Teknik ini digunakan untuk memahami topik yang kompleks dan diperkenalkan oleh Richard Feynman.

Tak kisah anda nak belajar apa sekali pun, bisnes, pelaburan, sejarah, sains, ekonomi atau pemasaran, boleh gunakan teknik ini.

Pertama sekali kita kenal dulu siapa Richard Feynman ni. Beliau adalah seorang ahli fizik dan mendapat anugerah Nobel dalam bidang fizik pada tahun 1965.

Beliau bukan sahaja genius, malah beliau terkenal kerana kemampuannya menerangkan perkara kompleks dalam cara mudah difahami.

Contohnya beliau ada menulis buku 6 easy pieces yang menerangkan dunia fizik dalam bahasa yang mudah difahami.

Menurut beliau, penggunaan jargon yang melampau antara tanda seseorang itu tidak memahami satu-satu topik dengan mendalam.

Sekarang kita nak tengok kerangka Teknik Feynman untuk memahami apa-apa topik. Ada 4 langkah dalam teknik ini.

1. Kenal pasti (identify)
– Kenal pasti topik apa anda nak belajar.

– Tanpa rujuk mana-mana. Tulis segala perkara yang anda tahu tentang topik itu. (Apa anda pernah dengar, baca, lihat)

– Baca daripada pelbagai sumber

Contoh: Anda nak belajar topik saham

Ambil pen dan kertas (atau di laptop), keluarkan dan tulis apa yang anda tahu pasal saham. Keluarkan semua yang ada dalam kepala.

Kemudian baru anda buat kajian dan cari sumber-sumber baru tentang saham. Tulis nota dan jangan lupa letakkan sumber.

Catitkan apa benda baru yang anda belajar pasal saham.

2. Terangkan topik yang anda dah belajar tadi seperti mana anda berbual dengan budak.

Tulis semula segala apa anda dah belajar, macam buat satu karangan pendek menerangkan topik anda dah belajar.

Anggap pembaca anda adalah seorang budak. Gunakan bahasa mudah dan elakkan jargon.

Lebih baik kalau anda boleh bercerita/berbual tentang topik tadi dengan orang yang tidak ada pengetahuan tentang topik tersebut. Tengok mereka faham ke tak.

Kalau di Reddit ada channel ELI5 (Explain like I’m 5). Boleh baca di sana redditors menerangkan pelbagai topik kompleks.

3. Semak semula ada kelompongan atau tidak dalam pemahaman anda.

Cuba perhatikan bila anda cuba terangkan topik tadi, ada tak tersangkut (stuck) dekat mana-mana? Bila anda terangkan dekat orang lain, mereka faham tak? Ada tak mana-mana bahagian yang anda tak mampu terangkan?

Kalau ada kelompongan, baca dan kaji semula topik tersebut dan perkemaskan semula pemahaman anda

4. Reviu dan permudahkan (Review and simplify)

Susun semula nota-nota dan kajian. Tulis semula topik tersebut seolah-olah anda bercerita, jadikan topik tersebut menarik untuk didengar, dibaca.

Kunci dalam teknik ini pada pendapat saya adalah memudahkan. Apa-apa topik sekalipun boleh diterangkan dalam bahasa yang mudah tanpa perlu menggunakan jargon.

Contohnya saya suka tengok video Brian Greene terangkan topik fizik, sangat mudah difahami.

Kalau anda tidak mampu menerangkannya dalam bahasa mudah mungkin anda belum faham topik itu sebenar-benarnya.

Sebab itu orang selalu kata, cara paling cepat untuk belajar adalah dengan mengajar. Dalam kelas, yang paling banyak belajar adalah gurunya.

Kalau anda nak belajar cara melabur dengan mudah dan tenang, boleh klik sini: https://labursantai.com

Kita belajar sampai pandai.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Kauthar Rozmal merupakan seorang graduan Matematik dan mempunyai 3 tahun pengalaman dalam sebuah Bank di Malaysia. Mula berkongsi ilmu kewangan peribadi dan pelaburan 4 tahun lalu dan telah dijemput menjadi penceramah di beberapa buah Universiti Awam berkaitan kewangan.

Comments are closed.