Bangsa Cina Menemukan Amerika 70 Tahun Lebih Awal Berbanding Columbus?

1,345

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Kini, seorang sejarahwan lain pula mengutarakan pendapat bahawa bansa Cina juga meneroka Dunia Baru 70 tahun lebih awal berbanding Columbus. Sejarahwan amateur yang bernama Gavin Menzies yang mengeluarkan pendapat berkenaan pernah mengarang tiga buah buku yang sangat kontroversi: ‘1421: The Year China Discovered the World’ yang di daamnya beliau mendakwa bahawa sebuah armada Cina yang diketuai oleh Laksamana Zheng He berlayar dan tiba di Amerika pada tahun 1421.

Begitu juga dengan buku lanjutannya, iaitu ‘1434: The Year A Magnificent Chinese Fleet Sailed to Italy and Ignited the Renaissence’. Beliau juga mengarang sebuah buku yang juga menerima kritikan meluas, berjudul, ‘The Lost Empire of Atlantis: History’s Greatest Mystery Revealed’.

Walau bagaimanapun, adakah terdapat sebarang bukti bagi menyokong dakwaan-dakwaan yang dilakukan oleh Menzies itu? Di dalam sebuah buku terbarunya yang berjudul, ‘Who Discovered America: The Untold History of the Peopling of the Americas’, Menzies melampirkan sebuah peta Cina bertarikh 1418 yang menurutnya, menyokong dakwaannya bahawa bangsa Cina telah meneroka Amerika pada tahun 1421.

Peta yang dilukis oleh Laksamana Cheng Ho itu menunjukkan lokasi sungai-sungai dan pantai-pantai di Amerika Utara serta benua Amerika Selatan dengan agak terperinci. Menzies juga menyatakan bahawa penanda DNA ada membuktikan bahawa suku Indian dan masyarakat-masyarakat asli yang lain mempunyai jalur keturunan yang terkait dengan sejumlah penghuni Asia yang dipercayai menetap di sana.

Menzies mendakwa bahawa peta tersebut sudah pun diperakui kesahihannya oleh seorang penilai dari Christie’s Auctions (Rumah Bidaan Christie) dan sepasukan sejarahwan yang menyimpulkan bahawa ia ditulis di zaman Dinasti Ming, suatu zaman yang berlangsung dari tahun 1368 hingga 1644 Masehi. Bukti peta tersebut diperkuatkan lagi dengan nama-nama Cina di sejumlah bandar dan daerah di Peru.

Walau bagaimanapun, teori yang diutarakan oleh Menzies ini ditolak dan dikritik secara meluas oleh komuniti akademik arus perdana. Pada tahun 2008, seorang profesor sejarah dari University of London yang bernama Felipe Fernandez-Arnesto menyifatkan buku-buku Menzies sebagai ‘buku-buku sejarah yang boleh disamakan dengan (kisah) Elvis Presley (memasuki sebuah pasar raya) dan bertembung dengan tikus-tikus makhluk asing.”

Teori Menzies ini berkemungkinan tidaklah benar. Akan tetapi, cukup menyedihkan bagi kita apabila melihat dunia pada hari ini memperlihatkan mana-mana individu yang berani menghadirkan hipotesis alternatif yang berlainan dengan perspektif arus perdana menerima cemuhan dan penghinaan yang meluas.

TERJEMAHAN:

April Holloway. (9 Oktober 2013). Did China discover America 70 years before Columbus? Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/did-china-discover-america-70-years-columbus-00905

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.