Apabila bercakap pasal Bani Israil, mesti macam-macam orang bayang. Pelbagai gambaran ditaburkan – tetapi setiap satu berkongsi satu persamaan: umat para rasul yang kerap beramal syirik. Pada dasarnya, Judaisme sendiri melarang amalan ini. Tetapi itulah – hasutan pro-syirik senantiasa kuat.

Dan berkali-kali Bani Israil mengamalkan syirik seperti penyembahan lembu dan pendewian Asherah sebagai isteri Tuhan (Viegas, 2011).

Setiap pembelian buku di bulan Ramadan akan didermakan kepada Persatuan Cinta Gaza. Beli di: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Dunia arkeologi sudah banyak membuktikan kewujudan Bani Israil. Dulu bangsa ini wujud sebagai “lagenda agama” semata-mata.

Tetapi penemuan-penemuan yang dibuat di Israel dan Palestin sudah membuka mata sains. Dan tiga tahun lalu, saintis menemui sebuah batu bersurat yang mendedahkan pasal kebudayaan Bani Israil.

Penemuan ini dibuat Pertubuhan Penyelidikan Bibel (ABR) yang berpusat di Amerika Syarikat. Salah seorang pakar arkeologi dihantar ABR adalah Scott Stripling yang menggali Gunung Ebal tidak jauh daripada kota Nablus.

Pentarikhan Yang Ditentang

Saiz batu bersurat ini sangat kecil iaitu dalam lingkungan 2.5 sentimeter panjang dan leber. Boleh kata sebesar kepingan setem. Setelah tiga tahun mengkaji, pihak ABR sebulat suara tentang usia batu bersurat ini… iaitu 3,200 tahun. Namun sarjana-sarjana arkeologi lain mengambil langkah tunggu dan lihat terlebih dahulu kerana dapatan mereka masih belum diterbit dalam mana-mana jurnal.

Menurut para sarjana ini, angka usia ini mungkin salah atas faktor tertentu (Metcalfe, 2022). Tetapi kalau betul, batu bersurat ini menghubungkan zaman moden dengan zaman Bani Israil yang silam. Ini adalah kerana permukaan batu bersurat tersebut mempunyai amaran pada Bani Israil: “laknat Tuhan pada sesiapa yang enggan mematuhi perjanjian.”

Batu bersurat tersebut.

Untuk pengetahuan semua, perjanjian ini adalah mengenai persetujuan antara Tuhan bersama Bani Israil. Kejayaan dunia dan akhirat terjamin jika mereka ikut perintah dengan setia. Ramai yang berjaya seperti Yusya bin Nun misalnya. Tetapi ramai juga yang gagal… sama seperti umat Islam hari ini.

Punca Penemuan

Penggalian arkeologi sebenarnya mempunyai disiplin tersendiri. Mereka tidak sewenang-wenangnya pergi gali ikut suka hati seolah-olah akan jumpa apa-apa. Mesti kena ada pengetahuan asas yang berpandukan teori kukuh. Kalau ingin menggali di Tapak A, kena tahu dulu Tapak A ada apa.

Tapak di Gunung Ebal.

Pasukan Stripling menggali di Gunung Ebal kerana berpegang pada teori bahawa di sinilah terletaknya mazbah Yusya. Mazbah ini digunakan untuk menyembelih haiwan ternakan dengan nama Tuhan. Dengan Yusya pula merupakan pewaris Nabi Musa (as), kira besar jugalah kepentingannya.

Sekadar gambaran seorang pemimpin. INI BUKAN NABI YUSYA.

Setelah puas menggali, jumpa pula “setem” laknat. Jadi mereka semakin yakin dengan teori Gunung Ebal. Bercakap pula pasal Nabi Yusya, tentu sekali kita kena buka sejarah baginda. Selepas keluar daripada cengkaman Firaun, semua suku Bani Israil dilaknat (peristiwa Samiri).

Setiap pembelian buku di bulan Ramadan akan didermakan kepada Persatuan Cinta Gaza. Beli di: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

Laknat Tuhan bukan setakat teguran tegas. Tuhan melarang mereka jejak masuk Tanah Suci selama 40 tahun. Maka selama empat dekad inilah mereka ke sana sini bagaikan bangsa tiada tanah air… sampailah kuasa kepimpinan turun ke tangan Yusya. Amatlah berdosa jika sesiapa mempertikai ketaatan Yusya pada jalan Tuhan. Baginda sangat setia pada Nabi Musa (as).

Apabila tempoh laknat ini tamat, Yusya memimpin Bani Israil kembali ke Tanah Suci. Dan Gunung Ebal adalah salah satu lokasi persinggahan (atau lokasi dilalui) Bani Israil.

RUJUKAN:

Metcalfe, T. (2022, Mac 31). Ancient ‘curse tablet’ may show earliest Hebrew name of God. Live science.

Viegas, J. (2011, Mac 18). God’s Wife Edited Out of the Bible – Almost. NBC News.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply