Semasa zaman Dinasti Song, Kaifeng adalah tempat tokoh hakim terkenal Bao Qingtian (包青天) pernah berkhidmat.Dan tahukah anda, Kaifeng pernah dinamakan sebagai Beijing?

Sebelum rvntuhnya Dinasti Yuan pada 2 haribulan 8, tahun ke-28 Zhizheng (至正二十八年八月初二 / 14 September 1368), Zhu Yuanzhang telahpun menabalkan dirinya sebagai Maharaja Hongwu di Nanjing pada hari ke-4 Tahun Baru Cina pada tahun sama (至正二十八年正月初四 / 23 Januari 1368).

Pada hari pertabalannya, baginda mengisytiharkan kemerdekaan China dengan penukaran nama negara kepada Daulat Ming (大明), dengan nama Hongwu (洪武) sebagai nama eranya.¹

Boleh dikatakan seandainya Dinasti Ming masih berkuasa di bumi naga ini, maka tarikh Hari Kebangsaan China akan jatuh pada 23 Januari dan bukannya 1 Oktober.

Pada 14 haribulan 8 (26 September 1368) yakni sehari sebelum Perayaan Zhong Qiu, Maharaja Hongwu mengisytiharkan bahawa Dadu 大都 ditukarkan namanya kepada Beiping 北平 (Utara Sentosa), dan Kaifeng 开封 ditukarkan namanya kepada Beijing 北京 (Ibu Negara Utara).²

Nama Beiping kekal sehinggalah Maharaja Yongle menukarkannya kepada Beijing dan mengembalikan semula nama Kaifeng ke tempat asalnya apabila baginda memindahkan pusat pemerintahannya dari Nanjing.

Untuk mengurangkan kekeliruan, meh admin pendekkan:
Dadu 大都 > Beiping 北平 > Beijing 北京
Daliang 大梁 / Kaifeng 开封 > Beijing 北京 > Kaifeng 开封
.
.
???????????????? & ????????????????????
???????????????????????? ???????????????????? ???????? ~ 鄭和之遺 ~ لڬسي چيڠ هو
ᴡᴡᴡ.ғᴀᴄᴇʙᴏᴏᴋ.ᴄᴏᴍ/ʟᴇɢᴀsɪᴢʜᴇɴɢʜᴇ

RUJUKAN:

1) Ming Shilu, 30, Taizu Shilu, Bab ke-27
《三十、太祖高皇帝实录卷之二十七》
105 ○[洪武元年春正月]乙亥 上祀天地于南郊即皇帝位定有天下之号曰大明建元洪武
(2) Ming Shilu, Taizu Shilu, Bab ke-34
《三十八、大明太祖高皇帝实录卷之三十四》
44 洪武元年八月己巳朔诏以金陵为南京大梁为北京诏曰
71 壬午 诏改大都路为北平府命徵元故官送至京师 车驾发南京复幸北


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.