Batu Nisan Acheh Di Pagoh

291

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Pertama kali mengetahui perihal kewujudan Nisan Batu Acheh ini adalah sewaktu membeli buku Riwayat Laksamana Melaka Hang Tuah karya Ismail Md Yaacob dan Riduan Ismail. Dalam buku itu, saya terkejut yang mengatakan ada sebuah Nisan Acheh di Kuala Pagoh kepunyaan Seri Bija Diraja Tun Abdul Rahman Al Riauwi yang mangkat pada 1511 ketika serangan Portugis di Melaka. Akan tetapi, masih samar-samar lagi akan kesahihannya kerana belum ada kajian yang tepat akan empunya makam ini.

Sewaktu saya mahu menulis artikel “Pertempuran-pertempuran Yang Berlaku Di Pagoh” ( https://www.thepatriots.asia/9955-2/), puas saya mencari keberadaan makam ini akan tetapi tidak dijumpai. Syukur Alhamdulillah, minggu lepas aku ditemani oleh otai-otai Abang Sunan dan Abang Azlan Sharif dibantu oleh jurupandu (penjaga makam Kampung Brohol dan cucu kepada Bekas ketua kampung Brohol) Encik Nordin buat pertama kali menjejaki makam ini. Beberapa penduduk kampung dan Ketua kampung sudah mengetahui akan makam ini akan tetapi hanya dibiarkan begitu sahaja . Tidak salah mereka, mungkin mereka tidak mengetahui nilai dan sejarahnya. Makam ini terletak jauh kedalam kebun kelapa sawit dan bederkatan Kuala Pagoh.

Jadi, nisan ini dibersihkan oleh kami dan aku datang semula kesini sebelum pulang ke universiti untuk membersihkan nisan makam dan Kawasan sekitarnya . Secara tidak sengaja juga, tersepak bonggolan tanah dan terjumpa pecahan mangkuk/seramik lama.
Nisan ini adalah tunggal bahagian kepala menurut Sunan, keadaan masih lagi elok cumanya ada sedikit kesan pecah pada sesetengah bahagian. Ia adalah Nisan Acheh Jenis G. Bahagian bawah atau dasarnya segi empat Panjang dan dihiasi beberapa ukiran. Menurut Sistem Typologi (dikelaskan kepada 14 jenis mengikut abjad A hingga N) yang ditulis Dato’ Othman Yatim, ia dari tahun 1500 AD.

Menurut Sir R.O Winstead yang didokumenkan dalam History of Johore pada 1932 :

“One is inscribed Sultan ‘Ala’ u ‘ d-din son of Sultan Mansur son of Sultan Muzaffar and as all four stones are different type they may mark the place of four graves. One unique in having an inscription from the place or four graves”

Maksudnya, jika benar apa yang direkodkan maka jumlah makam di perkarangan Masjid Kampung Raja sekarang adalah 4 buah makam bukannya 2? …. Jumlah lokasi makam Nisan Acheh di sepanjang Sungai Muar (tidak termasuk Segamat) mengikut kajian Kamaruddin Razak dan Dato’ Othman Yatim adalah seperti berikut :

• Bukit Treh (2001 oleh Kamaruddin Razak) – 1 makam
• Kota Buruk, Sungai Terap – 1 makam
• Kampung Brohol, Pagoh – 1 makam
• Kampung Raja, Pagoh – 2 makam

Baiklah, jumlah makam di Kampung Brohol kini adalah 1 akan tetapi sesetengah pandangan nisannya tidak padan antara satu sama lain dan kemungkinan 2 + ditambah pula RO Winstead kata ada 4 buah makam di Bukit Keramat + Nisan Acheh yang baru dijumpai ini . Ini boleh menjadikan ianya berjumlah 9 buah makam. Tetapi, perkara ini hanyalah di peringkat pendapat dan masih memerlukan kajian lagi. Jika ikut jumlah kini yang ditulis adalah 5 buah makam tidak campur yang baru ditemui ini.

Banyak lagi sebenarnya saya hendak menulis akan tetapi biarlah sampai disini sahaja dahulu. Nanti ada yang kata saya memandai-mandai dan menyibuk pula. Saya pun masih di peringkat belajar lagi daripada mereka yang berpengalaman seperti Shah Sunan AL-Bugis dan Azlan Sharif.

Sekadar perkongsian. Ada salah silap fakta harap diperbetulkan. Terima kasih

Anda mungkin juga berminat

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.