Pada hari ini, Tatar dilihat sebagai sebuah nama kolektif yang digunakan untuk merujuk kumpulan-kumpulan masyarakat penutur bahasa Turki yang hidup di Russia dan beberapa buah negara bekas Soviet.

Walau bagaimanapun dalam konteks sejarah, istilah Tatar membawa bermacam-macam  maksud lain. Misalnya, orang China memanggil kesemua jiran utara mereka sebagai ‘Ta-Ta’ atau ‘Da-Da’, manakala pada kurun ke-14 Masehi pula, orang Barat memakai istilah sama untuk merujuk warga Empayar Monggol dan khanate-khanate yang menyusulinya.

LATAR BELAKANG TATAR

Istilah Tatar pertama kali muncul sekitar awal kurun ke-5 Masehi dalam kalangan penutur bahasa Turki di timur laut Monggolia, tepatnya di daerah Tasik Baikal. Dalam bahasa China, ‘Ta-Ta’ membawa maksud ‘kotor’ ataupun ‘gasar’.

Sejak sekian lama, warga Tatar berinteraksi dengan masyarakat China dan hubungan mereka dengan Barat pula hanya dijalinkan pada beberapa tempoh kemudian. Pada awal kurun ke-13, Genghis Khan menyatukan suku-suku nomad di steppe Monggolia dan keluar menaklvki dunia.

Salah seorang cucunya, iaitu Batu Khan, kemudian mengetuai s3r4ngan ke atas Eropah Timur. Di bawah kepimpinan Batu, Golden Horde membantai Russia hingga ke Hungary dan Jerman pada tahun 1231.

Istilah Tatar kemudian ditukar oleh orang Eropah menjadi Tartar, yang membawa maksud ‘Orang dari Neraka’, di mana asal-usul perkataan itu mungkin diambil daripada Tartarus, neraka dalam mitologi Yunani.

‘Monggol di Tembok Vladimir’ oleh Vasily Maksimov

PENTADBIRAN TATAR

Walaupun digelari sedemikian, warga Tatar bukanlah bangsa gasar yang tidak bertamadun.  Mereka mempunyai sistem pentadbiran yang mapan yang membolehkan mereka menguruskan jajahan takluk dengan efektif.

Wilayah-wilayah naungan mereka dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan pentadbiran tempatan dibentuk bagi memastikan kesetiaan masyarakat tempatan.

Walaupun masyarakat Tatar sinonim dengan amalan perdukunan, mereka juga mempamerkan toleransi dalam beragama. Hal ini dapat dilihat menerusi dasar mereka yang membenarkan paderi-paderi Kristian bertapak di Sarai, ibu kota Golden Horde pada tahun 1261, dan pengecualian cukai buat rahib-rahib Kievan Rus.

‘Alexander Nevsky di Horde’ oleh Genrikh Semiradsky (1876), menggambarkan Alexander Nevsky bersama seorang dukun Monggol

Berikutan latar belakang mereka yang mengamalkan gaya hidup nomad, aktiviti penternakan merupakan sumber ekonomi penting buat masyarakat Tatar. Mereka juga mengamalkan pertanian campur.

EKONOMI TATAR

Sehingga kini, kedua-dua aktiviti tersebut terus menjadi dasar utama ekonomi mereka. Di samping itu, warga Tatar juga menceburi bidang pembuatan seperti barangan seramik, pertukangan kayu, dan penempaan logam.

Mereka turut giat menjalankan aktiviti perdagangan, di mana rakan-rakan dagang utama mereka kebanyakannya adalah koloni-koloni Itali di sepanjang pantai Laut Hitam dan Mesir.

KHANATE GOLDEN HORDE

Menjelang kurun ke-14 Masehi, Golden Horde mula mengalami kemunduran dan satu abad kemudian, ia berpecah menjadi empat buah khanate – iaitu Khanate Khazan, Khanate Astrakhan, Khanate Sibir, dan Khanate Crimea. Pada kurun ke-16, Kazan, Astrakhan, dan Sibir dikvasai oleh Russia. Sementara itu, Khanate Crimea pula menjadi wilayah naungan Empayar Uthmaniyah sebelum diserap oleh Russia pada tahun 1783.

Walau setelah diserap menjadi sebahagian daripada Empayar Russia, Tatar masih mengekalkan tradisi dan hal ini dapat dilihat sehingga ke hari ini khususnya dalam pemegangan mereka terhadap agama Islam.

Tentera Eropah mem3r4ngi Tatar dari Khanate Crimea (1890) oleh Jozef, Brandt

BUDAYA TATAR

Di Tatarstan sebagai contoh, warga Tatar-Muslim hidup secara harmoni dengan masyarakat Russia. Dahulu, kawasan tersebut merupakan kampung halaman masyarakat Volga-Bulgar yang ditakluk oleh Golden Horde.

Ketika khanate tersebut berpecah, Tatarstan menjadi sebahagian daripada Khanate Kazan dan kebanyakan warga tempatannya pun memeluk Islam. Oleh kerana itu, kita dapat melihat rumah ibadah Kristian dan Muslim berdiri dengan megah di Kazan atau ibu kota Tatarstan.

Pada hari ini, dianggarkan terdapat seramai 6.6 juta orang Tatar di Russia sekaligus ia membentuk etnik ketiga terbesar di negara itu. Tatar juga mempunyai pengaruh yang signifikan di negara-negara Asia Tengah seperti Kazakhstan, Tajikistan, dan Turkmenistan. Begitu juga di Amerika Utara, Jerman, dan Turki yang turut menerima pengaruh penebaran mereka.

Potret keluarga Tatar dari kurun ke-16

RUJUKAN:

Wu Mingren. (6 Oktober 2018). The Tatars: The Golden Horde, People from Hell, or Something Else? Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/tatars-0010804


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.