Kilauan berlian pada barangan kemas dianggap rakan baik bagi golongan Hawa. Namun siapa sangka, ia boleh dijadikan sebagai bateri untuk menjana tenaga elektrik selama seabad.

Dengan nilai sebegitu rupa, tidak hairanlah mengapa para saintis sedang menimbang untuk menggunakannya sebagai bateri prob angkasa lepas dan peralatan perlombongan bawah tanah.

Bateri sebegini menjana tenaga elektrik dengan menggunakan berlian buatan manusia bila diletakkan dalam lapangan radioaktif.Sekiranya radioaktif ini dapat dikawal dan dihalang dengan cara melitupi bateri dengan kepingan aluminium atau mana-mana kepingan besi lain, maka ia boleh diaplikasikan dalam pelbagai perkara.

Sebagai antara bahan yang paling keras di dunia, berlian digunakan secara meluas sebagai peralatan industri dan boleh juga diubah sebagai semikonduktor.

Institut Sains Bahan Kebangsaan Jepun (NIMS) menerusi Kumpulan Semikonduktor Luang Jalur Luas sudah menghasilkan peralatan semikonduktor ringkas sebagai bukti konsep tersebut boleh berjaya.

Bateri berlian atau bateri betavoltaik berupaya menjana tenaga elektrik dengan syarat bateri masih berada dalam lingkungan radioaktif.

Dalam lingkungan ini, bateri menerima sinaran beta isotop-isotop seperti karbon-14 dan nikel-63. Bateri ini juga mempunyai jangka hayat yang lama kerana kedua-dua isotop mempunyai kadar separuh hayat kira-kira 5,700 dan 100 tahun.

Silikon karbida menjadi asas kepada bateri betavoltaik yang digunakan oleh Amerika Syarikat dan syarikat-syarikat lain. Begitupun, untuk menjadikan berlian sebagai asas bateri ini bukan sesuatu yang mudah.

Hal ini demikian kerana untuk bahan terpakai sahaja menghasilkan kadar pertukaran haba sebanyak 28%, antara yang tertinggi di dunia dan menghampiri had teori tetapi itu di peringkat elemen.

Pada peringkat awal pembangunan bateri mereka, pasukan NIMS yang diketuai Satoshi Koizumi menggunakan elektron untuk menjana elektrik.

Namun selepas ini, mereka akan menggunakan isotop nikel-63 sebagai cara menjana tenaga elektrik.

Seperti pengeluar bateri lain, NIMS masih berdepan masalah menjadikannya lebih efisien dengan meningkatkan output kuasanya. Setakat ini, bateri berlian hanya mampu menjana mikrowat elektrik.

Namun begitu, ia masih ada potensi. Ianay kerana karbon-14 banyak didapati pada permukaan grafit yang digunakan di loji-loji nuklear dan boleh diambil apabila loji ini ditamatkan operasinya.

Kerajaan Britain menerusi Lembaga Tenaga Atom Britain dan Universiti Bristol sedang mengkaji kegunaan bateri tersebut.

Walaupun rancangan menghasilkan bateri berlian masih belum dinyatakan secara terperinci, sekiranya berjaya, Britain boleh menjana tenaga elektrik untuk ribuan tahun.

Selain sebagai alternatif sumber tenaga elektrik, ia dilihat alternatif terbaik untuk bateri plutonium yang dipasang pada prob-prob angkasa lepas.

Menurut Koizumi, ia masih boleh berfungsi dalam suhu panas dan mempunyai struktur yang lebih ringkas berbanding bateri plutonium.

Artikel ini turut boleh dibaca di laman portal ekonomi dan kewangan kami, The Outlook Asia.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.