Bang Mat Dan Simbolisme ‘Civilian Control Of The Military’

0
1320
views

Simbolik yang diangkat di mana Sang Menteri memakai pakaian ‘civilian’ bukan sekadar hendak tonjolkan YB Tuan Haji Mohamad Sabu sebagai ‘down-to-earth dan tidak ‘pretentious’, tetapi sebagai manifestasi simbolisme ‘civilian rule over military’.

‘Penguasaan sivil’ atas ketenteraan merupakan doktrin ketenteraan yang kita pegang, selain menjadi asas memastikan keputusan strategik negara diletakkan di bawah kuasa pentadbiran sivil.

Dalam perkhidmatan ketenteraan di beberapa negara lain, perkhidmatan awam (civil service) dibezakan dengan perkhidmatan tentera (military service). Di Malaysia kesemuanya disatukan di bawah perkhidmatan awam, dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) selaku ketua birokrat turut menjadi ‘head honcho’ seluruh perkhidmatan awam, termasuk ketenteraan. (Sebab itulah bilangan penjawat awam kita dilihat ramai kerana turut mengambil kira para tentera dan badan beruniform lain).

Yang di-Pertuan Agong pula menjadi Ketua Angkatan Tentera dan Menteri Pertahanan selaku Menteri yang bertanggung jawab menyelaras pentadbiran ketenteraan. Serabut? Ia memang sengaja ‘diserabutkan’ supaya tidak ada satu pihak atau badan yang boleh menggunakan kuasa penuh ketenteraan, sekaligus mengadakan coup d’etat.

Maka bagi urusan ketenteraan di Malaysia, kesemua pihak ‘civilian’ ini mempunyai autoriti ke atas beberapa bahagian daripada urusan ketenteraan. Jadi tidak mungkin untuk Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Istana mahupun para tentera sendiri mengadakan ‘coup d’etat’ – kerana bidang tanggung jawab dalam ketenteraan sudahpun dibahagi kepada beberapa pihak (disbursed responsibility).

Ingat! Inilah juga mengapa pentingnya Yang di-Pertuan Agong menjadi Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, bukan sekadar simbolisme kosong tetapi berteraskan falsafah Georges Clemenceau, seorang ahli politik dan fizik Perancis abad ke-19.

Begitu juga di Amerika Syarikat. Bagi menggerakkan tentera serta mengisytiharkan perang, Presiden perlu mendapat restu Kongress terlebih dahulu. Di United Kingdom, perkenan Baginda Queen diperlukan untuk mengisytihar perang.

Di Perancis, cuma National Assembly yang berhak mengisytihar perang. Di Finland, Presiden dan Parlimen perlu sama-sama bersetuju dengan pengisytiharan perang. Semuanya bagi memastikan kekuasaan ke atas tentera masih lagi oleh pihak ‘civilian’, selain memastikan tiada satu kuasa mutlak yang mengawal tentera.

Jadi simbolisme doktrin Angkatan Tentera kita ini lah, yakni ‘civilian control over military’, yang diangkat oleh YB Mat Sabu dalam pembawakan beliau ini.