Batu Nisan Acheh Di Bentayan, Muar

0
608
views

Pada minggu lepas, saya mendapat maklumat mengenai terdapat sepasang Batu Nisan Acheh di sebuah tanah perkuburan lama dan juga tidak digunakan lagi di Bandar MaharanI Muar. Ini sebenarnya satu perkara yang amat mengujakan kerana beberapa tahun sebelum ini saya telah beberapa kali keseorangan disini untuk mencari makam-makam lama . Ketika itu pada pandangan saya….. tidak mungkin kawasan Bentayan yang dikatakan bekas kota pertahanan dan selepas itu dibina pula Fortaleza de Muar 1604 tidak mempunyai walau 1 pun makam bernisan Acheh ??

Jika dilihat keluasan didalam peta berkenaan Fortaleza de Muar akan dibatasi hingga Hotel D99, tetapi bila melihat unjuran kawasan tanah perkuburan ini didalam peta,,,, adakah logik jika dikatakan bahawa kota ini adalah lebih luas dan besar lagi?? Dan adakah tapak Kota Fortaleza de Muar ini adalah bekas tapak Kota Bentayan ? . Menurut beberapa pendapat yang saya sempat berkongsi dengan beberapa individu , Sultan Mahmud dan angkatannya ketika serangan Portugis adalah berstatus pelarian, justeru Kota Bentayan dibina adalah dibina bersifat sementara daripada kayu dan musnah apabila Portugis membina Fortaleza de Muar. Fortaleza de Muar ni dicatatkan pada 1604 oleh Emanuel Gadinho Eredia.

Chapter 10 , Concerning The Expedition To Meridional India

“While detained at the fotress of Malacca, Manuel Gadindo de Eredia devoted himself to the service of the Navy : in particular, he founded the fortress of Muar, at the mouth of the river, by the order of Viceroy Ayres de Saldanha an of the General Andre Furtado de Mendoca issued on the 2nd day of February in the year 1604: futher, he gave orders for the foundation of the forts for the defence of the Straits of Singapura and Sabbao.”

Dari Kuala Lumpur saya terus segera kesini setelah dapat maklumat . Nisan Acheh ini terdapat 2 buah yang berbeza saiznya dimana ianya menunjukkan bahawa dimiliki 2 individu. Nisan ini adalah jenis H mengikut pengkelasan Kamaruddin Ab Razak & Daniel Perret manakala jenis C mengikut pengkelasan Dato’ Dr Othman Yatim. Ciri-ciri bahu melengkung kiri dan kanan dan kepala 2 tingkat yang menunjukkan pengkelasan ini. Jika jenis H2 pula ada garisan vertical di tengah-tengah di sisi hadapan belakang nisan, tetapi saya tidak perasan pula di kedua-dua nisan ini. Sayangnya , kedua-duanya telah patah dan rosak. Nisan pertama dasar, kepala dan puncak telah patah. Manakala yang kedua juga kepala hingga puncak telah hilang. Jadi tidak berapa kenalpastui sama H atau H2. Anggaran usia adalah 500 AD.

Nisan ini sebenarnya telah diketahui oleh beberapa individu akan tetapi hanya “ tahu tinggal tahu sahaja.” Tidak boleh salahkan sesiapa. Dengan jumpaan ini, maka angka tidak rasmi (tidak dalam rekod buku). Nisan Acheh di sepanjang Sungai Muar adalah 8 buah nisan . Berikut merupakan jumlah Nisan Acheh di sepanjang Sungai Muar :

• Kota Buruk, Sungai Terap (dipercayai milik isteri Temenggung Sa’akar Diraja Muar) – 1
• Bukit Keramat, Pagoh (Sultan Alauddin Riayat Syah 1 dan Raja Merlang) – 2
• Brohol, Pagoh (Panglima Mat Berani  – 1
• Bukit Treh, Temiang (kononnya ibu Tanggang, ini agak sukar diterima) – 1
• Kuala Pagoh (baru ditemui ) – 1
• Bentayan (baru ditemui) – 2

Tetapi….. Dalam History of Johor 1932 , RO Winstead menyatakan di Bukit Keramat, Kampung Raja Pagoh terdapat 4 batu nisan berlainan yang disusun menjadi 2 makam tetapi kedudukan sekarang bukan kedudukan sekarang. Justeru, maksudnya kita kehilangan 2 lagi makam disitu jika benar apa yang didakwa Winstead. Ini menjadikan 4 makam di Bukit Keramat, Kampung Raja. Manakala, di Brohol iaitu Makam Panglima Mat Berani ( jika tidak silap, nama Panglima Mat Berani hanya muncul dalam tulisan Aris Hj Tahir dalam Catatan Sepanjang Sungai Muar keluaran JPS) dikatakan nisannya adalah 2 nisan yang berbeza dan didakwa ia 2 makam disitu. Kesimpulannya, jika dikira keseluruhan adalah sebanyak 11 makam di sepanjang Sungai Muar.

Penemuan demi penemuan adalah satu tanda positif. Saya bukanlah pakar dalam bidang ini akan tetapi adalah untuk berkongsi kepada yang lain. Diharapkan pihak yang berwajib dapat memandang penting penemuan ini dan menjalankan kajian siapa empunya makam.

Terima kasih kepada yang memberi yang memberi maklumat terutama Zarul Kamarudin dan yang membantu Azlan Sharif di hari kedua. Sebarang teguran dan tambahan maklumat adalah amat dialu-aluakn .Wasalam