Serαηgαη haiwan boleh berlaku dalam mana-mana negara di dunia ini. Malah Malaysia pun tidak terkecuali. Ada saja kampung dan bandar yang diserang nyamuk Aedes. Tetapi kalau katak yang menyerang, takutlah juga.

Bayangkan buka mata nampak ribuan katak melompat ikut rentak korus. Kalau lompat di hutan, tiada masalah sangat. Tetapi kalau lompat dalam ruang tamu rumah sendiri? Faham-faham sajalah.

Peristiwa ini pernah berlaku di Mesir Purba dulu, ketika Firaun enggan membebaskan Bani Israil. Muncul katak, kutu, langau dan belalang secara menderu-deru.

Habis satu, datang satu. Bukan setakat seekor dua. Jadi kalau berlaku serαηgαη amfibia, araknid atau serangga di bumi Mesir, feelnya memang lain. Bukan setakat teori – tetapi secara realiti kerana baru-baru ini kerajaan Mesir terkejut mendapat berita yang buminya diserang kala jengking.

Kitaran Seperti Kesan Domino Firaun

Musibah yang menimpa Mesir Purba semasa zaman Firaun dulu berlaku dalam bentuk rangkaian. Pada mulanya, Sungai Nil bertukar warna menjadi merah. Kalau tengok penjelasan saintifik, isi gunung berapi telah menjejaskan kualiti air… ataupun alga merah melitupi permukaan air.

Mana-mana penjelasan sekalipun, ikan tetap mαti dan menyebabkan bau sangat busuk. Tanpa ikan dalam sungai, populasi amfibia membiακ dengan pantas kerana telur tidak dimakan ikan. Kemudian mereka keluar menyusahkan hidup orang ramai. Kejadian nampak sangat berlaku ikut rantaian. Lagi Firaun degil; lagi banyak bala menimpa.

Kejadian di Mesir Purba tidak perlu ditafsir ikut landasan agama pun. Alam sekarang pun tiada beza. Manusia menyebabkan pelepasan gas rumah hijau yang mempercepat proses perubahan iklim. Apabila iklim berubah, semua terjejas.

Gas rumah hijau manusia menaikkan suhu Bumi yang menjejaskan aktiviti phytoplankton dan zooplankton di dasar laut (Barneche, et al., 2021). Tanpa aktiviti ini, ikan kecil tidak boleh makan. Populasi ikan kecil pun berkurangan, sekali gus mengurangkan populasi ikan besar. Walaupun kitaran nampak lebih semulajadi, semua boleh nampak korelasinya.

Serαηgαη Kala Jengking Di Aswan

Perubahan iklim adalah topik yang membosankan marhaen. Kerana naratifnya banyak dipolitikkan. Tetapi semua kena faham: ia akan berlaku; ia masih berlaku dan ia telah berlaku. Baru-baru ini rakyat Aswan menggigil kesejukan kerana ribut dan hujan batu.

Hilang tempat tinggal terus.

Angin menyimbahkan ais ke merata tempat, yang dinaiki air bah sampai terputus bekalan elektrik. Ada bangunan rμηtμh, dan pokok tercabut. Apabila cuaca bertenang, ramai orang keluar mendapatkan bantuan.

Tanpa disedari, bukan rumah manusia saja yang terkesan. Haiwan pun sama. Entah dari mana, kala jengking muncul begitu banyak sampai meηγeηgαt lebih daripada 500 orang kampung (Al Jazeera, 2021). Pihak kementerian sekarang sedang bergegas membawa 3,000 dos ubat αηtibisα ke tempat tumpuan, yang turut melaporkan kes pαtμkαη ular.

Perubahan Iklim Sebagai Punca

Serαηgαη kala jengking adalah perkara biasa di Mesir. Kala jengking dipercayai mempunyai 31 spesis yang berbeza dari segi fizikal dan bisα. Tetapi serαηgαη berangkaian adalah sesuatu yang sangat membimbangkan.

Jenis kala jengking di Mesir.

Kerana semua sebenarnya berasa tergugat sampai perlu mempertahankan diri lebih-lebih lagi selepas banjir kilat berpunca daripada cuaca buruk. Tetapi ada beza antara hujan lebat dan ribut bergelombang.

Menurut pengarah bagi sebuah pusat pengkaji cuaca tempatan, perubahan iklim memainkan peranan sampai cuaca menjadi ekstrim. Tidak patut turun hujan batu pun sebenarnya, kerana Aswan adalah tempat yang panas sepanjang tahun (Mamdouh, 2021).

Jelas sekali ada sesuatu tidak kena di Mesir. Namun kejadian ini hampir sama dengan bala firaun. Ia berlaku dalam bentuk rantaian yang perlu diteliti secara serius.

RUJUKAN:

Al Jazeera. (2021, November 15). Storms in Egypt’s Aswan unleash scorpions in people’s homes.

Barneche, D., et al. (2021). Warming impairs trophic transfer efficiency in a long-term field experiment. Nature.

Mamdouh, R. (2021, November 14). Over 500 (ditapiskan) by scorpions in Aswan as extreme weather causes (ditapiskan), pushes scorpions and snakes out of habitats. MADA Masr.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.