Pagi tadi menghadiri sebuah syarahan yang menarik tentang sejarah politik Rom sebagai tamsilan kepada politik semasa.

Rom bermula sebagai sebuah “kingdom” yang ditubuhkan oleh Romulus dan Remus pada tahun 753 Sebelum Masihi. Selepas tujuh generasi pemerintahan raja, monarki Rom bertukar menjadi sebuah “tyranny” atau pemerintahan raja yang zalim, maka republik didirikan pada 509 Sebelum Masihi.

Lama-kelamaan, politik Republik Rom dikuasai oleh sebilangan kecil elit atau “oligarchs” yang memiliki kuasa dan kekayaan luar biasa seperti Sulla, Pompey dan Crassus, dan akhirnya jatuh ke tangan Julius Caesar yang memerintah sebagai diktator.

Pada tahun 27 SM, anak saudara Caesar iaitu Augustus mengisytiharkan diri sebagai “princep” atau maharaja dan mendirikan pemerintahan berkuasa mutlak. Pemerintahan bercorak dinasti telah menghancurkan struktur politik Rom dan akhirnya empayar Rom tamat pada tahun 476 Masihi akibat serangan orang gasar (barbarian).

Apa kena mengena sejarah ini dengan kita?

Apa yang Rom lalui (dari monarki ke republik ke kehancuran) dinamakan sebagai kitaran politik (political cycle). Dalam mentafsir sejarah Rom, sejarawan seperti Polybius memetik teori kitaran politik atau “cyclosis” yang dibangunkan oleh Plato dan Aristotle untuk menerangkan perubahan sistem politik Rom.

Dua filsuf dari Athens yang hidup tiga abad sebelum Caesar ini seolah-olah dapat “predict” apa yang akan jadi dekat Rom apabila mereka mengatakan negara monarki akan mengalami peralihan ke “tyranny”, seterusnya ke “aristocracy”, “oligarchy”, “democracy” dan akhirnya “ochlocracy” di mana negara akan mengalami kekacauan (chaos) dan kehancuran (destruction).

Adakah Plato dan Aristotle boleh nampak perkara ghaib? Tidak. Apa yang dilalui oleh Rom sebenarnya sudah berlaku di Athens, di mana Plato dan Aristotle menyaksikan kehancuran Athens akibat demokrasi dan ochlocracy.

Plato dan Aristotle membina teori mereka berdasarkan sifat manusia. Peralihan dari satu sistem ke satu sistem adalah berpunca daripada kemerosotan (decay) dalam jiwa (psyche) masyarakat. Matlamat mulia seperti perjuangan kemerdekaan dan maruah bangsa ketika waktu pembinaan negara lama-kelamaan diambil alih oleh perjuangan kekayaan dan kekuasaan, maka lahirlah oligarchy. Oligarchy melahirkan masyarakat yang materialistik, membolehkan kebangkitan “strong man” atau “demagogue” yang ingin membolot kuasa politik dengan sokongan massa, seperti kebangkitan Caesar atas sokongan rakyat “Populares” yang menanam benih kehancuran Rom.

Disebabkan oleh kesejagatan sifat manusia, pola kitaran politik yang sama juga terdapat dalam sejarah China dan tulisan Ibn Khaldun. Watak-watak seperti Sulla, Pompey, Caesar dan Nero boleh dijumpa dalam setiap tamadun dan di setiap zaman. Ada yang melihat kemunculan Donald Trump sebagai kebangkitan Caesarism di Amerika, ada yang berpendapat bahawa fenomena kebangkitan populisme di Eropah melambangkan “psychosis” masyarakat materialistik yang sanggup menerima ahli politik yang menyebarkan kebencian asalkan mereka menjaminkan peluang pekerjaan.

Semua tamadun akan mengalami kemakmuran dan kemerosotan, bezanya cuma samada bangsa yang jatuh itu boleh bangkit semula. Ada seperti China, lepas jatuh bangkit, jatuh lagi bangkit lagi. Ada seperti Rom, lepas jatuh terus ditenggelami oleh arus sejarah.

Bagaimana dengan Malaysia? Soal siapakah “Sulla”, “Pompey”, “Crassus”, “Cicero” dan “Caesar” dalam politik kita hanyalah soal kedua. Soal yang lebih penting ialah: di fasa manakah kita berada? Stagnation? Decay? Revival? Dan sekiranya kita berada di fasa kemerosotan, apakah cara untuk kita elak dari hancur sepenuhnya dan bangkit balik?

Bacalah sikit-sikit pasal sejarah Yunani dan Rom, ia membantu mengubah perspektif anda.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.