Bantuan Untuk B40 Dan Hierarki Keperluan Maslow

6,047

Tahukah anda, hierarki keperluan Maslow pertama kali diteorikan oleh Abraham Harold Maslow (A.H. Maslow) di dalam kertas kajian “A Theory of Motivation”.

Kertas kajian ini telah dipetik sebanyak 32,712 kali dan Maslow telah menjadi dalam kalangan 10 orang ahli psikologi yang paling banyak dipetik kajiannya pada abad ke-20.

Dalam kertas kajian tersebut, Maslow menyatakan bahawa keperluan fisiologi (makanan, air, tempat tinggal, pakaian, dll) ⁠— keperluan asas ⁠— merupakan keperluan paling kuat daripada mana-mana keperluan.

Apabila seorang individu kehilangan segalanya, keperluan fisiologi adalah apa yang individu itu cari berbanding keperluan lain. Individu itu lebih lapar di perut, berbanding lapar untuk mencari cinta, cita-cita dan pelbagai kehendak lain.

“If all the needs are unsatisfied, and the organism is then
dominated by the physiological needs, all other needs may
become simply non-existent or be pushed into the background.

It is then fair to characterize the whole organism by saying
simply that it is hungry, for consciousness is almost completely preempted by hunger. All,capacities are put into the
service of hunger-satisfaction, and the organization of these
capacities is almost entirely determined by the one purpose
of satisfying hunger.”

— A. H. Maslow

https://www.thepatriots.store/store/mahakarya/

Orang miskin apabila dapat duit, benda pertama mereka buat adalah gunakan duit itu untuk memenuhi keperluan asas. Mereka tak cari benda lain. Malah, tak terlintas pun sebarang jenis kemewahan apabila menerima duit yang tak banyak mana pun.

Bagi orang kaya pula, mereka mempunyai motivasi macam orang miskin juga cuma motivasi mereka berbeza kerana motivasi mereka berada di tangga yang berbeza.

Pada waktu orang miskin berada di tangga paling bawah, orang kaya mungkin sedang berada di tangga kedua. Pada musim wabak ini, mungkin mereka bimbang keselamatan mereka (sumber kekayaan, keselamatan pada kewangan) terjejas.

Tak betulah kalau orang miskin dapat duit sikit terus nak beli Iphone 11. Dapat duit yang tak seberapa terus nak jadi kaya sedangkan mereka kena fikir perut dulu.

Saya faham juga perasaan orang yang berbisnes ini apabila keselamatan mereka terjejas akibat wabak. Cuma itulah, agak melampau apabila dengki pada orang miskin sedangkan makanan atas meja pun belum tentu dapat sedangkan keperluan fisiologi orang kaya ini sudah dipenuhi.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.