https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Batu Yang Disangka Emas, Rupanya Lebih Berharga Daripada Emas

19,203

Pada tahun 2015, David Hole sedang melakukan tugas penggalian di Maryborough Regional Park berhampiran Melbourne, Australia. Ketika menggali, David menemui batu yang nadir – sangat berart, berwarna kemerah-merahan dan bertanah kekuningan.

Dia membawa pulang batu tersebut dan cuba nak pecahkan batu tersebut. Dia jangka akan menemui emas disebalik batu besar tersebut. Tambahan lagi, mineral emas sering ditemui di Maryborough.

David cuba pelbagai kaedah untuk memacahkan batu itu. Dia gunakan pengisar, gerudi, malah asid turut digunakan. Tetapi tiada satu pun yang dapat memberikan keretakan kepada batu tersebut.

David tidak dapat memecahkan batu tersebut kerana apa yang sedang cuba dipecahkan bukan emas, tetapi batu nadir meteor. David membawa batu itu ke Melbourne Museum untuk dikenalpasti.

Seorang pegawai muzium bernama Henry yang berpengalaman selama 37 tahun menyatakan bahawa, banyak-banyak batu yang ditunjukkan kepadanya, cuma dua jenis batu saja yang betul-betul batu meteor iaitu seperti gambar di bawah.

Baru-baru ini, sebuah kertas saintifik diterbitkan yang menggambarkan tentang batu meteor berumur 4.6 bilion tahun. Batu meteor ini dipanggil Maryborough kerana ditemui di kawasan tersebut.

Saiz batunya ini besar dan mempunyai berat 17 kg. Apabila batu itu dipotong kecil menggunakan gergaji berlian, didapati batu itu mempunyai peratusan besi yang tinggi.’

Begitu berharganya batu meteor ialah ia dapat memberikan kita maklumat tentang alam semesta ketika jutaan tahun yang lalu seperti umur, pembentukan dan bahan kimia sistem suria kita.

Saintis masih belum betul-betul pasti umur batu meteor tersebut. Tetapi berdasarkan pentarikhan karbon, batu itu telah berada di Bumi sekitar 100 hingga 1,000 tahun. Terdapat pemerhatian jatuhnya meteor ketika antara tahun 1889 hingga 1951.

Saintis menyatakan batu meteor Maryborough lebih nadir dan berharga daripada emas. Batu yang ditemui oleh David merupakan salah 1 daripada 17 baru yang pernah ditemui di Maryborough dan batu kedua yang terbesar ditemui.

RUJUKAN:

  1. Birch, W. D., Henry, D. A., & Tomkins, A. G. (2019). Maryborough, a new H5 meteorite find from Victoria, Australia. Proceedings of the Royal Society of Victoria131(1), 18-23.
  2. https://www.sciencealert.com/a-man-kept-this-rock-for-years-thinking-it-s-gold-turns-out-it-s-a-spectacular-meteorite
Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.