Banjir Satu Bandar Sebab Tak Nak Bini Balik Rumah

1,098

Dunia ini banyak orang gila. Cuma peliknya orang-orang gila sebegini boleh berkahwin, sedangkan yang baik-baik belaka menyendiri sampai berjanggut.

Tetapi itulah realiti – terutamanya untuk James Scott yang membesar di Quincy, Illinois.

Melangkaui usia 20-an, Scott mempunyai rekod jen4y4h sangat teruk. Enam kali masuk keluar penj4r4, kerana mer0mp4k dan memb4k4r sekolah dan garaj (The Associated Press, 1994).

Sebaik sahaja beliau dibebaskan melalui parol, Burger King di Quincy menerimanya untuk bekerja. Tetapi Scott rela menghabiskan malamnya dengan minuman keras tanpa henti (Pitluk, 2006).

Inilah kerenah yang perlu dilayan isterinya, Suzie Scott. Tanpa henti setiap malam Suzie perlu berdepan dengan James yang suka meluangkan masanya di jalan begini.

Pada tahun 1993, kota Quincy ditimpa musibah banjir kerana Sungai Mississippi yang melimpah.

Ramai dalam kalangan warga Quincy, termasuk James dan Suzie berganding bahu untuk mengukuhkan benteng tembok supaya dapat mengawal paras air. Sungai ini berhenti melimpah pada 16 Julai dan mula surut.

Tetapi secara tiba-tiba, benteng ini pecah dan air melimpah keluar membanjiri kota ini. 57 kilometer persegi terjejas akibat peristiwa ini, sampai sebuah tongkang pun tidak mampu melawan arus dan terkeluar daripada benteng, kemudian menghentam sebuah stesen minyak (Jehl, 1993).

Tiada siapa yang terbvnvh dalam peristiwa ini, tetapi ramai terpaksa memandu sejauh 130 kilometer ke St Louis atau Burlington untuk berteduh.

Jambatan Bayview juga ditutup selama 71 hari. Malah semua perniagaan di Quincy terjejas teruk; ada yang terpaksa menggulung tikar buat selamanya.

Semasa membuat liputan media, WGEM-TV diberitahu dua pekerja Jabatan Pengangkutan – mereka terlihat seorang lelaki berdiri di benteng ini. Lelaki itu ialah Scott yang mengatakan beliau ternampak titik lemah di benteng tersebut.

Jadi beliau mengaku bekerja sepanjang hari, meletakkan beg pasir – dan beliau hanya berhenti untuk minum sekejap.

Apabila kembali, Scott melihat benteng tersebut sudah pecah. Tetapi Sarjan Neal Baker daripada Pejabat Polis Quincy mendapati Scott terlalu bersih, padahal Scott mengaku bekerja sepanjang hari.

Satu lagi, Scott juga tidak mampu menjawab sebarang butiran tentang pengalaman hariannya. Dan Scott tidak memakai jaket keselamatan langsung (Lyons, 2008).

Pihak berkuasa Missouri pun mengesyaki sesuatu, kerana benteng tersebut didapati runtuh di tempat yang sepatutnya paling kukuh. Dan kawasan tersebut sudah diperiksa dua jam sebelumnya.

Malah rekod jen4y4h Scott pun tidak meyakinkan. Dan pihak polis membawa Scott untuk soal siasat seminggu selepas banjir – cerita Scott berubah-ubah.

Jadi pada 1 Oktober, polis men4h4n Scott atas tuduhan r0mp4kan (tiada kaitan pun dengan banjir).

Semasa soal siasat, Scott tiba-tiba mengaku membuang empat beg pasir daripada satu bahagian benteng ke titik lemah dikatakannya. Beliau didapati bersalah kerana mer0mp4k dan dip3nj4ra selama 10 tahun

Pihak berkuasa Missouri akhirnya mengenalpasti punca kejadian banjir. Mereka berjumpa dengan sahabat lama Scott bernama Joe Flachs.

Dan Flachs memberitahu terus yang Scott mengaku memecahkan benteng untuk memastikan isterinya  terkandas di tebing sungai. Suzie sedang bekerja sebagai pelayan restoran.

Scott rupanya ingin berparti dan memancing, sambil menjalinkan hubungan sulit. Perkara yang sama diberitahu rakan-rakan lain, dan perkongsian mereka membawa pertuduhan baru (yang lebih besar) bagi Scott di mahkamah.

Mahkamah juga mendapati beliau bersalah – dan menjatuhkan hvkvman 20 tahun penj4r4 terlebih dahulu (yang mungkin boleh menjadi penj4r4 seumur hidup. Scott yang baru 24 tahun telah meringkuk dan boleh memohon untuk dibebaskan ketika umur 44.

Dan Suzie pula akhirnya bercerai.

RUJUKAN:

The Associated Press. (1994, Oktober 30). (ditapiskan) (ditapiskan) Faces Trial in Breaching of Missouri Levee. The New York Times.

Jehl, D. (1993, Julai 18). Clinton Tours Floods and Considers Sending (ditapiskan). The New York Times.

Lyons, S. (2008, Januari 11). Holes in the case? Minneapolis Star Tribune.

Pitluk, A. (2006, Januari 19). Scapegoat. The Illinois Times.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.