Baju Kalis Peluru Daripada Prinsip Bendalir Non-newtonian Yang Lebih Baik Daripada Kevlar (Baju Kalis Peluru Yang Terkini)

984
views

Ada orang pernah tanya aku fasal Non-Newtonian fluid. Contohnya adalah tepung jagung. Prinsipnya adalah apabila berubahnya tekanan beban yang dikenakan ke atas bendalir (fluid) tersebut, kelikatannya (viscosity) akan berubah. Di sini ada beberapa jenis sifat Non-Newtonian fluid.
.
1. Shear Thickening Fluid

Praktikalnya, kau sebatikan tepung jagung dengan air. Selepas itu kau tumbuk sebatian itu. Kau akan dapati sebatian itu akan mengeras dan tangan kau tak tercelup. Tetapi kalau kau tak tumbuk, kau masih dapat celupkan tangan kau. Sebab kelikatannya berubah berdasarkan tekanan. Bendalir ini dipanggil sebagai dilatan.
.
2. Shear Thinning Fluid

Bendalir ini bersifat sebaliknya daripada yang pertama tadi. Apabila tekanan dikenakan, kelikatannya akan berkurangan. Contohnya bendalir adalah darah.
.
Berbezanya dengan Newtonian Fluid seperti air mutlak. Kau tumbuk kuat mana pun air itu, tangan kau tetap tercelup dan air tak mengeras pun. Serta kelikatan air tersebut tidak bertambah, juga tidak berkurangan.
.

Prinsip bendalir Non-Newtonian dapat diaplikasikan untuk menghasilkan baju bendalir yang kalis pelurunya lebih tinggi daripada baju kalis peluru (kevlar) yang ada sekarang.
Sekumpulan penyelidik dari Moratex Institute of Security Technologies, Poland telah menghasilkan baju kalis peluru ini dan mereka dapati ia lebih selesa dan memberikan perlindungan yang lebih baik daripada kevlar.
.

Kevlar memang masih memberikan perlindungan yang baik, tetapi apabila ditembak pada jarak yang dekat, ia mampu membahayakan nyawa kerana daya tekanan peluru yang lebih tinggi. Tetapi baju non-newtonian fluid ini semakin tinggi tekanannya akan menyebabkan ia kekerasannya (solidify) semakin tinggi.
.

Satu lagi kelemahan kevlar adalah impak yang dihasilkan pada peluru mampu memberikan kesan yang dalam pada kevlar tersebut yang mampu membahayakan nyawa pemakai. Tambahan lagi, baju bendalir ini tidak memantulkan peluru, which lebih selamat berbanding kevlar yang memantulkan peluru.

Pada tahun 2010, U.K sedang menguji baju kalis peluru yang menggabungkan kevlar dengan bahan bendalir non-newtonian.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here