‘Battlecry’ Buat Pejuang Agama, Bangsa & Tanahair

2700
views

Kita berjuang melindungi hak dan kepentingan Melayu-Bumiputra bukanlah sebab nama dia ‘Melayu-Bumiputra’. Kita berjuang bukanlah sebab apa-apa parti. Kita berjuang sebab musuh-musuh menindas secara terancang dan memfokuskan hanya atas manusia-manusia dan segala kemanusiaan yang terkelompok dalam Melayu-Bumiputra.

Musuh menindas bukan sekadar ingin mencabut agama, identiti bangsa dan ‘nama’, tapi musuh ingin merampas tanahair kamu, hak-hak kamu, wang kamu, hartabenda kamu dan apa yang kamu berhak dapat dalam jaminan perlembagaan kamu. Musuh akan berusaha sedaya upaya sama ada dengan jalan depan, jalan tepi mahupun jalan belakang untuk mencabut apa yang kamu sepatutnya dapat dalam tangan kamu.

Perhatikan, siapa majoriti luar bandar? Perhatikan bagaimana belanjawan negara untuk mereka dipotong dan dirampas. Perhatikan bagaimana para petani, nelayan dan orang miskin di kalangan mereka ditindas secara senyap. Perhatikan apabila kamu mempertahankan hak kamu, kamu dituduh ‘nazi’, ‘rasis’ dan ‘teroris’ sedangkan mereka boleh pula sesuka hati dibiarkan menjahanamkan hak-hak kamu malah politikus mereka kaya-raya bergaji besar lebih dari politikus kamu semua.

Padahal mereka peruntukkan belanjawan hanya pada sesama mereka. Sekolah mereka. Perhatikan, apa jua usaha untuk memajukan negeri-negeri majoriti Melayu-Islam dan Bumiputra seperti negeri-negeri Pantai Timur dan di Borneo akan dicantas dan dibatalkan. Mengapa negeri-negeri ini susah benar untuk diwujudkan pengangkutan awam seperti jalan keretapi atau rel seperti LRT, MRT dan sebagainya? Hasilbumi seperti minyak dapat banyak dari negeri-negeri mana?

Dahulu penjajah British miskinkan kamu, diskriminasikan kamu dan kayakan mereka supaya kamu lemah sebab kamu pribumi. Sekarang cara yang sama dipakai ke atas kamu supaya kamu lemah dan miskin, supaya kamu mudah disogok dan dicucuk hidung ke sana sini demi mendapatkan $$$. Bila kamu miskin, kamu akan menjadi lemah. Kamu akan susah untuk akses kepada pendidikan. Maka kamu akan menjadi bangsat di tanahair sendiri.

Tandatangan semua petisyen untuk melindungi hak dan kepentingan kamu. Sertai semua rapat umum, perhimpunan dan acara-acara untuk menyuarakan kepentingan kamu. Kini perjuangan bukan lagi relevan untuk mempertahankan satu batang tubuh manusia yang menunggang nama ‘rakyat’ untuk mendapatkan kuasa, bukan lagi semata-mata ingin menjatuhkan satu batang tubuh sebab perbalahan kuasa, tapi kini perjuangan benar-benar berjuang untuk agama kamu, identiti kamu, setitik peluh kamu sebagai rakyat, wang dalam poket kamu yang sepatutnya kamu dapat… untuk menghidupkan keluarga kamu, anak cucu kamu.

Musuh menindas kamu sebab kamu ialah Melayu-Bumiputra. Paling sadis, musuh menindas kamu sebab majoriti kamu beragama Islam. Untuk ini, kita lawan kezaliman mereka sampai titisan darah terakhir.

~Srikandi