Ramai perli Jerman tersingkir daripada World Cup dengan membuat metafora kekalahan Jerman dalam kempen Operation Barbarossa (1941-1943). Kononnya Die Mannschaft (pasukan bola sepak Jerman) juga mengulangi nasib Wehrmacht (tentera Hitler) iaitu takdir tak boleh mencapai kemenangan di bumi Rusia.

Tapi mungkin tak ramai yang tahu bahawa juara Group F, Sweden (satu group dengan Jerman) sebenarnya pemula tradisi “tiada kemenangan di bumi Rusia”. Dalam sejarah, hanya Poland saja yang pernah menakluk Moscow, ibu kota Rusia dari 1610 hinga 1612. Tapi Poland pun bungkus dalam World Cup kali ini.

Selepas Poland, ada 3 kuasa besar yang pernah cuba menakluk Moscow, tapi ketiga-tiga gagal. Mereka ialah Sweden (1708-1709), Perancis (1812) dan Jerman (1941-1943). Sebelum tewas dengan Rusia dalam Battle of Poltava tahun 1709, Sweden ni kira antara empayar terkuat di Eropah. Tapi Rusia punya pasal, Sweden tewas dalam perangnya dengan Rusia yang dikenali sebagai “Great Northern War” (1700-1721). Semenjak itu Sweden terus jadi lemah sampai hari ini orang hanya tau Sweden tu negara yang “peaceful” dan mencintakan keamanan, sedikit pun tak terbayang ia pernah menjadi kuasa besar.

Ketiga-tiga kuasa besar ini ditewaskan oleh Rusia melalui taktik yang sama: bumi hangus (scorched earth). Apabila Rusia kalah dalam pertempuran, mereka akan membakar dan memusnah semua tanaman dan ternakan di kawasan yang bakal ditawan oleh musuh sebelum mereka berundur.

Bila Rusia buat macam tu, musuh terpaksa mara ke Moscow dalam keadaan lapar. Jarak yang jauh antara titik tolak asal musuh dan Moscow menyebabkan musuh putus bekalan makanan. Dan bila musuh sampai ke Moscow je, dah masuk musim sejuk. Ramai tentera musuh mati kelaparan dan kesejukan. Dan waktu inilah Rusia akan melancarkan “counterattack” dan mencapai kemenangan.

Itu sebab den menekankan “geography is destiny” dalam buku Dunia Tanpa Tembok. Rusia mempunyai kelebihan dari segi geografi (“strategic depth”) yang membolehkannya menewaskan kesemua tokoh-tokoh yang digelar “military genius”: Charles XII dari Sweden, Napoleon Bonaparte dari Perancis dan Adolf Hilter dari Jerman.

Kekalahan Sweden merupakan titik hitam dalam sejarahnya, tapi ia merupakan titik permulaan sejarah Rusia sebagai kuasa dunia, dan mengangkat Peter the Great sebagai wira bangsa Rusia.

Sekiranya Rusia ada rezeki menewaskan Sepanyol dan mengalahkan pemenang antara Croatia/Denmark, dan Sweden pula mengalahkan Switzerland dan seterusnya pemenang match antara juara Group H dan naib juara Group G, maka Rusia dan Sweden akan bertemu di Pusingan Separuh Akhir. Tarikh match Separuh Akhir pula dekat dengan tarikh peristiwa Battle of Poltava (8 Julai 1709) iaitu 11 Julai.

Sambil menunggu kedatangan “Battle of Poltava” yang baru, boleh cuba tonton sedutan filem The Sovereign’s Servant yang menampilkan babak pertempuran Rusia-Sweden tersebut yang telah mengubah lanskap geopolitik Eropah buat selama-lamanya.

Korang tengok bola, den pula sibuk decode simbolisme politik antarabangsa disebalik sukan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.