Sebut saja francais filem Star W4rs, ramai membayangkan sama ada droid C-3PO dan R2-D2, Darth Vader, D34th Star, Maharaja Palpatine, Jedi atau konsep Dyad yang ditampilkan dalam Star W4rs: The Rise of Skywalker. Tetapi tidak ramai tahu kebanyakan aspek yang wujud dalam filem ini diinspirasikan daripada kekaguman George Lucas terhadap filem-filem yang dibikin pengarah Jepun terkenal, Akira Kurosawa.

Rajah 1: Akira Kurosawa

Idea filem Star Wars tercetus selepas Lucas merasa kagum melihat mahakarya-mahakarya Kurosawa seperti Seven Samurai, Yojimbo dan Rashomon. Bagi penonton Jepun, filem garapan beliau dilihat sebagai tingkap kepada masa silam Negara Matahari Terbit itu. Tetapi bagi penonton luar terutama dari negara Barat, ia seperti seolah-olah melihat sebuah planet asing tanpa mengetahui sedikit pun budaya atau norma tempat berkenaan.

Pendekatan itulah yang digunakan Lucas terutama pada babak-babak awal filem. Penonton dibawa melihat sebuah tempat asing tanpa mengetahui apa-apa maklumat tentang kawasan tersebut. Pendekatan sebegini yang digunakan Kurosawa dan Lucas menimbulkan rasa ingin tahu dalam kalangan penonton dan mendorong mereka mengikuti perjalanan filem dari awal sampai akhir.

Disebabkan minatnya terhadap Kurosawa, banyak aspek sama ada plot atau aspek filemnya diceduk bulat-bulat oleh Lucas. Contoh mudah, filem pertama francais iaitu Star W4rs sebenarnya berdasarkan satu lagi filem pengarah Jepun itu, The Hidden Fortress.

Dalam plot The Hidden Fortress, filem itu mengisahkan dua orang petani membantu seorang jeneral berpengalaman dan seorang puteri dalam satu pemberontakan dengan pertarungan antara sang jeneral dan musuhnya menjadi fokus utama filem.

Menariknya, dua orang petani dalam Star W4rs ialah R2-D2 dan C-3PO dengan Obi-Wan Kenobi merupakan seorang jeneral dan pahlawan Jedi berpengalaman semasa era P3r4ng Klon (Clone W4rs). Sementara adik Luke, Puteri Leia Organa ialah puteri raja Alderaan yang menjadi sebahagian daripada Rebel Alliance. Sementara pertarungan antara Obi-Wan dengan musuh lamanya, Darth Vader menjadi fokus utama filem ini. Sama, kan?

Begitu juga dari segi visual estetika. Contoh paling mudah, babak Luke melihat dua matahari terbit semasa berada di Tatooine. Babak ini sebenarnya diolah daripada babak filem Dersu Uzala yang ditayangkan dua tahun sebelumnya.

Rajah 2: Persamaan babak matahari terbit dalam filem Star W4rs dengan Dersu Uzala.

Minat Lucas tidak sekadar kepada filem-filem Kurosawa sahaja. Beliau yang meminati budaya tradisional Jepun melihat ia elok dipersembahkan dalam bentuk organisasi pahlawan Jedi. Nilai-nilai seperti kehormatan dan disiplin yang menjadi sebahagian daripada prinsip Jedi sebenarnya diinspirasikan daripada bushido atau kod kehormatan yang digunakan oleh samurai-samurai.

Rajah 3: Pakaian jubah jedi serupa dengan jubah yang digunakan oleh para samurai.

Selain kod kehormatan mereka, lihatlah juga s3nj4ta dan pakaian yang digunakan Jedi. P3d4ng laser yang sentiasa menjadi tumpuan setiap kali Jedi dan Sith berlawan mirip p3d4ng katana yang menjadi s3nj4ta utama samurai sama ada dalam pep3r4ngan atau pertarungan satu lawan satu. Jubah mereka dikatakan diinspirasikan daripada pakaian samurai dan ini disentuh dalam beberapa buku seperti Shimmering Sw0rd: Samurai, Western, and Star W4rs Sw0rd F1ght1ng oleh Nick Jamilla.

Disebabkan minatnya yang mendalam terhadap filem-filem Kurosawa, Lucas juga pernah berusaha mengambil Toshiro Mifune berlakon dalam Star W4rs. Mifune bukan orang asing dengan Kurosawa kerana pernah membintangi beberapa filem garapan pengarah itu termasuk Hidden Fortress, Rashomon, Seven Samurai dan Yojimbo.

Rajah 4: Toshiro Mifune sebagai Kikuchiyo dalam Seven Samurai.

Bagaimanapun, menurut anak perempuannya Mika Mifune, bapanya menolak tawaran mengisi peranan sebagai Obi-Wan Kenobi. Alasan beliau mudah iaitu tidak mahu memburukkan imej samurai dengan berlakon dalam filem tersebut. Mika turut mendedahkan Lucas cuba menawarkan peranan Darth Vader kepada Mifune tetapi ditolak atas alasan sama.

Yang pasti, tatkala ramai merasa lesu dengan Star W4rs di sebelah Barat, perkara sama tidak berlaku di Jepun. Tidak diketahui sama ada kerana watak-wataknya mempunyai ciri kawaii (comel) atau refleksi budaya tradisional Jepun, yang pasti ia diminati ramai sehingga hari ini.

RUJUKAN:

Cloutman, V. (2015). Sith & Samurai: What You Didn’t Know About Star W4rs And Japan. Inside Japan Tours.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.