Kemelut Israel dan Palestin sebenarnya sudah masuk dalam ruangan kelabu (grey area) dalam undang-undang antarabangsa. Israel wajib mengutamakan penjagaan kesihatan (healthcare) warga Palestin, kalau ikut Konvensyen Geneva.

Jadi dalam keadaan COVID-19, program vaksinasi memang amanah Israel. Itu yang Konvensyen Geneva cakap. Namun, Perjanjian Oslo yang dipersetujui Yasser Arafat cakap lain pula.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Urusan penjagaan kesihatan Palestin adalah tanggungjawab Palestin, kalau ikut Perjanjian Oslo. Inilah contoh “grey area” yang sememangnya banyak dalam kemelut Israel dan Palestin: one law negates the other.

Sejak 19 Disember 2020, Israel telah melancarkan program vaksinasi yang berjalan begitu lancar. Sehingga 18 Jun 2021, hampir setiap rakyat Israel sudah mendapat vaksin. Bermakna Israel ada lebihan vaksin, dalam lingkungan 1 juta hingga 1.4 juta dos yang boleh dimanfaatkan 500,000 hingga 700,000 orang.

Jadi Israel membuat perjanjian dengan Palestin: “kau ambil vaksin ini, aku ambil vaksin kau tahun depan.” (Carey, 2021).

Kalau ikut perjanjian ini, Israel mahu ikut Perjanjian Oslo… bukan Konvensyen Geneva (yang merugikan mereka). Palestin pun bersetuju. Terima dulu bekalan yang disimpan Israel. Kerana giliran Palestin adalah tahun depan (yang perlu diserahkan kepada Israel). Dan 90,000 dos pertama tiba di Ramallah pada 18 Jun 2021.

Pegawai-pegawai kesihatan Palestin pun pergilah buat rutin pemeriksaan seperti biasa. Dan tengok saja vaksin yang diberi, pegawai kesihatan terus hubungi pejabat Perdana Menteri. Lalu Muhammad Shtayyeh setelah mendengar buat keputusan pantas: batalkan perjanjian.

Apa yang berlaku?

Pegawai kesihatan Ramallah mendapati dos-dos vaksin tidak menepati spesifikasi teknikal yang dipersetujui dengan kerajaan Benjamin Netanyahu demikian hari. Dan tarikh luput terlalu dekat (Carey & Salman, 2021).

Contoh tarikh luput.

Memang betul dari dulu lagi kerajaan Netanyahu sudah cakap: “vaksin ini akan luput tidak lama lagi”. Namun Palestin tidak tahu “tidak lama lagi” itu lama mana. Menurut pegawai Palestin, Israel cakap antara Julai hingga Ogos. Rupa-rupanya Jun.

Sama ada dirancang atau tidak sengaja, itu hanya yang tahu sahaja tahu. Kalau betul, memang ralat sangat. Dan tidak pasti jika keralatan ini ada kena mengena atau sebarang sangkut paut dengan konf.lik baru-baru ini. Kerana Israel ada berkata yang “vaksin-vaksin ini sempurna” (TOI, 2021).

Habis kuat isu ini akan jadi “aku kata, kau kata”. Yang menanggung masalah sebenar adalah rakyat bawahan, perlu berdepan dengan COVID-19 tanpa sebarang pendinding imunisasi.

Setakat ini Palestin sudah ada 312,000+ kes positif COVID-19 yang diketahui. Masalahnya, kes-kes tidak diketahui itu yang menak.utkan. Macam demikian hari Gaza berdepan dengan konf.lik. Dalam masa beberapa minggu, bekalan elektrik kerap terganggu sampai hospital pun lum.puh. Alat jana kuasa (power generator) pula bergantung pada minyak, yang cukup susah untuk masuk dalam Gaza.

Selagi COVID-19 tidak berakhir, semua orang berdepan dengan ris.iko. Andainya dibiar, virus SARS-CoV-2 itu mungkin boleh bermutasi sampai vaksin (yang sudah diberi) pun boleh ditandingi.

Pada masa itu, semua benda perlu diulangi balik… daripada perintah berkurung sampailah program imunisasi semula. Inilah sebab kenapa Dunia Barat terutamanya Amerika Syarikat mahu membeli 500 juta dos vaksin Pfizer untuk didermakan kepada 100 buah negara.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Kenyataan Harry S. Truman selepas kejatuhan Jerman pada tahun 1945 sangat relevan hari ini: “the victory won in the west must now be won in the east. The whole world must be cleansed of the evil of which half the world has been freed.” (kejayaan yang dibuat di Barat sekarang perlu dibuat di Timur. Seluruh dunia perlu disucikan daripada ba.la yang separuh dunia sekarang sudah terlepas.)

RUJUKAN:

Carey, A. (2021, Jun 18). Israel to transfer at least 1 million Covid-19 vaccines to Palestinians in swap deal. CNN.

Carey, A., & Salman, A. (2021, Jun 19). Palestinians cancel Pfizer vaccine agreements with Israel. CNN.

TOI. (2021, Jun 19). Israel insists vaccine shipment rejected by Palestinians ‘perfectly sound’.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.