Bakat Luar Biasa Hitler Di Dalam Pengucapan Awam

0
866
views

Siapa mungkin tidak kenal kepada Hitler, seorang diktator yang telah membunuh lebih daripada 21 juta orang manusia sewaktu pemerintahannya. Tetapi tahukah anda bahawa antara sebab utama Hitler telah berjaya menerima pengikut yang ramai adalah kerana kebolehan pengucapan awamnya yang dianggap luar biasa? Syarahannya telah menggoncang seluruh Jerman dan Hitler telah berjaya meyakinkan mereka bahawa beliau akan membina sebuah dinasti yang akan memerintah beribu tahun lamanya.

Selepas berakhirnya perang dunia pertama, dunia mengalami kemurungan dan trauma yang sangat teruk. Adakah sukar untuk negara-negara yang terlibat untuk bangkit daripada kemusnahan negara dan tragedi kematian beribu-ribu penduduk. Mereka yang ingin mencari tempat untuk menunding jari pula memilih untuk menunding jari terhadap negara Jerman di atas punca berlakunya segala tragedi dan kemusnahan.

Penjanjian Versailes (Treaty of Versailes) yang telah disekapati oleh negera-negara bersekutu telah bertindak meletakkan kesalahan besar ke atas bahu negara Jerman dan menyalahkan mereka sepenuhnya di atas kejadian Perang Dunia pertama.

Jerman telah dipaksa untuk menyerahkan 13% dari tanah mereka dan dipaksa membayar hutang kepada negara Britain dan Perancis di atas segala kemusnahan yang berlaku. Ini menyebabkan berlakunya krisis ekonomi yang sangat teruk di Jerman. Rakyatnya sangat dahagakan pembaharuan sosial, ekonomi dan politik di negara mereka.

Kehadiran Hitler telah memberikan sinar harapan yang baharu kepada majoriti rakyat Jerman yang pada ketika itu masih lagi sedang bermurung di atas apa yang berlaku. Hitler menaikkan semula semangat mereka dengan ideanya yang mengatakan bahawa rakyat Jerman merupakan bangsa yang terpilih untuk mencapai segala kebaikan dan kejayaan di dunia ini. Sejarawan John Lukacs di dalam karyanya The Legacy of Second World War pernah menulis mengenai pengaruh Hitler di dalam perang dunia kedua. Kata Lukacs, “Tanpa Hitler, tidak akan wujudnya perang dunia kedua. Perang dunia kedua adalah perang Hitler”.

Professor Bruce Loebs, pensyarah Universiti Idaho telah mengulas mengenai bakat Hitler di dalam pengucapan awam dan telah mengaitkannya dengan karisma yang dimiliki oleh Hitler.  “Hitler telah mempelajari cara untuk menjadi seorang pemidato yang berkarisma dan beliau telah berjaya memukau penontonnya. Kebanyakkan daripada pengikutnya telah memilih Hitler sebagai pemimpin mereka kerana beliau telah berjaya  mengemukakan jawapan yang tepat pada saat Jerman sedang mengalami krisis ekonomi yang teruk”, kata Loebs.

Arena Politik Hitler

Sebelum Nazi membangun untuk menjadi parti yang terbesar di Jerman, parti yang diketuai Hitler itu pada awalnya kurang popular dan tidak dikenali ramai. Pada pilihanraya di Jerman pada tahun 1942, mereka hanya mampu memenangi 3% undian. “Apabila Hitler memutuskan untuk bertanding di parlimen Jerman, beliau sedar yang itu bererti beliau harus menyampaikan ucapan kepada seberapa ramai orang untuk memperolehi undi mereka”, kata Loebs.

Pada tahun 1934, Nazi merupakan parti politik yang terbesar di Jerman yang sedang memimpin negara tersebut ke kancah yang menakutkan. Sejarawan Robert Waite telah mengulas mengenai pengaruh Hitler yang sangat kuat, “Hitler mewakili Nazidom. Jarang sekali sejarah ketamadunan barat begitu bergantung kepada keperibadian seorang individu. Hitler telah mencipta teori politik beliau sendiri dan sebuah kerajaan yang tidak akan wujud tanpa kehadiran beliau.”

