Bagi peminat filem Liam Neeson, pasti mengetahui tentang filemnya yang berjudul Honest Thief. Honest Thief berkisar kepada seorang bekas pero.mp.ak bank yang ingin menyerah diri kepada pihak berkuasa tetapi diperangkap oleh dua ejen FBI yang korup. Dalam dunia sebenar, agak sukar untuk mencari individu sebegini yang jujur dan bersedia mengakui kesalahannya kepada pihak berkuasa.

Tetapi itu yang dilakukan oleh Cain Vincent Dyer, seorang bekas ten.te.ra marin Amerika Syarikat yang melakukan 100 rom.pa.kan bank antara 1999 hingga 2000. Dan dalam temubualnya bersama portal Insider, dia memberi amaran sesiapa yang cuba meniru tindakannya akan berakhir dalam pen.ja.ra.

Cain Vincent Dyer hari ini,

Tidak seperti digambarkan dalam filem, siri televisyen atau permainan video, rom.pa.kan bank tidaklah sedramatik dalam konteks dunia sebenar. Ini kerana menurut Dyer, ayat seperti “Angkat tangan” boleh saja menarik perhatian orang ramai atau lebih buruk, polis.

Sebaliknya, dia akan melihat terlebih dahulu suasana dalam bank sebelum bertindak. Sekiranya pelanggan dan staf bank bersikap tenang dan patuh dengan arahannya, Dyer boleh mengawal situasi dengan aman. Tetapi jika sebaliknya berlaku, dia akan bertindak sedikit agresif tetapi terkawal dengan tujuan mendorong semua orang dalam bank untuk patuh.

Salah satu perkara pertama dilakukan oleh Dyer bila tiba di bank ialah pergi ke kaunter juruwang. Dia berbuat demikian kerana percaya kaunter juruwang sentiasa mempunyai sejumlah besar wang tunai untuk transaksi harian mereka.

Bila ditanya apa faktor yang mempengaruhi kejayaan je.na.yah yang dilakukannya, Dyer menyatakan beberapa faktor perlu dipertimbang. Antara faktor yang dinyatakan ialah keadaan cuaca, lokasi bank, pergerakan trafik dan tindak balas pihak berkuasa. Malah, sehari sebelum rom.pa.kan dibuat, Dyer turut meneliti pelbagai manual termasuk manual peti besi, bank dan kakitangan mereka.

Bagi aktiviti pemerhatian pula, dia memastikan dirinya sentiasa berada dalam kalangan orang ramai. Ini termasuk meletakkan kereta di taman atau mana-mana ruang penuh dengan orang ramai. Pada masa sama, Dyer memastikan kereta yang digunakan tidak menonjol dan dapat menghilangkan diri dengan mudah sekiranya ia menimbulkan kecurigaan kepada pihak berkuasa.

Selepas selesai melakukan rom.pa.kan, Dyer akan membuka tingkap kereta, memainkan radio dan menyanyikan lagu yang disiarkan. Pendek kata, dia berlagak seperti tiada apa yang berlaku lebih-lebih lagi jika polis berada berhampiran. Kuncinya di sini ialah mengelak diri daripada terlalu menonjol sekaligus mudah dikesan pihak berkuasa.

Pada awalnya, Dyer menganggap ini merupakan je.na.yah tanpa mangsa. Tetapi lama-kelamaan, perasaan bersalah mula menghantui dirinya sekaligus mendorongnya menyerah diri pada pihak berkuasa pada 2001.

Pada 31 Mei 2002, Hakim Gary A. Feess menjatuhkan hukuman pen.ja.ra sembilan tahun kepadanya. Hakim turut mengarahkan Dyer membayar semula wang sebanyak $476,093 dan meletakkannya di bawah pemantauan pihak berkuasa sekiranya dia dibebaskan dalam tempoh lima tahun.

Sebelum hukuman dijatuhkan, Feess dan pendakwaraya Cheryl Murphy memuji keberaniannya yang bersikap jujur tentang kesalahan yang dilakukan. Ini menunjukkan Dyer sememangnya ikhlas semasa menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Kini, dia berkhidmat sebagai sukarelawan yang membantu bekas banduan yang baru dibebaskan dari pen.ja.ra dan mahu membina kehidupan baru. Baginya, itu saja cara menebus kembali kesilapan lampau dan mengelak lebih ramai individu daripada melakukan apa yang dilakukannya.

RUJUKAN:

Monaghan, Becca. (2021). Ex bank-DITAPIS reveals how he carried out 100 DITAPIS before turning himself in. Indy100.

Rosenzweig, David. (2002). Remorseful Bank DITAPIS Gets 9 Years. Los Angeles Times.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.