Barow: Pekan Dimana Matahari Tak Muncul Selama 65 Hari

7,358

Alaska mungkin bukan tempat yang disukai semua. Tetapi ketenangan di sebalik gunung-ganang dan bukit-bukau negeri ini katanya tidak boleh dilawan langsung. Alaska memang masyhur dengan pengalaman dan kebudayaan luar bandar, jauh berlainan dengan keindahan California, New York dan Washington.

Bagi jiwa mengembara alam semulajadi, inilah syurga (dan juga neraka). Laut terbentang luas sejauh lima kilometer sehingga menyentuh kaki langit ialah perkara biasa di seluruh dunia.

Tetapi di Alaska, tanah boleh saja terbentang seperti laut.

Situasi biasa di Alaska. Tidak sibuk dan tidak padat.

Nun jauh di bahagian utara pula, terletak sebuah kampung bernama Utqiagvik yang terpencil untuk manfaat 4,000 rakyat Eskimo.

Gugusan kampung di Utqiagvik.
Sejuk seperti biasa.

Utqiagvik juga dikenali sebagai Barrow, yang kaya dengan haiwan liar dan ikan. Semua pengunjung menggunakan pesawat Alaskan Airliens atau Ravn Alaska untuk ke Barrow.

Tetapi semasa musim panas, mereka boleh menggunakan tongkang. Bermakna tiada jalan raya atau laluan kereta api ke kampung beriklim sukar ini.

Tanda arah.

Barrow mungkin terkenal kerana terletak di pucuk paling utara Alaska (dan Amerika Syarikat). Kampung ini terpisah di antara Laut Beaufort dan ratusan tasik.

Suhunya bukan main-main: sentiasa sejuk dan berangin. Tetapi banyak saja tempat di dunia ini sejuk dan berangin.

Cuma Barrow mempunyai fenomena agak aneh yang berlaku di hujung tahun. Bermula 18 November, rakyat Barrow akan mengucapkan salam perpisahan kepada Matahari.

Kerana mereka takkan dapat melihat Matahari di Barrow selama 65 hari. Antara 18 November hingga 23 Januari, Barrow tidak disinari Matahari kerana pengaruh menarik berkaitan kedudukan Bumi.

Tiada Matahari tidak bermakna Barrow dalam keadaan gelap gelita. Sebaliknya Barrow memasuki fasa dikenali sebagai “civil twilight” dimana Matahari sebenarnya ada tetapi enam darjah dibawah kaki langit.

Gambaran situasi. Barrow berada dalam bahagian 23.5º.

Kiranya Matahari ada cuma tidak terbit daripada ufuk.

Jadi keadaannya sebegini:

Cerah tetapi tiada Matahari

Keadaan sebegini boleh menyumbang pada gangguan musim. Ramai dalam kalangan penduduk di tempat-tempat sebegini mendapatkan terapi kerana tidak mendapat cahaya Matahari.

Bermakna bukan Barrow sahaja mengalami keadaan sebegini. Antara tempat lain ialah Naryan-Mar, Rusia dan Longyearbyen, Norway.

Kebiasaan ini tidak menjadi penghalang untuk menikmati masa bernilai di Pantai Barrow (yang beku), Tasik Emaiksoun dan perayaan Nalukataq.

Bagi masyarakat setempat, Nalukataq ialah majlis penting di hujung musim pembvrvan paus.

Perkara biasa semasa Nalukataq. Orang dilambung selimut.

Kiranya rakyat Barrow memang boleh hidup tanpa Matahari… yang sebenarnya tidak begitu panas pun ketika musim lain. 65 hari tanpa Matahari tidak memberi kesan, oleh kerana satu lagi fenomena yang sangat menarik.

Apabila terbit pada subuh 23 Januari, Matahari masih mengikuti jadual semulajadi selama beberapa jam (berbeza dengan 12+ jam di Khatulistiwa).

Bermula 1 Mac barulah Matahari naik selama sembilan jam dan sebulan kemudian 14 jam. Apa yang lebih menarik berlaku pada 12 Mei, kerana Matahari takkan tenggelam di Barrow.

Fenomena ini akan menyebabkan berlakunya “midnight sun”, apabila Matahari berada di langit pada waktu malam pun. Selama 80 hari ia menyinari barrow, akhirnya tenggelam pada 1 Ogos.

Sepanjang tempoh ini suhu Barrow akan meningkat sehingga mencapai tahap paling panas kawasan iaitu 4.9ºC, dengan angin bertiup 20 km/j daripada arah timur.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.