Proses menulis syarahan

Menteri propaganda Nazi, Joseph Goebbles pernah menulis di dalam diari peribadinya mengenai proses Hitler menulis syarahannya. Menurut Goebbles, Hitler sentiasa menulis teks ucapan dan syarahannya sendiri dan sering mengeditnya berulang kali hingga ia sempurna.

Sejarawan Ian Kershaw juga pernah menulis mengenai proses Hitler menulis teks ucapan beliau, “Hitler akan bekerja hingga ke keheningan malam untuk menulis, memeriksa draf syarahannya dengan penuh teliti dan mengarahkan tiga orang setiausahanya untuk menaip teks dengan pantauan rapi beliau.”

Waqaf Saham

“Hitler tidak mahu untuk bergantung kepada sesiapa dalam proses menulis ucapannya. Bagi beliau, pengucapan awam adalah amat penting bagi beliau sehingga beliau tidak mahu untuk mempercayai sesiapa untuk menulis ucapannya untuk beliau.”  kata Loebs.

Intonasi suara Hitler yang memukau

Jikalau anda pernah mempelajari seni pengucapan awam, pasti anda mengetahui mengenai kepentingan nada dan intonasi suara yang menarik untuk menarik perhatian audiens. Di dalam karyanya yang berjudul “Explaining Hitler”, Ron Rosenbaum pernah mengulas mengenai suara pemimpin Nazi tersebut yang digambarkan sebagai sangat kuat dan memukau. Hitler sangat bijak menyusun kata-katanya dan pandai menggunakan intonasi suara yang menarik untuk menaikkan semangat penontonnya.

George Steiner yang membesar di Jerman pada tahun 1929, menggambarkan suara Hitler seolah-olah hidup semula daripada radio apabila ucapannya disiarkan. Kebanyakkan daripada sejarawan menggambarkan Hitler sebagai seorang genius dalam pengucapan awam. Beliau dikatakan mempunyai bakat yang sangat luar biasa dan telah berjaya meyakinkan kesemua pendengarnya.

Walaubagaimanapun, rekod sejarah juga mengatakan bahawa Hitler adalah seorang lelaki yang sangat kekok di luar pentas pengucapan awam dan tidak pandai untuk berbual kecil bersama orang sekelilingnya.

Penambahan animasi di dalam bahasa tubuh Hitler

Hitler juga seringkali melatih seni bahasa tubuh beliau berulang kali sebelum beliau menyampaikan syarahannya. Beliau akan memastikan bahawa isyarat tangan, intonasi suara dan bahasa tubuhnya sempurna sebelum beliau berdiri di atas pentas untuk menyampaikan ucapan. Penambahan animasi di dalam bahasa tubuhnya telah banyak menyemarakkan semangat penonton yang menyaksikan syarahannya.

Antara contoh aksi Hitler di atas pentas. (Sumber: Business Insider)

Link untuk menonton contoh ucapan yang disampaikan oleh Hitler:

https://www.youtube.com/watch?v=2nliGOuJL5A&t=97s

Rujukan:

1) Castillo, D. (2003). German Economy in the 1920s. Retrieved from http://www.history.ucsb.edu/faculty/marcuse/classes/33d/projects/1920s/Econ20s.htm

2) Loebs, B. (2013). Charisma: the Key to Hitler’s Rhetoric. Relevant Rhetoric, 4.

3) McDonald, H.  (2016, 6 May). A born natural orator: Irish student’s account of Hitler in 1921 emerges. Retrieved from https://www.theguardian.com/world/2016/may/06/irish-student-hitler-1921-daniel-binchy.

4) Macias, A. (2015, 13 May). Why Hitler was such a successful orator. Retrieved from https://www.businessinsider.com/why-hitler-was-such-a-successful-orator-2015-5/?IR=T.

 

Oleh: Sakinah Jannati