-mata. Ia merupakan jµlapan r4sµah.

Tujuan Hadiah Diberikan

Nilai 700,000 denarius perak memang sukar difahami hari ini, kerana matawang terlalu kuno. Barangkali jumlah ini bernilai RM10 juta sekurang-kurangnya.

Sangat banyak, walhal Nicopolis ad Istrum bukanlah sebuah bandar raya pesat seperti Rom atau Nicomedia. Tetapi angka ini turut menunjukkan kaedah kepimpinan Septimius Severus.

Ketika pembesar-pembesar Rom sedang bersaingan sampai bµnµh-membµnµh, Nicopolis ad Istrum menyokong pihak lain. Mungkin mereka memberi sokongan pada Pertinax, selepas pembµnµhan Commodus.

Apabila Pertinax dan Didius Julianus jatuh, Nicopolis ad Istrum mula berpeluh-peluh keresahan. Tiada haluan lain, mereka menyatakan sokongan pada Septimius dengan sumpah setia bersama 700,000 denarius perak.

Kiranya Nicopolis ad Istrum membeli pengampunan daripada Maharaja Septimius. Tidak cukup dengan itu, bandar ini menyokong penipuan dijulang Septimius.

Mereka akur dan mengesahkan bahawa Septimius merupakan pewaris Marcus Aurelius sekalipun tiada pertalian da-rah atau perkahwinan.

Ini membuktikan bahawa dalam zaman sebelum arus pemodenan, r4sµah sudah berleluasa.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.