Bawang Army Tengah Berperang Pertahankan Malaysia

45,681

https://bit.ky/kombowww

Siapa yang nak tengok ‘geng bawang’ Cina Malaysia bantai orang luar kutuk Malaysia boleh lah melawat link di bawah 👇👇

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2789126507861137&id=869453123161828

Dekat 30ribu komen kena kecam tuan badan.

Cerita dia adalah seorang ahli politik Taiwan ni, level ADUN lah kiranya, nama dia Li Zheng Hao dan dia ada buat ulasan pasal Covid19 di Malaysia masa dia keluar TV di Taiwan pada 24/3 yang lalu.

Dan dalam rancangan TV tersebut dia sembanglah betapa teruknya keadaan Covid19 kat Malaysia yang sebenarnya tak berapa tepat dan boleh dikategorikan sebagai ‘fake news’ je sebenarnya, di antaranya dia sebut:

1. Polis Malaysia kasar dan ganas dalam handle rakyat Malaysia, dia paparkan video latihan PDRM kononnya itulah cara PDRM menangkap orang awam tak nak mematuhi Lockdown untuk mengambarkan kononnya polis Malaysia ekstrim.

2. Lepastu dia paparkan scene ratusan tong oksigen bersusun yang kononnya keadaan kat hospital ramai teruk gila, padahal video tu video kat Indonesia.

3. Dia juga amik video viral dari Twitter yang memaparkan kakitangan Hospital di Kelantan buat PPE dari plastik sampah kononnya teruk gila dah hospital di Malaysia tak cukup PPE, walhal kan isu PPE ni dah selesai dan ianya hanya sementara saja.

4. Yang paling teruk dia sembang sebab Malaysia ni negara Islam, jadi yang terkorban sebab Covid19 tak boleh dibakar. Dan sebab ramai sangat mati, sampai malam pun orang tanam mayat, dan dia siap kata mayat tu semua tanam tepi jalan..paling kelakar dia bagi alasan dia ingat tepi jalan lah sebab dia tak nampak ada batu-batu kubur besar macam kat jirat Cina. Hahaha.

Apapun, bila den tengok benda ni berlaku, ketawa kecil dalam hati pun ada, kita di Malaysia ni boleh kira selalu juga bertikam lidah Cina-Melayu, tapi bila kena buli dengan warga luar, lupa semua gaduh.

Analogi dia macam adik beradik lah, kat rumah selalu bergaduh macam anjing dengan kucing, datang anak jiran nak buli, dua dua ‘toron’ dia balik, lepas habis toron.. balik umah sambung gaduh semula.

Haha. 😆😆

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.