Band Muka Tembok: Kapow

693

Era kegemilangan muzik rock di Malaysia dikatakan bermula pada awal 1980-an. Kemunculan kumpulan Search dengan album Cinta Buatan Malaysia pada 1985 dan album kompilasi Battle of the Bands yang menampilkan Lefthanded, Bloodshed, SYJ, Ella & The Boys dan Rahim Maarof & Whitesteel pada 1986 membuatkan rock terus mendominasi industri muzik tanah air.

Tercari-cari band yang memainkan muzik Rock n Roll masa kini dengan nafas yang baru?

Ini dia Kapow. Band dari Kuala Lumpur ini dibarisi oleh:

Fahimi – Vokal & Guitar (Abang Misai)

Roland – Guitar

Baan – Drum

Zhaf – Bass

Ditubuhkan pada tahun 2017. Idea penubuhan Kapow bermula di sebuah warung di pinggir Bandar Utama Damansara. Tanpa mendapat kebenaran pihak berwajib, mereka bertindak sesuka hati malah tanpa mengambil kira efek muzik mereka kepada ekonomi negara lantas menjadikan Rock N Roll sebagai genre muzik mereka.

Mereka mengambil inspirasi seperti ACDC, Artic Monkeys, Jet, Foo Fighters, Hujan, Bunkface dan ramai lagi. Mereka telah membuat kesilapan yang mengundang ‘penyesalan’ dengan mengadakan kerjasama bersama AG Coco untuk menerbitkan album pertama mereka berjudul K’ dibawah label Kamar Seni.

K (2018)

  1. OTW
  2. Pelik Tetapi Benar
  3. Mahu Apa Lagi
  4. Hello Holiday
  5. Intuisi
  6. Jagoan Maya
  7. K

Baru-baru ini mereka sudah mengeluarkan video muzik lagu bertajuk K’. Sound yang rock n roll dan kreativiti mereka dapat menghasilkan bunyi seperti lagu-lagu mainstream. Namun tidak dinafikan mereka mempunyai identiti yang tersendiri.

Benar-benar lagu K’ ini adalah ‘radio friendly’. Setiap lirik dan susunan muzik cukup menarik! Setakat ini mereka sudah mengeluarkan 3 video muzik rasmi (Hello Holiday, Kitaraya Kotaraya, K). Kitaraya Kotaraya adalah sebuah lagu raya yang baru dikeluarkan pada 24/5/2019.

Mereka baru selesai dengan Tour Abang Misai di seluruh Malaysia selama 3 bulan. Juga terdapat merchandise komik yang dilukis oleh Abang Misai sendiri.

Mereka juga adalah pemenang  Malaysia Vans Musicians Wanted 2018 dan berjaya pergi ke China untuk mempromosikan lagu-lagu mereka di House of Vans Asia Tour pada 23 September 2018. Satu band yang benar-benar mengharumkan nama Malaysia.

Untuk anda semua, disarankan mendengar lagu berjudul K’ dahulu sebelum anda mendengar lagu band Kapow yang lain. Ia mempunyai aura ‘hook’ yang tinggi!

“Rocklah kau macam mana pun tetapi tetap jangan lupa solat!” –Kapow-

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.