Beka Melayu: Urahan Di Langgar Nang Bulan Palapa

245

Beka Melayu secara ringkasnya adalah Bahasa Melayu tanpa dipengaruhi oleh bahasa asing. Tajuk “Beka Melayu: Urahan Di Langgar Nang Bulan Palapa” dipilih untuk menggantikan perkataan sedia ada “Bahasa Melayu Asli: Alkisah di Masjid Pada Bulan Ramadan” yang merupakan campuran daripada perkataan jati dan perkataan asing. Artikel ini membincangkan antara istilah yang terdapat dalam Bahasa Melayu Asli.

Urahan Di Langgar Nang Bulan Palapa

(Alkisah Di Masjid Pada Bulan Ramadan)

Bulan Palapa yang lalu, aku seketurunan telah berjalan kaki ke sebuah Langgar beragi biru di bagan. Kami berada di sana sewayah bang dibunyikan. Selepas sembahyang berpumpun, kami berpeluang untuk mengecapi keenakan hidangan yang disiapkan oleh orang-orang Langgar mahupun para pumpunan yang tinggal di kawasan berdekatan. Hidangan itu dikecapi sekabeh pumpunan dengan berterima kasih ke Tuhan yang Terala Pemberi Penghidupan.

(Bulan Ramadan yang lalu, saya sekeluarga telah berjalan kaki ke sebuah masjid berwarna biru di bandar. Kami berada di sana semasa azan dilaungkan. Selepas solat berjemaah, kami berpeluang untuk menikmati kelazatan hidangan yang disediakan oleh orang-orang masjid ataupun para jemaah yang tinggal di kawasan berdekatan. Hidangan itu dinikmati semua jemaah dengan bersyukur kepada Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki.)

Antara istilah yang terdapat dalam Beka Melayu adalah “Urahan”. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “urah” ditakrifkan sebagai “menceritakan sesuatu”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan perkataan sedia ada iaitu “Alkisah” ataupun “Kisah” yang berasal daripada bahasa Arab, qiṣṣa (قِصَّة).

Selain itu, “Langgar” adalah antara istilah yang terdapat dalam Beka Melayu. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, “langgar” bermaksud “surau”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan perkataan sedia ada iaitu “Surau” yang berasal daripada bahasa Sanskrit, suraukas (सुरौकस्).

Di samping itu, “nang” adalah antara istilah yang terdapat dalam Beka Melayu. Perkataan “nang” diilhamkan daripada bahasa Tagalog, “ng” yang berfungsi sebagai penanda jenitif (Bahasa Inggeris: of). Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan perkataan sedia ada iaitu “Pada” yang berasal daripada bahasa Sanskrit, pada (पद).

Seterusnya, “Palapa” adalah antara istilah yang terdapat dalam Beka Melayu. Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI), “palapa” adalah sumpah daripada Mahapatih Gajah Mada dari Kerajaan Majapahit bahawa baginda tidak akan menikmati segala sesuatu sebelum menakluk dan menyatupadukan nusantara. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan perkataan sedia ada iaitu “Ramadan” yang berasal daripada bahasa Arab,  ramaḍān (رَمَضَان‎).

“Ragi” adalah antara istilah yang terdapat dalam Beka Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “ragi” adalah bermaksud “warna”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan perkataan sedia ada iaitu “warna” yang berasal daripada Bahasa Sanskrit, varṇa (वर्ण).

“Bagan” adalah antara istilah yang terdapat dalam Beka Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “bagan” adalah bermaksud “pangkalan”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan perkataan sedia ada iaitu “bandar” yang berasal daripada Bahasa Parsi, bandar (بندر‎)  yang bermaksud “perlabuhan”.

“Wayah” adalah antara istilah yang terdapat dalam Beka Melayu. Perkataan itu berasal daripada Bahasa Jawa iaitu “wayah” yang bermaksud “masa” ataupun “waktu”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan perkataan sedia ada iaitu “masa” dan “waktu” yang berasal daripada Bahasa Sanskrit dan Bahasa Arab iaitu “māsa (मास)” dan “waqt (وَقْت‎)” masing-masing.

“Bang” adalah antara istilah yang terdapat dalam Beka Melayu. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, “bang” ditakrifkan sebagai “seruan untuk memanggil orang bersembahyang”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan perkataan sedia ada iaitu “azan” yang berasal daripada Bahasa Arab, ʾaḏān (أَذَان).

“Pumpun” adalah antara istilah yang terdapat dalam Beka Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “pumpun” ditakrifkan sebagai “berhimpun, berkampung ataupun berkumpul”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan perkataan sedia ada iaitu “jemaah” yang berasal daripada Bahasa Arab, jamāʿa (جَمَاعَة).

“Santap” adalah antara istilah yang terdapat dalam Beka Melayu. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, “santap” ditakrifkan sebagai “makan dan minum”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan perkataan sedia ada iaitu “nikmat” yang berasal daripada Bahasa Arab, nik’ma (نِعْمَة‎).

“Kabeh” adalah antara istilah yang terdapat dalam Beka Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “kabeh” ditakrifkan sebagai “semua”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan perkataan sedia ada iaitu “semua” yang berasal daripada Bahasa Sanskrit, samūha (समूह).

“Terala” adalah antara istilah yang terdapat dalam Beka Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “terala” ditakrifkan sebagai “termulia” ataupun “tertinggi”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan perkataan sedia ada iaitu “maha” yang berasal daripada Bahasa Sanskrit, “mahā”.

Akhir sekali, “Penghidupan” adalah antara istilah yang terdapat dalam Beka Melayu. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, “penghidupan” ditakrifkan sebagai “cara atau hal menjaga hidup”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan perkataan sedia ada iaitu “rezeki” yang berasal daripada Bahasa Arab, “rezeki”

Kesimpulannya, itu adalah antara istilah yang terdapat dalam Beka Melayu. Untuk pengetahuan semua, tiada satu badan rasmi yang melaras penggunaan perkataan dalam Beka Melayu. Justeru, penggunaan perkataan tersebut adalah terbuka untuk dipertikaikan dengan sokongan yang kukuh lagikan beradab. Adalah diharapkan Beka Melayu dapat membantu membanteras mitos “Bahasa Melayu cuma mempunyai empat perkataan asli sahaja”.

RUJUKAN:

What Are The Arabic Loanwords in your native language? Retrieved March 26, 2019 from https://www.quora.com/What-are-the-Arabic-loanwords-in-your-native-language

Carian Umum Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrieved March 26, 2019 from http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=penghidupan

Carian Umum Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrieved March 26, 2019 from http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=terala

Carian Umum Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrieved March 26, 2019 from http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kabeh

Carian Umum Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrieved March 26, 2019 from http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=santap

Carian Umum Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrieved March 26, 2019 from http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=pumpun

Carian Umum Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrieved March 26, 2019 from http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bang

Arti kata “wayah” bahasa Jawa dalam bahasa Indonesia-Jawa-Indonesia. Retrieved March 26, 2019 from https://kamuslengkap.com/kamus/jawa-indonesia/arti-kata/wayah

Carian Umum Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrieved March 26, 2019 from http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bagan

Carian Umum Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrieved March 26, 2019 from http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=ragi

Pronunciation ‘Ng’ and ‘Nga’. Retrieved March 26, 2019 from https://www.tagaloglang.com/pronounce-ng-nga/

Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI). Retrieved March 26, 2019 from https://kbbi.web.id/palapa

Carian Umum Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrieved March 26, 2019 from http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=langgar

Carian Umum Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrieved March 26, 2019 from http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=urah

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.